Posts

Showing posts with the label Info Serius

Malaysia Negara MAFIA?

Image
Kes tembak di Setapak Semalam.. Tahun  ini menyaksikan beberapa tragedi berdarah membabitkan kes tembak yang berlaku di seluruh negara.  Hampir setiap bulan, ada sahaja kejadian meragut nyawa yang dilaporkan akhbar-akhbar tempatan. Berikut adalah kronologi kes tembak yang berlaku di seluruh negara bermula awal tahun ini. 25 Januari ,  KUALA LUMPUR: Seorang lelaki ditemui mati dengan beberapa kesan tembakan, dipercayai ditembak dari jarak dekat di Jalan Jinjang pada pukul 2.10 petang. Mangsa dikenali sebagai S. Surya Kumar, 41, ditemui dalam keadaan berlumuran darah di tempat duduk pemandu kenderaan pacuan empat roda Mitsubishi Triton. 11 Februari, PULAU PINANG: Seorang ahli perniagaan maut ditembak dari jarak dekat di hadapan sebuah kedai motosikal berkuasa tinggi di Jalan Datuk Keramat pada pukul 3.30 pagi. Syed Amen Jainul Abdin yang merupakan pemilik restoran nasi kandar dan kedai mencuci kenderaan ditemukan b...

Betul Ke Pencarum Tidak Perlu Bayar Cukai Tinggi Jika Pilih Caruman 8% ?

Image
Dakwaan kononnya pekerja akan membayar cukai pendapatan lebih tinggi sekiranya memilih untuk mengurangkan potongan kadar caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak tiga peratus mulai Mac tahun ini sehingga Disember 2017 adalah tidak tepat. Menurut Pakar Ekonomi Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan dan Perbankan, Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Datuk Dr Amir Hussin Baharuddin, purata gaji rakyat Malaysia adalah berada pada paras RM2,500 hingga RM4,000 sebulan di mana ia tidak memberi kesan kepada pertambahan nilai cukai sekiranya memilih untuk mencarum sebanyak lapan peratus. “Tidak benar (perlu membayar lebih cukai) – Kadar cukai terletak kepada jumlah pendapatan tahunan. Sebagai contoh, jika gaji RM3,000 sebulan (RM36,000 setahun), pencarum itu mempunyai lebihan wang tunai sebanyak RM90. “Kadar cukai (RM36,000 setahun) masih lagi sama mengikut banjaran pendapatan bercukai (10 peratus mengikut tahun taksiran 2016). Jadi, cukai tidak meningkat kepada banjaran ...

Fakta Mengenai Virus Zika

Image
Virus Zika Merebak Dengan Pantas Di Amerika Syarikat Fakta Mengenai Virus Zika Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah memberi amaran bahawa virus Zika telah merebak dengan pantasnya di Amerika Syarikat dengan anggaran empat juta rakyatnya kemungkinan akan dijangkiti pada akhir tahun ini. Manakala Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Antarabangsa telah mengeluarkan senarai lebih 12 negara untuk tidak dilawati oleh wanita hamil terutamanya di Caribbean dan Amerika Latin. Apa itu virus Zika? Zika merupakan virus bawaan nyamuk aedes iaitu nyamuk yang menyebarkan denggi dan chikungunya. Ia ditemui di hutan Zika di Uganda pada tahun 1947 dan bukanlah merupakan penyakit baharu bagi negara seperti Afrika. Namun, wabak Zika mula merebak secara meluas di Hemisfera Barat sejak May 2015 bermula di Brazil. Bagaimanakah ia merebak? Disebarkan melalui nyamuk aedes - bergantung kepada spesis. Aedes jenis aegypti, paling banyak menyebarkan Zika. Aedes je...

Apa Dah Jadi Dengan Tabung Haji ?

Image
Paras Rizab Lembaga Tabung Haji Negatif  Amalan pengagihan dividen dan bonus tidak berhemat Lembaga Tabung Haji secara puratanya melebihi keuntungan semasa menyebabkan paras rizab terkumpulnya terus merosot.  Gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Zeti Akhtar Aziz berkata nilai aset Lembaga Tabung Haji hanya mencukupi membayar tidak lebih daripada 98 sen bagi setiap seringgit nilai liabiliti dan memberi amaran ia boleh memberi kesan kewangan kepada kerajaan.  "Paras rizab Lembaga Tabung Haji negatif dan tidak akan dapat membayar 8.8 juta pencarum sebarang dividen tahun ini jika tidak mengambil tindakan menyelesaikan masalah ini "  Tan Sri Zeti Akhtar Aziz Klik   SINI  untuk baca lebih details kisah Tabung Haji ni k..

Sindiket Tipu Anak Sakit ?

Image
Anak siapalah ni? Macam-macam dia orang ni... Kalau nak tau lebih details lagi cerita  Sindiket Tipu Anak Sakit boleh baca kat   SINI

Apa Akan Jadi Apabila Ramai Rakyat Malaysia Hilang Pekerjaan ?

Image
Apa Akan Jadi Apabila Ramai Rakyat Malaysia Hilang Pekerjaan ? Apa akan jadi apabila harga minyak makin tenat?

Ringgit Jatuh Ke Paras Terendah

Image
Matawang ringgit jatuh ke paras terendah hari ini sejak ia tidak lagi ditambat dengan dolar Amerika pada 2005.  Kejatuhan didorong risiko Greece disingkir dari Zon Euro dan laporan siasatan ke atas dakwaan penyelewengan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Menurut laporan Bloomberg, setakat 9.30 pagi tadi, matawang ringgit jatuh 0.6 peratus kepada 3.8025. Ringgit ditambat 3.8 dolar Amerika ketika krisis kewangan Asia pada 1998.  Kontroversi 1MDB turut mengheret turun ringgit sebagai prestasi  matawang paling buruk di Asia.  Situasi politik luaran turut menjejaskan matawang ringgit. Penganalisis menjangkakan ringgit akan terus lemah pada paras 3.80 sekiranya situasi Greece terus tidak menentu.

Pembaziran Sepanjang Ramadhan

Image
Pembaziran Sepanjang Ramadhan 1000 tan makanan dibuang Rakyat Malaysia setiap hari pada bulan Ramadhan...Jumlah ini mampu menampung makanan bagi 7 juta penduduk..Hmmm..banyaknya.. Harap-harap kita bukan salah seorang yang menyumbang kepada pembaziran melampau kat atas ya... Nak Sikit Makanan.. Kawal perasaan bila berada di pasar Ramadhan...Sentiasa ingatkan diri,  Pembaziran adalah amalan syaitan..dan bayangkan dia orang kat atas ni ..Sedihkan!!!

Kapal MT Orkim Harmony Di Kesan Di Perairan Kemboja

Image
MT Orkim Harmony yang Hilang Di Kesan Di Perairan Kemboja Kapal Hilang Di Kesan Di Perairan Kemboja Selepas hampir seminggu kehilangannya, kapal tangki MT Orkim Harmony , milik  Magna Meridian Sdn Bhd  yang membawa  6,000 metric tonnes petrol RON95   bernilai 21 juta akhirnya dikesan berada di Perairan Kemboja... Berdasarkan maklumat yang diterima, kapal tangki tersebut telah berubah wajah, dicat kepada warna hitam serta dinamakan Kim Harmon... Siapalah punya angkara ni ya? Katanya ada orang dalam yang terlibat...Hmmm... Bila terbaca kisah ni, teringat kisah MH370 yang hilang..Adakah pesawat tersebut juga telah ditukar nama dan dicat baru?  Walau apa pun, kita doakan 22 anak kapal yang berada di dalam kapal tangki tersebut selamat kembali..Dan kepada anak-anak kapal MH370 yang berugama islam..Al-Fatihah untuk mereka..

Amaran Untuk Pemilik HONDA

Image
Amaran Untuk Pemilik HONDA Kepada semua pemilik honda, anda diminta untuk berjaga-jaga ya kerana  pihak Honda Malaysia telah mengeluarkan kenyataan bahawa sebanyak 46,710 unit honda yang dikeluarkan sekitar tahun 2007 hingga 2009 telah terjejas disebabkan inflator atau pengepam beg udara penumpang hadapan. Antara model honda yang terlibat adalah, 26,186 City (model tahun 2008-2009), Civic (2007-2009), CR-V (2007-2008) dan Jazz (2007  and  2009).  20,524 unit Accord (2003-2007) juga turut terjejas oleh pengepam beg udara bahagian hadapan pemandu. Difahamkan pihak Honda Malaysia akan memaklumkan kepada semua pelanggan yang terjejas menerusi surat pemberitahuan termasuk butiran terkini produk, Kepada semua pemilik kenderaan yang dah atau akan menerima surat, you all boleh lah menghantar kenderaan yang terlibat ke wakil penjual Honda terdekat untuk pemeriksaan secepat mungkin. Penggantian alat yang terjejas akan dilakukan sebaik sahaja ianya diterima,...

Fitnah Media Sosial, Siapa Bakal Di Dakwa?

Image
Fitnah Media Sosial, Siapa Bakal Di Dakwa? Untuk makluman semua. Hati-hati ya jika berkongsi berita. Nanti tak pasal-pasal kena dakwa!!!! Sekadar Selingan Faizal Rosly  ‏ @ ijaicool     4h 4 hours ago *Perbualan di penjara* "Eh kenapa kau masuk penjara?" "Aku tikam orang" "Aku ragut makcik" "Aku retweet je....." p/s: Mohon maaf kawan-kawan. Atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan, Blog Santai tidak akan dipudate seperti biasa. Namun cerita/artikel terbaru akan diupdate melaui twitter dan Google+.  1. Cabaran KLCC 2. Kisah Benar Tahun 2014   3. Sengsara Rakyat Malaysia 4. Misteri Cleaner Di Subang 5. Apa Yang Tak Kena Dalam Video Ni?   6. Siapa Berani RM1000 Dalam Tangan 7. Perlu Ke Iklan Macam Ni?  

Kes Buli Masa Rehat

Image
Kena Buli Masa Rehat Kena Buli Masa Rehat Tak habis-habis lagi kes buli ni ya...Dan yang kritikalnya, kes buli terbaru ni melibatkan pelajar-pelajar sebuah sekolah rendah di Alor Setar.  Wah dah makin advance adik-adik kita ni ya. Kecil-kecil lagi dah nak jadi gangster. Dalam aksi video terbaru ni,  memaparkan sekumpulan lima murid membuli seorang murid lain.  Difahamkan, kejadian membabitkan murid berusia 12 tahun itu dipercayai berlaku di dalam kelas pada waktu rehat. Dalam video ni kelihatan mangsa yang berpakaian sukan duduk atas lantai dan disepak pada badan selain kepalanya turut diletakkan bakul sampah plastik. M angsa tidak melawan sebaliknya hanya mendiamkan sambil menangis meminta tidak diapa-apakan. Hmmm...Tak tau nak kata apa..Speechless...Adik siapalah ni ya... 1. Cabaran KLCC 2. Kisah Benar Tahun 2014   3. Sengsara Rakyat Malaysia 4. Misteri Cleaner Di Subang 5. Apa Yang Tak Kena Dalam Video Ni?   6. ...

Darah Jenis A Dan AB Diperlukan Segera

Image
Darah Jenis A Dan AB Diperlukan Segera Darah Jenis A Dan AB Diperlukan Segera Banjir yang melanda beberapa negeri di Malaysia sememangnya meninggalkan impak yang besar. Antara keperluan mendesak pada ketika ini selain daripada bantuan yang kita hulurkan untuk mangsa banjir, bekalan darah A dan juga AB juga amat diperlukan.  Menurut Kementerian Kesihatan, b ekalan darah jenis A dan AB pada ketika ini tidak mencukupi bagi menampung keperluan pesakit terutama di negeri terjejas banjir. Justeru itu, mereka merayu orang ramai yang mempunyai jenis darah yang sama, tampil untuk menderma darah dengan segera di Unit Bergerak Kempen Menderma Darah berhampiran ataupun Pusat Darah Negara kerana bekalan darah terutama kedua-dua jenis itu kini semakin berkurangan. Jadi kepada sesiapa diluar sana yang memiliki jenis darah yang sama bolehlah sama-sama membantu. Semoga setiap darah yang didermakan akan menjadi "harta" dikhirat kelak. 1. Cabaran KLCC 2. Kisah...

35 Maut Kerana Wang palsu

Image
35 Maut Kerana Wang palsu 35 Maut Kerana Wang palsu 35 Maut manakala 42 orang lagi mengalami kecederaan kerana berebutkan wang palsu yang dibuang dari atas sebuah bangunan. Kejadian yang dianggap terburuk dan memalukan itu, berlaku apabila orang ramai yang sedang berkumpul untuk menyambut tahun baru, merempuh antara satu sama lain untuk mendapatkan wang palsu yang dibuang tersebut. Ramai yang terjatuh dan dipijak oleh rakan-rakan yang lain.   Dan yang sangat menyedihkan wang tersebut adalah wang palsu..bukan betul pun...Hmmm... Korban Wang palsu Salah Seorang Korban Adalah Rakyat Malaysia Inilah antara kisah duka yang berlaku di Shanghai malam tadi sempena menyambut tahun baru 2015.  Bila baca cerita ni, speechless. Nasib baik tak berlaku di Malaysia. Dan kita rasa kalau ada yang melakukan perkara yang sama, membuang duit dari atas bangunan kat Malaysia ni, tak mustahil perkara yang sama akan terjadi.  1. Cabaran KLCC 2. Kisah Benar Ta...

AWAS: Virus Koler

Image
AWAS: Virus Koler AWAS: Virus Koler AWAS: Virus Koler. Untuk semua p engguna handphone, you all hati-hati dengan  Virus Koler  ya. Virus koler ni menyerang menerusi SMS 'is this your photo' . So kalau you all ada menerima sms ni, delete aje ya kerana ia mengandungi malware.  Jika ada yang ter klik, virus koler akan dimuat turun dan satu perisian Photo Grid akan dipasang.   Aplikasi berkenaan akan cuba mendapatkan wang sebanyak mungkin daripada bilangan klik yang dilakukan pada iklan yang akan sentiasa muncul dalam aplikasi itu.  Virus Koler ini juga mempunyai mekanisme yang secara dinamik akan menghantar SMS spam kepada senarai kenalan penerima berdasarkan maklumat yang ada dalam peranti dan kad SIM. Proses ini akan berulang sekiranya mangsa terbaru menekan link tersebut. So hati-hati semua!!! 1. Cabaran KLCC 2. Kisah Benar   3. Pilihan Rakyat Malaysia 4. Misteri Cleaner Di Subang 5. Apa Yang Tak Kena Dalam Video Ni?...

Runtuhan Di Mana-Mana

Image
Runtuhan Konkrit Cair Di Stesen LRT Putra Height Runtuhan Di Mana-Mana السلام عليكم  buat semua pembaca    Blog Santai .  Alhamdulillah kita bertemu lagi untuk berkongsi kisah-kisah yang berlaku dalam masyarakat kita untuk renungan bersama. Antara yang menarik perhatian kita adalah kisah r untuhan yang ada dimana-mana sekarang. Jika empat hari yang lalu, 3 mangsa telah terkorban  dalam insiden runtuhan konkrit cair di stesen LRT Putra Height, semalam  tingkat bawah dan tingkat bawah tanah apartment 17 tingkat yang masih dalam pembinaan di Ara Damansara pula runtuh . Alhamdulillah, tiada mangsa yang tercedera. Runtuhan Tingkat Bawah Apartment 17 Tingkat Jika dalam insiden yang pertama yang berlaku di stesen LRT Putra Height,  kejadian dipercayai berpunca dari keberatan konkrit, punca runtuhan apartment 17 tingkat ini belum lagi dikenalpasti. Jika dilihat dari keadaan cuaca sekarang, selain dari kecuaian manusia yang mungkin ...