Dua Beradik Mati Di Kelar Amah Di Sungai Buloh
Lokasi Kejadian Dua Beradik Mati Di Kelar Amah Kes ngeri kanak-kanak mati dikelar berlaku lagi. Kalau dulu tiga beradik telah di sembelih oleh bapa sendiri di Bangi , yang menyebabkan kematian salah seorang dari mereka, kali ni kejadian yang hampir sama berlaku di Sungai Buloh. Dalam kejadian malang yang berlaku petang semalam, d ua beradik lelaki berusia 18 bulan dan lima tahun mati dikelar menggunakan pisau oleh pembantu rumahnya sebelum wanita itu membunuh diri. K etika kejadian, kedua-dua mangsa tinggal bersama pembantu rumah warga Indonesia sementara ibubapa dan nenek mereka keluar bekerja. Dua Beradik Berlumuran Darah Kejadian ngeri itu hanya disedari oleh nenek mangsa yang pulang ke rumah kira-kira jam 6 petang. Selepas memanggil nama cucunya dari luar, nenek kanak-kanak itu masuk ke dalam rumah sebelum terkejut selepas ternampak cucunya yang berusia 18 bulan berlumuran darah dan sudah tidak sedarkan diri manakala pembantu ...