'Pembunuhan beramai-ramai' di Syria
Gambar yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Penyelarasan Tempatan bagi Syria merakamkan sebahagian daripada berpuluh-puluh mayat penduduk awam yang terbunuh dalam serangan ganas tentera Syria di bandar Daraya. - AFP DAMSYIK 26 Ogos - Beratus mayat ditemui di sebuah pekan di pinggir Damsyik selepas lima hari tentera Syria melancarkan serangan ganas, menurut pemerhati hari ini, ketika aktivis menuduh tentera kerajaan melakukan 'pembunuhan beramai-ramai'. Pertubuhan Pemantau Syria bagi Hak Asasi Manusia berkata, sekurang-kurangnya 320 orang terbunuh ketika serangan tentera di Daraya, sebuah pekan satelit di barat daya Damsyik yang dihuni kira-kira 200,000 orang penduduk. Sebuah rangkaian aktivis di Syria, Jawatankuasa Pengurusan Tempatan, menyifatkan serangan di Daraya itu, sebuah pekan aman, sebagai 'pembunuhan beramai-ramai oleh tentera'. "Tentera mengadakan sekatan dan menghalang kemasukan bekalan penting ke pekan itu. Merek...