Surat Dari Pencuri

 
11 Muka Surat Tulisan Tangan

Surat Dari Pencuri


You all ingat tak lagi kisah Nota dari Pecuri yang kita kongsikan dulu? Kali ini kita nak kongsikan kisah yang hampir sama. Kalau dulu, pencuri tersebut meninggalkan Nota kepada Mangsa diatas cermin teksi, kali ni si pencuri menghantar 11 keping surat tulisan tangan kepada Mangsa. 

Pencuri Telepon Bimbit


Kisahnya yang boleh dianggap "Pelik Tapi Benar" ini seperti biasa berlaku di China apabila seorang lelaki telah kehilangan telepon bimbitnya semasa menaiki teksi. Ketika sampai ke tempat yang dituju, beliau menyedari telepon bimbitnya sudah tiada dan beliau mengesyaki seorang lagi penumpang yang berada didalam teksi tersebut telah mencuri telepon beliau ketika beliau tertidur.

Bengang dengan kejadian tersebut, lelaki tersebut telah menghantar message kepada telepon bimbitnya mengungut supaya sipencuri memulangkan kembali telepon beliau kepada alamat yang diberi.  

 11 Muka Surat Tulisan tangan


Keesokan harinya, beliau sangat terkejut apabila menerima sepucuk surat beserta 11 muka surat tulisan tangan senarai kenalan beliau, lengkap dengan nama, nombor telefon dan alamat e-mel. Ianya tidak kurang daripada 1000 orang kenalan. Tulisannya begitu kemas dan ia pasti pencuri tersebut mengambil masa yang agak lama untuk menyediakan kesemua senarai tersebut.

Biarpun telepon bimbit beliau yang beharga 270 Yuan tidak dikembalikan, beliau agak terskema & terharu dengan "usaha" pencuri tersebut.

  
Nota Dari Pencuri

P/s: Mungkinkah  pencuri ini orang yang sama yang telah meninggalkan nota di atas cermin teksi yang dicuri sebelum ini? Hmmmm....

1. Rahsia Blogger Malaysia
2. Rahsia Yang Kita Semua Perlu Tau  
6. Amaran Untuk Rakyat Malaysia 
7. Ramai Yang Suka Buat Ni

Comments

  1. susah nak jumpa pencuri yang prihatin sebegini.. walau apa pun mencuri itu tetap menjadi satu kesalahan.. mengisi semua tabung raudzah.. :D

    ReplyDelete
  2. kan senang kalau pencuri tu kembalikan je telefon tu...hehehe

    p/s puteri isi tabung untuk raudzah :)

    ReplyDelete
  3. pos jer la simkad tu . kan senang ... baik juga pencuri nih .

    ReplyDelete
  4. hmm..ada alasan kenapa dia mencuri agaknya..

    ReplyDelete
  5. kesiannya..mungkin pencuri tu dah terdesak sangat2x..tapi sbb tak mau myusahkan mangsa, sanggup dia buat mcm tuh..hmmmm

    ReplyDelete
  6. slot online deposit pulsa tanpa potongan yang mudah anda mainkan sekarang yang berada ditangan anda di website kami. https://198.252.110.85/

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat