Tsunami di Tasik Geneva
PARIS - Satu kejadian tsunami akibat runtuhan batu yang berlaku 1,500
tahun lalu telah mencetuskan ombak setinggi 13 meter sekali gus
menenggelamkan kawasan di sepanjang tebing Tasik Geneva, Switzerland,
lapor beberapa saintis kelmarin.
Kejadian tersebut membayangkan bandar raya Geneva dan Lausanne mungkin dilanda tsunami.
Ia juga boleh berlaku di beberapa buah bandar lain yang terletak di tepi tasik kawasan pergunungan dan fiord di Switzerland.
"Risiko tersebut dipandang remeh oleh kebanyakan orang yang tidak
mengetahui bahawa tsunami boleh berlaku di kawasan tasik," kata seorang
saintis di Universiti Geneva, Switzerland, Katrina Kremer.
Dalam sepucuk surat kepada jurnal saintifik, Nature Geoscience,
sekumpulan saintis yang diketuai Kremer menyatakan mereka telah
mengkaji bencana itu yang berlaku pada tahun 563 dan dikenali sebagai
Peristiwa Tauredunum.
Menurut para saintis itu, terdapat bukti bahawa sebahagian tanah di
sebuah kawasan pergunungan jatuh ke dalam Sungai Rhone, lima kilometer
dari tasik berkenaan.
Pasukan Kremer itu menggunakan radar canggih untuk meninjau kawasan yang paling dalam di tasik tersebut.
Anggota-anggota kumpulan itu menemui timbunan mendapan sepanjang lebih 10 kilometer (km), lebar 5km dan ketebalan sehingga 5m.
Menurut Kremer, sepanjang tempoh 10,000 tahun lalu, beberapa kejadian tsunami yang besar berlaku di Tasik Geneva.
Justeru, katanya, kejadian itu boleh berlaku lagi.
Sebelum ini kejadian tsunami kerap dikaitkan dengan bencana gempa
bumi yang berlaku di dasar laut berdekatan kawasan pantai. - AFP
Hlw everybody I'm here to share some information with respect to the quickbook mistake 15215 worker not reacting visit this site and have all the data in regards to this blunder quickbooks unexpected error 5: A QBs Repairing Guide
ReplyDelete