Wanita ini tak dibenarkan terbang kerana terlalu gemuk
Seorang wanita AS yang sedang mengikut suaminya bercuti di Hungary, meninggal dunia setelah penerbangan beliau untuk kembali ke New York di tolak kerana terlalu berat untuk terbang. Berat, Vilma Soltesz, 56, dari New York, adalah kira-kira 425kg. Beliau hanya mempunyai satu kaki dan menggunakan kerusi roda. Beliau meninggal dunia akibat komplikasi kesihatan di Hungary sembilan hari selepas penerbangan pertama dari tiga peberbangan ditolak atas alasan terlalu berat. Syarikat penerbangan kini berhadapan dengan kemungkinan saman bernilai jutaan dolar . Di Prague: Walaupun jabatan bomba tempatan telah dibawa masuk untuk membantu menggerakkan Soltesz kepada tiga kerusi yang diberikan kepada beliau, mereka tidak boleh mengangkat beliau keluar dari kerusi roda. Berat badan Puan Soltesz bertambah kerana penyakitnya dan syarikat penerbangan itu berkata ia tidak mempunyai extender tali pinggang keledar untuk dia mengikut suaminya ...