Denggi Meningkat 224%

u
 Denggi Meningkat 224%

Denggi Meningkat 224%


Di kala umat Islam sibuk membuat persediaan menyambut hari lebaran, nyamuk eades juga sibuk mengenalpasti mangsa-mangsa serangan terbaru.  Sehingga kini jumlah kematian akibat kes denggi meningkat sebanyak 224 peratus di seluruh negara. Dari 29 orang pada tahun 2013 kepada 94 orang setakat Julai 2014
.
Selangor mencatatkan angka kematian yang yang paling tinggi dengan jumlah 36 orang manakala daerah Petaling mencatat jumlah kes demam denggi paling tinggi iaitu 12,315 kes. 

So hati-hati semua. Pastikan kita sentiasa peka dengan keadaan persekitaran yang mendorong kepada pembiakan nyamuk aedes. Elakkan sikap-sikap Negatif seperti berikut. 

Tidak Berdikari

Tidak berdikari. Sentiasa mengharapkan pihak kerajaan bertindak untuk menyelesaikan wabak denggi. Tidak ada initiatif dari pihak sendiri biarpun berkeupayaan sempurna, berbadan sihat dan waras berfikir.


Pengotor 
 
Pengotor. Wabak denggi di kawasan perumahan biasanya mempunyai satu ciri yang sama – tahap kebersihan yang kurang memuaskan. Botol-botol plastik dibiarkan bertaburan, tayar lama terbiar di persimpangan, sampah sarap merata-rata, longkang-longkang dibiarkan tersumbat serta mengeluarkan bau yang tak menyenangkan.

Percaya Perkara Tahyul

 
Percaya yang you all kebal terhadap denggi kerana mempunyai sistem imun yang kuat hasil latihan gim yang kerap.  Ada juga yang percaya pengambilan daun betik, jus jambu batu dan 100plus boleh menghindari denggi dan mengubatinya.

Terdapat juga kepercayaan bahawa membiasakan diri digigit nyamuk boleh melalikan badan dari nyamuk Aedes. Bagi mereka yang berumah di sebelah hutan, mereka tidak mengendahkan nyamuk dan menganggap nyamuk-nyamuk ini tidak merbahaya dan suci kerana berasal dari hutan. Ada juga orang-orang tua yang percaya gigitan nyamuk tidak dapat menembusi kulit mereka yang tebal.
 
Kurang Kefahaman

Hidup dalam penafian. Memandang rendah kepada sang nyamuk dan fikir nyamuk turut gentar dengan kita. Namun terlupa nyamuk tidak mempedulikan sama ada kita adalah seorang olahragawan pingat emas atau tidak ketika mencari mangsa dalam kelaparan. Selagi kita berada dalam persekitaran nyamuk tersebut, kita pasti menjadi sasarannya.
 
Tidak Disiplin

Di Jepun, semua penduduk rumah pangsa bertanggungjawab untuk kebersihan kawasan tersebut. Pada setiap Ahad pertama, ketua setiap rumah atau keluarga wajib mengambil bahagian dalam gotong-royong. Kegagalan menghadiri gotong royong tersebut akan dikenakan denda. Setiap keluarga atau rumah diperuntukkan dalam jadual untuk membersihkan sampah-sampah besar.

Namun kita di Malaysia amat berbeza. Bukan hanya malas untuk membersihkan kawasan malah turut suka membuang sampah di merata-rata walaupun tong sampah ada disediakan. Sangat teruja melihat sampah melimpah ruah dari tong yang disediakan dan kayu-kayu buruk dan tayar lama menjadi perhiasan di sekeliling kawasan kediaman.

Source

Comments

  1. Mmg kena2 betol2 alert dgn masalah ni...tingkatkan disiplin dan slalu adkan gotong royong untuk hpuskan pembiakan nyamuk Ades...

    ReplyDelete
  2. Mmg merisaukan... dlm bulan Ramadhan pun ada 2x pegawai perubatan dtg ke kawasan perumahan utk beri taklimat & memeriksa kawasan sekitar. Semoga kita semua dijauhilah...

    ReplyDelete
  3. jie prnh kena denggi..ambil la sikap berhati-hati dgn denggi ni

    ReplyDelete
  4. Hope the outbreak of dengue can be controlled.

    ReplyDelete
  5. Jangan lupa guna insect repellent samada sapu atau spray kat badan.

    ReplyDelete
  6. nyamuk bandar lagi bahaya dari nyamuk kampung..tu yang kes denggi paling tinggi kat Selangor n KL.

    ReplyDelete
  7. bersama kita jaga kebersihan tempat tinggal kita

    ReplyDelete
  8. Masyarakat setempat perlu peka dan bekerja sama untuk menjaga kebersihan demi kesihatan bersama...

    ReplyDelete
  9. menakutkan! kawasan perumahan saya di johor memang tempat pembiakan nyamuk aedes utama..ramai yg kena denggi

    ReplyDelete
  10. banyaknya kes kematian.. banyakkan mengemas pasu2 bunga di rumah tu. kena disiplin nk tgk2 kan kawasan yg bertakung

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat