Hukum Makan Di Mac D
Sokongan Kepada Israel
Hukum Makan Di Mac D
Renungan pagi Jumaat pilihan Blog Santai adalah tentang hukum jika kita makan di Mac D. Sebagaimana yang kita tau, pihak Zionis Israel telah melakukan kekejaman yang diluar batasan kemanusian ke atas rakyat Palestin sejak dulu lagi. Ribuan atau jutaan yang telah menjadi mangsa kezaliman Zionis. Dan kita sebagai umat Islam hanya mampu membantu melalui sumbangan dan doa untuk keselamatan rakan-rakan kita disana.
Selain doa dan sumbangan, sebenarnya kita juga mampu untuk melakukan lebih dari itu dengan memboikot barangan keluaran Israel atau mereka-mereka yang memberikan sokongan kepada Israel. Dan apakah hukum jika kita gagal melakukannya? Contohnya apakah hukum jika kita makan di Mac D yang memberi sokongan kepada tentera Israel yang memerangi rakan-rakan kita di GAZA?
Dan inilah jawapannya:
Makan di Mac D hukumnya harus apabila halal makanan tersebut iaitu memenuhi ciri-ciri kehalalannya. Sekiranya jelas ianya memberi sumbangan kepada tentera Israel, maka ia boleh menyebabkan haram makanan tersebut. Walaubagaimanapun, dalam hal ini pihak barkuasa lebih dipertanggungjawabkan dalam menentukan hubongan antara negara-negara khususnya Israil terutama yang ada kaitan dengan masyarakat Islam.
Chile Luluskan Sokongan Boikot Israel
Hukum Malaysia Sebagai Rakan Dagangan Israel
Sebenarnya persoalan di atas agak sensitif. Biarpun kita tau bahawa ada negara yang lumpuh gara-gara di boikot, namun melakukannya adalah agak sukar tapi tak mustahil. Dan sebenarnya bagi kita boikot ini harus di mulakan dengan perdagangan antara negara. Malaysia perlu mengambil initiatif ini kerana sebagaimana yang kita tau, Israel adalah salah satu rakan dagangan Malaysia. Jika kita makan di MAC D boleh jatuh hukum haram, pendapatan Malaysia dari dagangan secara lansung ini pastinya lebih jelas hukumnya.
Berdasarkan laporan yang disusun Suruhanjaya Eropah yang menunjukkan Malaysia menduduki tempat ke-15 sebagai rakan dagang utama Israel dengan menyumbang kepada 0.8% daripada perdagangan Israel pada tahun 2010. Manakala laporan daripada Israel’s Central Bureau of Statistics menunjukkan barangan eksport Israel ke Malaysia bernilai $716.4 juta dan barangan import bernilai $93.6 juta. Malaysia seharusnya mengikut jejak langkah Chile yang sebulat suara bersetuju untuk memutuskan hubungan dagangan dengan Israel, biarpun ia bukan sebuah negara Islam.
Nice sharing.. =D
ReplyDeleteSelamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin yer.. =D
selamat hari raya raudzah...maaf zahir dan batin
ReplyDeletememang rumit isu ni, tapi harap pemerintah kita dapat tangani dengan teliti seperti mana diorang handle isu-isu lain.semoga Allah lindungi negara kita.
ReplyDeleteklik invest smart for raudz
Deleteinvest untuk anda..selamat berpuasa
ReplyDeletesalam kak ..hehehe sy tak makan MC'D pun..x gemar..dua tahun da tak pernah masuk MD'C hiihi
ReplyDeletesinggah sini..sebelum bercuti raya hehehe
p.s salam jumaat & selamat hari raya..salam kosong kosong ya hee ^_^
saya bkn peminat mcd ... alhamdulillah ... invest here
ReplyDeletesaya juga bukan penggemar mcD.....Pasal dagangan ini Malaysia perlu lebih teliti mengambil langkah yg terbaik..
ReplyDelete#prayforGaza..
adalah sekali-sekala mkn mcd..
ReplyDeletesha memang boikot mcd beberapa minggu ni, ada satu hari sha lapa gila sbb baru balik treatment so malas masak, hasben suruh order mcd je..sha tanya tak haram ke kita makan mcd ni bila duit kita sumbangkan kat zionis??
ReplyDeletehasben cakap la, makan tu ibadah, mana sumber duit tu pergi dah takde kena mengena dengan kita......
tapi jujurnya dah tak boleh pergi dengan mcd.... sha asyik rasa nak muntah dan muak kalau makan... haih...
Kita sebagai insan yg lemah ni teruskanlah boikot... sentiasa prihatin dgn apa yg kita beli kan...
ReplyDeleteperkongsian yg baik.. oh ler kita sama2 boikot..
ReplyDeletesinggah nk ucap siap2 : salam aidilfitri..!! :)
prkongsian yg baik, ika pun tak mkn kat mc donald tu, sbab ayah pun tak bagi, cuma trmkn skali je..hihi lepas ni sama-2 kita boikot ye..:)
ReplyDeletesalam aidilfitri raudzah..:)
Tutup je McD di malaysia ni. Sebab negara kita ni masyarakat majmuk. Mgkin umat islam sensitif tentang isu gaza ni,tapi yang non-muslim? Selagi ada McD selagi itu orang mkn tak kira bangsa.
ReplyDeleteP/s:just share my opinion.
jangan guna kad kredit, sebab Israel yang memperkenalkan sistem ini.
ReplyDeleteBukan McD je... Tapi starbuck dan lain2 bnyk je org dok mkn tapi tak sekecoh tu pula..
ReplyDeleteBoikoit mcd.. jeans & seluar dalam brand calvin klein yg korang pakai tu x ckp apa2 plak....
ReplyDelete