10 kaedah perubatan yang mengerikan

10 kaedah perubatan yang mengerikan
 
Sains perubatan kadangkala sukar untuk di percayai..Kaedah penyembuhannya mungkin di anggap pelik dan ngeri tetapi berkesan untuk sesetengah penyakit...jom kita tengok beberapa kaedah yang telah digunakan sejak zaman purba kala. Ianya agak mengerikan dan mungkin ramai yang tak tahu ....
 
10. Hirudotherapy
Ini adalah salah satu rawatan yang digunakan sejak zaman purba. Ianya melibatkan penggunaan lintah untuk menyembuhkan luka dan bengkak. Ianya sangat popular pada tahun 1990-an dan digunakan secara meluas  di pelbagai negara.
 
9. Malaria Drug Therapy
Walaupun namanya di kaitkan dengan malaria, tetapi terapi ini tidak digunakan untuk membasmi penyakit malaria. Ianya telah digunakan untuk merawat penyakit yang dikenali sebagai Sifilis. Pada asalnya  tidak ada cara untuk mengubati seseorang yang telah dijangkiti dengan penyakit ini sehingga Wagner-Jauregg menemui  idea untuk cuba untuk merawat pesakit dengan darah yang telah dijangkiti dengan Malaria. Rawatan ini telah  memenangi hadiah Nobel. 
 
8. Maggot Debridement Therapy
Sama seperti rawatan yang menggunakan lintah, terapi ini juga melibatkan penggunaan serangga untuk menyembuhkan penyakit. Ianya juga dikenali sebagai terapi larva, kerana ulat atau larva lalat digunakan untuk menyembuhkan penyakit. Ulat atau larva lalat akan menghisap kulit mati dan juga kuman yang berada di luka untuk membantu dalam penyembuhan penyakit. 
7. Induced Seizures
Skizofrenia adalah salah satu daripada gangguan mental (sawan) yang teruk yang dikenalpasti. Kaedah ini digunakan pesakit untuk menghasilkan sawan untuk diri mereka sendiri. Pada tahun 1934 seorang pesakit yang menderita Skizofrenia, berusia 33 tahun telah disuntik dengan minyak kapur barus yang menyebabkan sawan kronik. Ianya ternyata berjaya. Kaedah ini telah digunakan secara meluas selepas kejayaan experiment tersebut.
6. Electroconvulsive Treatment (ECT)
Rawatan ini telah mula digunakan pada tahun 1938 apabila seorang psikiatri di Itali mencadangkan agar pesakit psikotik dirawat dengan mengejutkan mereka melalui elektrik. Ramai doktor percaya dengan teknik rawatan ini kerana mereka percaya bahawa dengan mengejutkan otak, kita akan lebih cepat memberi reaksi kepada keadaan sekeliling. Rawatan ini tidak lagi digunakan secara meluas sekarang sebagai rawatan biasa tetapi ramai doktor masih cenderung untuk menggunakannya sebagai resort terakhir.
 
5. Fire cupping (Bekam)
Teknik ini digunakan sejak 1000 SM. Haba yang dihasilkan dari api yang di isi dalam cawan vakum dilekapkan pada kulit pesakit selama dua puluh minit. Kebiasaannya 12 cawan digunakan pada satu-satu masa. Rawatan ini berasal dari Cina.
4. Trepanation
Ini adalah salah satu teknik yang masih digunakan di dalam rawatan moden tetapi dengan cara yang lebih dipercayai dan selamat. Apa yang mereka lakukan ialah menggerudi lubang ke dalam tengkorak pesakit untuk melegakan penyakit tertentu serta tekanan yang di alami oleh otak manusia.
 
3. Bloodletting
Ini adalah salah satu daripada rawatan penyembuhan yang telah digunakan sejak hampir 2000 tahun dahulu. Ianya telah digunakan sehingga abad ke-19. Selepas itu ia telah digantikan dengan pemindahan darah. Apa yang mereka lakukan ialah mengambil sejumlah besar darah pesakit supaya kekotoran dan penyakit disedut keluar. Teknik ini di lihat seolah-olah  menganiaya ramai pesakit, tetapi ia telah diamalkan secara meluas oleh tamadun Yunani, Maya, Mesir dan banyak tamadun lain.
 
2. Moxibustion
Moxibustion adalah satu teknik yang melibatkan penggunaan herba yang dipanggil Moxa. Herba tersebut disuntik dalam tubuh pesakit melalui jarum akupunktur atau digulung ke dalam rokok dan kemudian diasapkan terus ke kulit pesakit. Rawatan ini masih digunakan secara meluas di kawasan asia untuk menyembuhkan pelbagai penyakit.
1. Lobotomies
   
Ianya merupakan satu teknik yang dahulunya digunakan untuk merawat gangguan mental tertentu yang sukar dikawal. Sambungan ke dan dari korteks prefrontal, bahagian anterior lobus frontal otak di potong melalui pembedahan ini. Walaupun prosedurnya yang dikenali sebagai leucotomy telah digunakan sejak tahun 1935, ianya telah menjadi kontroversi kerana dianggap tidak berperikemanusiaan serta diakui mempunyai kesan sampingan yang serius.

Comments

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat