Agihan daging akikah dan korban
SAYA ada kemusykilan mengenai akikah. Benarkah daging akikah tidak
boleh dimakan oleh orang yang melakukan akikah? Adakah daging akikah ini
boleh dimakan oleh mereka yang bukan Islam?
JAWAPAN:
Akikah adalah penyembelihan haiwan ternakan yang dilakukan untuk anak yang baru lahir sebagai tanda bersyukur kepada Allah.
Perkataan akikah daripada kata al-Iqqah bererti rambut makhluk yang baru dilahirkan, baik manusia atau binatang.
Akikah afdal dilakukan dalam tempoh seminggu selepas kelahiran.
Daging akikah dan korban haram diberikan kepada bukan Islam kerana
korban dan akikah merupakan amal ibadah kepada Allah.
Ia bertujuan untuk bertaqarrub kepada Allah. Ini ada disebut dalam Fatwa Syeikh Ahmad al-Fatthani.
Namun begitu, kalau bukan Islam hendak membeli satu bahagian daripada
daging lembu itu untuk kegunaan peribadi, bukannya untuk korban, maka
harus hukumnya menurut Syeikh Daud al-Fatthani dalam Furu’ul masaa’il.
Asalnya daging korban atau akikah adalah untuk sedekah yang mana
diniatkan pahala. Maka pemberiannya perlu diberikan kepada orang yang
berhak.
Dalam hadis ada menyebut bahawa elok dibahagikan daging-daging
tersebut kepada tiga bahagian. Bahagian pertama dimakan oleh tuan punya
akikah dan keluarganya. Bahagian kedua dihadiahkan kepada tetangga dan
sahabat handai, manakala yang ketiga hendaklah disedekahkan kepada orang
miskin dan memerlukan.
Terima kasih untuk perkongsian ini. Kadang2 kita terkeliru walaupu saban tahun isu itu timbul. :)
ReplyDeleteSama-sama kakcik and memang betul,kadang-kadang kita keliru disebabkan amalan ni dilakukan setahun sekali..semoga lebih terangkan...
ReplyDeleteoff white shoes
ReplyDeleteadidas yeezy
jordan 1 off white
Travis Scott Air Jordan
kyrie irving shoes
off white nike
paul george
golden goose
supreme
bapesta