Kisah Menyayat Hati Dari Hospital Di GAZA

Kisah menyayat hati di hospital Gaza
Kisah Menyayat Hati Dari Hospital Di GAZA 

Kisah Menyayat Hati Dari Hospital Di GAZA


Jika kita di sini sedang bersiap sedia menyambut hari lebaran yang mulia, saudara-saudara kita di GAZA bagai hilang arah. Kezaliman yang tiada henti. Banyak kisah sedih yang berlaku di GAZA yang sangat menyayat hati. Yang terbaru adalah kisah menyayat hati dari sebuah hospital apabila seorang bayi perempuan berjaya diselamatkan dari rahim ibunya yang terbunuh selepas terkena serangan udara Israel, awal pagi tadi.

Bayi pramatang itu lahir melalui pembedahan, BBC. Menurut doktor, bayi yang belum diberikan nama itu hanya mempunyai peluang hidup 50 peratus dan kini sedang dirawat hospital. Semoga bayi ini selamat dan bakal menjadi syuhadah.

Sehingga kini, lebih 800 orang terbunuh. Kebanyakan mereka adalah orang awam. Walaupun genjatan senjata telah diumumkan berkuatkuasa sejak semalam, ianya pasti tak akan menggembirakan mereka. Beberapa jam lagi ianya bakal berakhir dan apa setelah itu?  Adakah mereka bakal menyambut lebaran bertemankan hujanan peluru. Pray4 GAZA.

Comments

  1. subhanallah..apalah dosa anak kecil ini..semoga Allah akan bantu Gaza.keep on praying for Palestin.

    ReplyDelete
  2. Ya Allah...kesian saudara2 disana..moga Allah linbungi dan bantu mereka semua

    ReplyDelete
  3. Ya Allah... kurniakanlah ketabahan & permudahkanlah kehidupan saudara2 di Gaza serta di seluruh dunia ini... aamiin ya Rabbal alaamiin...

    ReplyDelete
  4. Semoga mereka diberi ketabahan...
    Ya Allah..dengan rahmat Mu..lindungilah saudara2 kami di Gaza...aamiin

    ReplyDelete
  5. Hmmm..speechless :'(

    ReplyDelete
  6. subhanallah.. sedih bila tgk keadaan di sana. alangkah bagusnya kalau dpt hulurkan bantuan

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat