Jambatan sedang dibina di Selangor Science Park 2 runtuh
PUTRAJAYA - Sebuah jambatan yang masih dalam pembinaan di Selangor
Science Park 2 Interchange, antara Plaza Tol Putrajaya dan Putrajaya /
Cyberjaya di Lingkaran Putrajaya runtuh di sini hari ini.
Walau bagaimanapun tiada laporan kemalangan jiwa kerana jambatan
tersebut masih ditutup untuk kegunaan awam, kata Penolong Pengarah
Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul kepada
Bernama di sini hari ini.
Sementara itu, jurucakap Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS)
berkata jambatan yang runtuh itu merupakan lebuh raya sambungan ke
Putrajaya dan ia di bawah kawal selia PKNS.
Difahamkan kejadian itu berlaku pada 1 tengah hari dan ia tidak mengganggu sebarang lalu lintas. - Bernama
Nasib belum dibuka untuk org awam lagi!
ReplyDelete