Lelaki lepas tembakan rambang di pusat hiburan, dua cedera
JOHOR BHARU - Seorang lelaki yang memakai topi keledar penutup muka
penuh tiba-tiba masuk ke sebuah pusat hiburan di sini pada Rabu malam
dan melepaskan tembakan rambang, mencederakan dua pengunjung, menurut
polis hari ini.
Ketua Polis Daerah Johor Baharu Selatan ACP Zainuddin Yaakob lelaki itu datang ke pusat hiburan itu di Jalan Damai, Taman Serene pada kira-kira 11.45 malam dan melepaskan lima das tembakan daripada pistol semi automatik berkaliber 9mm.
Sedas daripada tembakan itu terkena betis kanan seorang lelaki berusia 42 tahun manakala sedas lagi mengenai bahagian dada kiri seorang lelaki berusia 51 tahun, katanya.
"Kita masih menyiasat motif sebenar suspek dan kes diklasifikasikan sebagai cubaan bunuh," katanya kepada pemberita selepas melawat seorang daripada mangsa di hospital di sini. Seorang lagi mangsa dibenarkan keluar hospital semalam.
Zainuddin berkata terdapat 10 orang termasuk pekerja berada di pusat hiburan itu ketika kejadian. - Bernama

Adus ...ini kes balas dendam berkumpulan ker..
ReplyDeleteMungkin...susah nak agak perlakuan manusia ni...tiba-tiba buat hal kan...
ReplyDelete