15 Orang Hilang Setiap Hari
Sesuatu yang mengejutkan apabila purata
sebanyak 15 orang didapati hilang setiap hari di Malaysia iaitu satu per
empat daripadanya adalah gadis Melayu berusia antara 13 dan 17 tahun.
Berdasarkan rekod polis, 4,804 orang telah dilaporkan hilang dari
Januari hingga Oktober tahun lepas dan lebih separuh daripada mereka
tidak kembali ke rumah. Pada tahun 2011, 5,961 orang hilang.
Menurut polis pengaruh rakan sebaya dan masalah penyumbang kepada faktor terbesar kes orang hilang melibatkan remaja. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri
Zinin berkata banyak kes orang hilang yang dilaporkan datang dikalangan
keluarga yang berpecah sama ada bercerai atau tinggal berasingan.
"Ia adalah kesan domino, apabila remaja daripada keluarga yang
bermasalah mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk lari dari rumah,"
katanya. Katanya lagi, ada dikalangan mereka itu tercicir daripada sekolah dan
sebahagian yang lain terutamanya perempuan lari dengan teman lelaki
mereka.
Rekod juga menunjukkan bahawa mereka yang berusia antara 13 dan 17
tahun adalah kategori umur tertinggi kumpulan yang dilaporkan hilang
dari rumah. Remaja perempuan Melayu membentuk kumpulan terbesar iaitu sehingga
1,124 kes hilang direkodkan daripada Januari hingga Oktober pada 2012
dan jumlah itu hampir empat kali ganda kes di kalangan remaja lelaki.
Selain itu Mohd Bakri berkata terdapat kes-kes terpencil orang hilang
kerana menjadi mangsa penjenayah seksual dan kes penyeludupan manusia.
"Pihak polis bekerja keras untuk mengesan mereka yang hilang. "Ia adalah satu tugas yang sukar tetapi kita akan tetap cuba sedaya upaya untuk mencari semua yang hilang itu," katanya.
Bagaimanapun menurut beliau ahli masyarakat terutamanya keluarga perlu memainkan peranan mereka membantu polis. "Adalah penting bahawa laporan orang hilang hendaklah dibuat secepat
mungkin kerana ia akan membantu kita dalam menggerakkan sumber kita
dengan cepat," katanya.
hurmmmm, semakin lama semakin ramai. salah siapa??
ReplyDeleteSusah nak pastikan salah siapa..tapi semua orang kena main peranan kan..
DeletePentingnya kita memperkukuh institusi kekeluargaan agar gejala ini tidak berleluasa..
ReplyDeleteBeul tu salmi..especially those yang ada nak-anak remaja..susah nak control dia orang ni..
Deletehuhuhuhu ramainyeee,.. hemm aman kah kalau begini ? :(
ReplyDelete