Posts

Showing posts from July, 2014

Puasa : Sunat, Makruh Dan Haram

Image
Puasa : Sunat, Makruh Dan Haram   Amalan Puasa Sunat Yang Di Tuntut Puasa Isnin dan Khamis Dalam riwayat Abu Hurairah ra, Rasulullah SAW bersabda: “Diangkat amalan seseorang pada Isnin dan Khamis, maka aku lebih suka amalanku diangkat dalam keadaan aku berpuasa” (Hadis Tarmizi). Puasa tiga hari setiap bulan Ini puasa yang paling senang nak diamalkan. Tak kisah hari apa atau tarikh bila. Dalam sebulan ada 30 hari. Ambil tiga hari sahaja untuk berpuasa. Maknanya ada 27 hari lagi untuk makan-makan. Tapi yang afdalnya pada hari putih iaitu 13, 14 dan 15 setiap bulan Hijrah. Pada tiga tarikh ini, bulan sedang mengambang penuh. Jadi cahaya bulan menerangi. Itu pasal nama ‘Hari Putih’ Sabda Nabi s.a.w, maksudnya: “Apabila kamu berpuasa tiga hari dalam sebulan, maka puasalah pada hari ketiga belas, empat belas dan lima belas” (Riwayat Tirmizi) Puasa hari ini, esok tak puasa Hari ni puasa esok tak puasa. Ini bermakna puasa sehari, tak puasa sehari. Selang seli

6 Cara Untuk Bantu GAZA

Image
Serangan Di GAZA 6 Cara Untuk Bantu GAZA Hari ni masuk hari ke dua puluh dua serangan rejim pengganas Zionis di Gaza. Jumlah syuhada semakin meningkat. Hospital penuh sesak dengan mereka yang tercedera. Harta benda banyak yang musnah. Kerosakan yang terlalu besar dan tak mampu ditanggung oleh rakan-rakan kita di GAZA. Sebagai seorang muslim, adalah menjadi kewajiban kita untuk membantu saudara-saudara kita di GAZA dalam apa jua cara sekalipun. Antaranya: Memberi sumbangan harta: Mereka amat memerlukannya dana untuk  membangunkan semula infrastuktur yang musnah. Dana yang diperlukan adalah bagi tujuan perubatan, pendidikan, makan-minum, pembangunan semula bangunan-bangunan yang dimusnahkan, pembelaan anak-anak yatim dan macam-macam lagi. Pada yang ingin menderma, b oleh refer di sini untuk tujuan sumbangan k: Sumbangan Untuk GAZA B

Warna Warni Hari Raya 2014 Di Seluruh Dunia

Image
Warna Warni Hari Raya 2014 Di Seluruh Dunia     Solat Aidil Fitri Di Masjid Jama, India   Solat Aidil Fitri Di Kandahar, Kabul, Afghanistan   Di Bangalore, India.     Berdoa Setelah Selesai Menunaikan Solat Aidil Fitri Di Baghdad.     Solat Aidil Fitri Di Masjid Taza Pir, Di Azerbaijan     Solat Aidil Fitri Di Masjid Kashmiri Nepal, Kathmandu.     Solat Aidil Fitri Di Moscow, Russia   Menunaikan Solat Aidil Fitri Di Pantai Parangkusumo Di Yogyakarta, Indonesia.   Solat Aidil Fitri Di Masjid Al Aqsa Di Jerusalem’s Old City     Selesai Menunaikan Solat Aidil Fitri Di Masjid Di Madrid Italy   Solat Aidil Fitri Di Masjid Msala Di Casablanca Morocco     Solat Aidil Fitri Di Masjid Feroz Shah Kotla Di New Delhi   Suasana Di Tanah Perkuburan Di Bandar Najaf, Iraqi   Solat Aidil Fitri Di Masjid Al-Azhar Di Cairo, Egypt   Solat Aidil Fitri Di  Sanaa, Yemen Kanak-Kanak Kenyan Menunaikan Solat Aidil Fitri Di Masjid Noor Di

Denggi Meningkat 224%

Image
 Denggi Meningkat 224% Denggi Meningkat 224% Di kala umat Islam sibuk membuat persediaan menyambut hari lebaran, nyamuk eades juga sibuk mengenalpasti mangsa-mangsa serangan terbaru.  Sehingga kini jumlah kematian akibat kes denggi meningkat sebanyak 224 peratus di seluruh negara. Dari 29 orang pada tahun 2013 kepada 94 orang setakat Julai 2014 . Selangor mencatatkan angka kematian yang yang paling tinggi dengan jumlah 36 orang manakala daerah Petaling mencatat jumlah kes demam denggi paling tinggi iaitu 12,315 kes.  So hati-hati semua. Pastikan kita sentiasa peka dengan keadaan persekitaran yang mendorong kepada pembiakan nyamuk aedes. Elakkan sikap-sikap Negatif seperti berikut.  Tidak Berdikari Tidak berdikari. Sentiasa mengharapkan pihak kerajaan bertindak untuk menyelesaikan wabak denggi. Tidak ada initiatif dari pihak sendiri biarpun berkeupayaan sempurna, berbadan sihat dan waras berfikir. Pengotor    Pengotor. Wabak denggi di kawasan perumaha

Puasa Sunat Enam Syawal

Image
    Puasa Sunat Enam Syawal Puasa Sunat Enam Syawal Daripada Abu Ayub r.a. bahawa Rasulullah SAW. bersabda, Sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan, kemudian mengiringinya dengan puasa sunat enam hari di bulan Syawal, pahalanya seperti berpuasa setahun. Huraian Hadith: 1. Islam menganjurkan umatnya supaya melakukan kebaikan dan kebajikan secara berterusan, walaupun sedikit. 2. Orang yang berpuasa Ramadhan diikuti dengan puasa sunat enam hari pada bulan Syawal maka pahalanya sama dengan berpuasa setahun. Hal ini disebabkan puasa sunat satu hari bersamaan pahalanya dengan sepuluh hari. Manakala puasa Ramadhan bersamaan dengan sepuluh bulan, maka enam hari puasa sunat bersamaan dengan dua bulan, kemudian dicampurkan dengan sepuluh bulan jumlahnya menjadi setahun. 3. Seseorang yang hendak berpuasa sunat di bulan Syawal adalah lebih afdhal berturutan seperti puasa bulan Ramadhan tetapi dibolehkan berpuasa secara berselang hari selama dalam tempo

Selamat Hari Raya Aidil Fitri Dari Blog Santai

Image
   Selamat Hari Raya Aidil Fitri Dari Blog Santai Dikesempatan ini kita ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri buat semua pembaca  Blog Santai . Mohon maaf dipinta jika sekiranya ada yang terasa atau tersinggung dengan apa yang kita kongsikan di Blog ini. Kita sebagai insan yang lemah pastinya tidak akan terlepas dari melakukan kesalahan. Semoga kedatangan Aidil Fitri ini membawa seribu rahmat dan kebahagiaan buat kita semua. Ramadhan Bakal Beransur Pergi, Syawal Menjelma Di Aidilfitri, Seikhlas Hati Menyusun Jari, Memohon Dimaafi Kekhilafan Diri, Salam Aidilfitri, Maaf Zahir Batin. 1. Wajah Baru Mulai 14 Jun 2014 2. Tawaran Hebat Untuk Semua 3. Istimewa Ramadhan Ini    4. Inilah Luahan Hati Rakyat Malaysia 5. Apa Yang Tak Kena.. 6. Pilihan Terbaik Rakyat Malaysia   7. Bahaya..Jangan Cuba

24 Jam Di Jalan TAR

Image
  Berkerja secara bergilir-gilir dalam masa 24 jam 24 Jam Di Jalan TAR   Saat-saat terakhir Ramadhan di jalan TAR memang meriah. Walaupun ramai yang dah balik kampung, kemeriahan di jalan TAR memang terasa terutama selepas berbuka puasa. Kalau sebelum ni, Jalan TAR agak sunyi selepas pukul 2, kini Jalan TAR dibuka 24 jam. Masing-masing bekerja secara syif untuk meningkatkan jualan serta menghabiskan stok.      Kuih Raya@ RM10   Baju Kurung Moden Separuh Harga  Tudung Murah RM100@lima Dan yang paling best semestinya harga runtuh yang ditawarkan. Memang berbaloi untuk dibeli. Kalau d i awal Ramadan, empat helai tudung dijual dengan harga RM100, tetapi sekarang pembeli boleh membeli lima helai untuk harga yang sama. Harga biskut raya juga turut dijual pada harga diskaun yang menarik. Kalau dulu harga satu kotak biskut dari RM18, kini boleh dibeli pada harga RM10. Baju kurung moden pula kini dijual separuh harga.  So pada yang masih belum bertolak ke kamp

Kad Raya Dari Lokasi Nahas MH17

Image
  Kad Raya Dari Lokasi Nahas MH17 Semuanya ketentuan Allah. Perjalanan pulang untuk menyambut hari Raya bersama keluarga tersayang tidak kesampaian. Hanya Kad Raya sebagai pengganti. Pada kita yang berkesempatan untuk berhari raya bersama keluarga, hargai saat itu. jangan lupa sedekahkan Al Fatihah pada yang telah tiada.   Mengenang Mereka Yang Telah Pergi 1. Wajah Baru Mulai 14 Jun 2014 2. Tawaran Hebat Untuk Semua 3. Istimewa Ramadhan Ini    4. Inilah Luahan Hati Rakyat Malaysia 5. Apa Yang Tak Kena.. 6. Pilihan Terbaik Rakyat Malaysia   7. Bahaya..Jangan Cuba

Kisah Menyayat Hati Dari Hospital Di GAZA

Image
Kisah Menyayat Hati Dari Hospital Di GAZA  Kisah Menyayat Hati Dari Hospital Di GAZA Jika kita di sini sedang bersiap sedia menyambut hari lebaran yang mulia, saudara-saudara kita di GAZA bagai hilang arah. Kezaliman yang tiada henti. Banyak kisah sedih yang berlaku di GAZA yang sangat menyayat hati. Yang terbaru adalah kisah menyayat hati dari sebuah hospital apabila seorang bayi perempuan berjaya diselamatkan dari rahim ibunya yang terbunuh selepas terkena serangan udara Israel, awal pagi tadi. Bayi pramatang itu lahir melalui pembedahan, BBC . Menurut doktor, bayi yang belum diberikan nama itu hanya mempunyai peluang hidup 50 peratus dan kini sedang dirawat hospital. Semoga bayi ini selamat dan bakal menjadi syuhadah. Sehingga kini, lebih 800 orang terbunuh. Kebanyakan mereka adalah orang awam. Walaupun genjatan senjata telah diumumkan berkuatkuasa sejak semalam, ianya pasti tak akan menggembirakan mereka. Beberapa jam lagi ianya bakal berakhir dan apa sete

Selamat Balik Kampung

Image
  Selamat Balik kampung Alhamdulillah kita dah ada kat kampung. Pada yang masih on the road hati-hati ya. Pastikan memandu dengan selamat dalam hadlaju yang ditetapkan. Jangan rushing k. Raya lagi dua hari. Pada yang melalui lebuhraya PLUS, boleh ikut jadual yang ditetapkan kalau tak nak jem k. Rujuk sini untuk Jadual Perjalanan Hari Raya 2014 Dari PLUS .    Selamat Balik kampung Pandu selamat jiwa selamat. Ingatlah orang yang tersayang k... 1. Wajah Baru Mulai 14 Jun 2014 2. Tawaran Hebat Untuk Semua 3. Istimewa Ramadhan Ini    4. Inilah Luahan Hati Rakyat Malaysia 5. Apa Yang Tak Kena.. 6. Pilihan Terbaik Rakyat Malaysia   7. Bahaya..Jangan Cuba

3 Pesawat Terhempas Dalam Masa Seminggu

Image
  Pesawat Terhempas 3 Pesawat Terhempas Kurang Dari Seminggu Tragedi dunia penerbangan. Setelah kehilangan misteri MH17 pada April yang lalu, nampaknya minggu ini adalah merupakan minggu yang paling menyedihkan bagi dunia penerbangan. 3 pesawat menjadi korban apabila ditemui terhempas dalam masa seminggu yang telah mengorbankan hampir 462 nyawa.     Pesawat MH 17 Terhempas Di Timur Ukraine Bangkai Pesawat MH17 Pesawat MH17 Di Tembak Jatuh Kesedihan bermula apabila Pesawat MH17 milik MAS terhempas setelah ditembak jatuh di Timur Ukraine. Pesawat malang itu telah mengorbankan 298 anak kapal termasuk penumpang. Sehingga kini tiada bukti kukuh siapa yang bertanggungjawab melakukannya.   Pesawat ATR-72 Terhempas Di Selat Taiwan Bangkai Pesawat ATR-72  Pesawat ATR-72 Terhempas Malam Rabu lepas, Penerbangan ATR-72 milik TransAsia Airways yang membawa 48 penumpang dan kru pula terhempas apabila melakukan pendaratan cemas di Pulau Penghu di

Hukum Makan Di Mac D

Image
    Sokongan Kepada Israel Hukum Makan Di Mac D Renungan pagi Jumaat pilihan   Blog Santai adalah tentang hukum jika kita makan di Mac D. Sebagaimana yang kita tau, pihak Zionis Israel telah melakukan kekejaman yang diluar batasan kemanusian ke atas rakyat Palestin sejak dulu lagi. Ribuan atau jutaan yang telah menjadi mangsa kezaliman Zionis. Dan kita sebagai umat Islam hanya mampu membantu melalui sumbangan dan doa untuk keselamatan rakan-rakan kita disana.  Selain doa dan sumbangan, sebenarnya kita juga mampu untuk melakukan lebih dari itu dengan memboikot barangan keluaran Israel atau mereka-mereka yang memberikan sokongan kepada Israel. Dan apakah hukum jika kita gagal melakukannya? Contohnya apakah hukum jika kita makan di Mac D yang memberi sokongan kepada tentera Israel yang memerangi rakan-rakan kita di GAZA? Dan inilah jawapannya: Makan di Mac D hukumnya harus apabila halal makanan tersebut iaitu memenuhi ciri-ciri kehalalannya.  Sekiranya jel

100 Jam Tangan Raya Ice Watch Untuk Di Menangi

Image
  100 Jam Tangan Ice Watch Raya Untuk Di Menangi You all nak menang jam tangan Ice Watch raya tak? Kalau nak senang aje. Jom sertai Peraduan Raya Lebih Bergaya Dengan Jam Tangan Ice Watch anjuran berita harian. Pada yang nak join, boleh dapatkan Borang yang akan dikeluarkan pada 19 & 26 Julai dan 2 & 9 ogos 2014. Kalau nak tau details lagi you all boleh dapatkan Berita Harian hari ni k. Good Luck Semua..  1. Wajah Baru Mulai 14 Jun 2014 2. Tawaran Hebat Untuk Semua 3. Istimewa Ramadhan Ini    4. Inilah Luahan Hati Rakyat Malaysia 5. Apa Yang Tak Kena.. 6. Pilihan Terbaik Rakyat Malaysia   7. Bahaya..Jangan Cuba

Baca Ini Bila Marah

Image
Marah Itu Kawan Syaitan Baca Ini Bila Marah Renungan pagi pilihan Blog Santai adalah bacaan yang perlu kita baca bila sahaja dalam kemarahan . Sifat marah atau panas baran ada dalam setiap diri seseorang. Namun ia bergantung kepada sejauh mana seseorang itu mengawal perasaan tersebut. Orang yang bersikap panas baran sebenarnya sedang berdepan dengan syaitan. Marah itu dari syaitan . Syaitan yang sedang mengapi-apikan diri kita supaya bertindak lebih ganas. Jadi kalau kita tak ingin tewas kepadanya, bacalah “Auzubillahi Mminas Syaitanir Rajim (aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam) sebagaimana pesan Rasulullah S.A.W: Daripada Sulaiman bin Sard RA katanya, “Pada suatu hari aku duduk bersama-sama Nabi SAW sedang dua orang lelaki sedang bermaki-makian di antara satu sama lain. Salah seorang daripadanya telah merah mukanya dan tegang pula urat lehernya. Lalu Rasulullah SAW bersabda”, “Sesungguhnya aku tahu satu perkataan sekiranya dibaca te