Tikus Di Denda Kerana Mencuri
Tikus Di Denda
Tikus Di Denda Kerana Mencuri
Tiga ekor tikus telah didenda dengan diikatkan kepada sebatang pokok sebagai pengajaran kepada tikus-tikus yang lain. Kalau cerita sebelum ni, seekor lembu telah ditangkap di Nigeria kerana didakwa membunuh, kali ni kesemua tikus-tikus ini ditangkap kerana sering mencuri makanan dari sebuah kedai di Sichuan, China. Selain daripada mencuri tikus-tikus ini juga sering menggigit serta merosakkan wayar CCTV dikedai berkenaan.
Amaran Kepada Tikus Lain
Tujuan mereka meletakkan tikus berkenaan di pokok tersebut untuk memberi amaran kepada tikus-tikus yang lain supaya tidak melakukan perkara yang sama. Mana-mana tikus yang telah ditangkap kerana melakukan perbuatan yang "buruk" akan dihantar ke kawasan luar bandar dan diserahkan kepada "Konstabel Kucing Hitam".
p/s: Macam cerita Walt Disney pulak. Tapi itulah hebatnya China. Macam-macam cerita pelik tapi benar ada.
alahai..tikus pula yang kena denda yer
ReplyDeletep/s puteri isi tabung kat sini :)
Ya rabbi.. macam nie pun ada...
ReplyDeleteItu tak kira penderaan ke tu? hehehe...
Hehehe.. kalau cerita tersepit lubang jamban atau jatuh longkang dlm, China jadi negara terdahulu mendpt liputan. Selalu Pelik 2
ReplyDeleteMudah2an kesalahan tikus itu dijadikan iktibar pengajaran kpd tikus2 yg lain huhu.. :D
ReplyDeletemalang betul nasib tikus tu.. agaknya ada ke tikus nak ambil ikhtibar? isi semua tabung.. :D
ReplyDeletedah macam menyeksa pula macam tu kan..
ReplyDeletekesian tikus tu..
ReplyDeleteaduhaiii, macam2 org china ni kan. Nak bunuh tu bunuh je. jangan lah disiksa camtu kan
ReplyDeleteadoi...pelik betul la...
ReplyDeletekesian si En Tikus.. ada pulak konstabel kuceng hitam..hahaha.macam2 lah negara china nih..adoii
ReplyDelete