8 Petua atasi marah
Source: Google
MARAH seringkali dilihat sebagai satu perasaan yang negatif dan tidak membawa manfaat. Sebenarnya, apa sahaja bentuk perasaan yang Allah ciptakan untuk manusia adalah untuk kebaikan manusia itu sendiri. Kita boleh marah asalkan kemarahan itu kerana Allah dan atas perkara yang Allah izinkan sahaja. Kita marah apabila orang mempermainkan agama, melakukan dosa dan maksiat, menzalimi dan menganiaya, mengambil atau menyekat hak kita, dan seumpamanya. Namun, marah itu mestilah kena pada orangnya, tempatnya, masanya dan caranya. Usah marah membuta tuli hanya kerana dorongan nafsu atau tanpa kawalan kerana ia akan membawa lebih banyak keburukan daripada kebaikan.
Apabila marah dan kecewa sekali pun, perasaan itu masih perlu
disampaikan secara beradab. Sebab, perlakuan tersebut mencerminkan
keperibadian kita. Tidak salah merasa marah, tidak salah meluahkan
kekecewaan, namun orang yang beriman akan lakukannya dengan cara yang
beradab.
8 Tindakan Segera Atasi Rasa Marah
1. Baca ta'awwuz dengan bermaksud 'aku berlindung kepada Allah daripada syaitan yang direjam'. Sebab orang
yang sedang marah itu syaitan masuk ke dalam urat darahnya lalu
menguasai pemikirannya.
2. Mengubah posisi dan kedudukan. Misalnya, kalau marah ketika duduk maka berdirilah, jika sedang berdiri maka duduklah.
3. Tinggalkan situasi tegang itu segera. Cuba tangguhkan perasaan marah buat seketika dengan meninggalkan situasi yang sukar dikawal itu.
4. Mengambil wuduk. Marah itu bagaikan api yang menyala dan hanya mampu dipadamkan dengan air.
5. Diam. Usah berkata apa-apa sebaliknya diamkan diri, kosongkan fikiran dan lakukan gambaran minda yang
positif dengan fokus kepada mencari hikmah dengan bertanya pada diri
sendiri, "Kenapa Allah izinkan situasi ini berlaku? Apa hikmahnya? Apa
yang boleh dipelajari daripadanya?"
6. Banyakkan berzikir dan selawat.
7. Tarik nafas dalam-dalam dan lepaskan perlahan-lahan sambil kosongkan fikiran.
8. Ingat, bukan kita sahaja boleh marah, orang lain pun boleh marah. Malah orang lain marahnya mungkin lagi hebat daripada kita.
p/s: Happy Weekend Everyone. Ingat ya jangan marah-marah k.
1. "Rahsia" KLIA
2. "Peluang" Hanya Sekali
3. "Rahsia" Untuk Wanita
4. "Rahsia" Buat RM2 Setiap Saat
5. Rahsia "Sempoi" Tapi Bernilai
6. Satu Minit Yang Sangat Berharga
7. Rahsia Untuk Kulit Cantik Menawan
Extract From: Utusan Online
p/s: Happy Weekend Everyone. Ingat ya jangan marah-marah k.
1. "Rahsia" KLIA
2. "Peluang" Hanya Sekali
3. "Rahsia" Untuk Wanita
4. "Rahsia" Buat RM2 Setiap Saat
5. Rahsia "Sempoi" Tapi Bernilai
6. Satu Minit Yang Sangat Berharga
7. Rahsia Untuk Kulit Cantik Menawan
Extract From: Utusan Online
Betul tu....kalau agak2 tak kebah kebah marah tu Raudzah...pelempang je sekali hehe
ReplyDelete