Jadual Catuan Air Phasa Kedua Di Selangor Mulai Esok

Catuan Air Di Selangor & Lembah Kelang (Source)

Jadual Catuan Air Phasa Kedua 


Catuan air di Lembah Kelang dan Selangor memasuki phasa kedua mulai esok (Ahad) sehingga 31 Mac ini.

Phasa kedua catuan melibatkan lebih 260 kawasan dari enam wilayah iaitu Gombak, Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam, Kuala Selangor dan Hulu Selangor. Penjadualan catuan air peringkat kedua itu merupakan lanjutan daripada peringkat pertama yang dimulakan Khamis lalu di Hulu Langat dan Kuala Langat melibatkan lebih 60,000 pengguna.

Catuan Air Dalam Masa Dua Hari


Enam wilayah yang terlibat dalam catuan tersebut akan dibahagikan kepada dua zon iaitu zon pertama akan menerima bekalan air pada 2 dan 3 Mac dan diikuti dua hari tanpa air manakala bekalan air untuk zon kedua pula akan diperolehi pada 4 dan 5 Mac.

Untuk zon yang yang dijadualkan tiada air, bekalan air dijangka berhenti mulai pukul 9 pagi selama kira-kira 55 jam sehingga bekalan disambung semula pada pukul empat petang, dua hari selepas bekalan diputuskan.


Jadual Catuan Air Phasa Kedua


Berikut adalah Jadual catuan air phasa kedua untuk 6 zon yang terlibat.



P/s: Selamat Menyimpan Air Untuk Semua!!!

Comments

  1. selamat menakung air. aah proses pembenihan awan dlm proses. lama dah x hujan

    ReplyDelete
  2. Kakak tak dapat bayangkan mereka yg tinggal condo/apartment tinggi, susahnya..
    Yg bawah walau susah oklah sikit...

    ReplyDelete
  3. Slalunya org cakap, tidur2 ayam... tp kali ni kenalah mandi2 ayam pulak hehee :D

    ReplyDelete
  4. Assalam
    Semoga saat kritikal ini ada pencerahannya . Insyaallah ya.

    ReplyDelete
  5. Adik kathy pn kena catuan ni..

    ReplyDelete
  6. susah bila kena catu air ni...harap segalanya selesai dengan cepat :)

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah petang tadi dah turun hujan walaupun sekejap je..

    ReplyDelete
  8. nasib baik ada lg air kt umah tu...tapi dah siap2 tampung air..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat