Kebaikan Bersahur

 Kebaikan Bersahur
Kebaikan Bersahur

Kebaikan Bersahur


Amalan bersahur mempunyai seribu kebaikan dan keberkatan. Biarpun bersahur adalah sunat, namun ianya sangat dituntut kerana didalam waktu bersahur itu ada keberkatan. Menurut Ibnu Hajar Al-Asqalani, yang dimaksud dengan berkat (barakah) itu ialah akan mendapat ganjaran dan pahala di mana Allah akan merahmati orang-orang yang makan sahur dan malaikat juga akan mendoakannya. Waktu sahur juga adalah waktu yang paling mustajab untuk berdoa kepada Allah S.W.T.

Anjuran bersahur ini dapat dilihat pada hadis Nabi yang diriwayatkan oleh Ibn Hibban, " Makanlah sahur walaupun dengan seteguk air". 

Melalui amalan bersahur, kita akan memperolehi tenaga yang secukupnya. Tenaga inilah yang bakal digunakan oleh tubuh sepanjang kita berpuasa. Sekiranya tidak diambil, dikhuatiri akan melemahkan tubuh kerana tenaga tidak mencukupi.  

Bersahur Dari Sudut Sains


Bersahur bukan sahaja memberi manfaat dan kelebihan daripada sudut agama sahaja namun perbuatan bersahur ini juga turut diakui oleh sains. Menurut Dr Danial Zainal Abidin, amalan bersahur ini mempunyai signifikan kerana ia menyamai waktu bersarapan pagi. Kajian menunjukkan makanan yang paling utama dalam masa 24 jam adalah sarapan pagi. Mereka yang mengambil sarapan pagi kurang terdedah kepada risiko serangan jantung dan kencing manis. Ianya juga boleh mengelakkan lemak yang berlebihan dalam badan yang boleh menyebabkan obesiti.  

Waktu Bersahur


Waktu bersahur ialah bermula pada pertengahan malam hingga terbit fajar namun disunatkan untuk mengakhirkan waktu bersahur iaitu kira-kira 10 atau 15 minit sebelum bilal melaungkan azan Subuh. Rasulullah s.a.w pernah bersabda bahawa waktu bersahur itu adalah bersamaan dengan bacaan 50 ayat suci Al-Quran.

Jadi jangan lepaskan peluang keemansan ini. Selamat menjalani ibadah sahur. Semoga amalan kita diberkati Allah.

Comments

  1. Tak sabarnya.... tapi Sha awal2 hari dah dapat "Mc Wanita" sobbbsobbbb.... Selamat bersahur kak Raudzah...

    ReplyDelete
  2. selamat bersahur dan berpuasa ya raudzah.. singgah klik volkswagen sini

    ReplyDelete
  3. Salam Ramadhan.. syukur masih diberi peluang...

    ReplyDelete
  4. Sahur membezakan puasa orang Islam dengan Bukan Islam.
    ** Saya kalau sahur WAJIB makan Nasik. Lauk telur mata pun tak ape...asalkan makan nasi.

    ReplyDelete
  5. memng byak kebaikan bersahur ni sis...
    nice sharing dan salam ramadhan :P

    ReplyDelete
  6. jom beli kuih raya dengan harga borong 100% puas hati dan sedap

    http://www.lenovomurah.tk/2014/06/borong-kuih-raya-termurah-2014-sedap.html#.U68lCMVXjIU

    ReplyDelete
  7. Sahur pertama dah berjln dgn lancar.. semoga begitulah dgn yg seterusnya nnti.. slmt bersahur.. :)

    ReplyDelete
  8. terima kasih atas perkongsian ini kak....

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  9. yg penting sahur boleh elak dari lapar..:)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat