FBI: Simulator Kapten Zaharie "Clean"

Foto
Kapten Zaharie Bersama Simulatornya

FBI: Simulator Kapten Zaharie "Clean"


Mungkin ada segelintir rakyat Malaysia yang begitu kecewa apabila FBI menyatakan Simulator milik Kapten Zaharie almost "Clean". Kesimpulan ini dibuat berdasarkan hasil penyiasatan mereka terhadap simulator milik Kapten Zaharie tidak menemui sebarang bukti yang boleh mengaitkan juruterbang MH370 dengan kehilangan pesawat itu.

Sejak kejadian 8 Mac yang lalu terdapat "sekumpulan" rakyat Malaysia yang begitu bersungguh-sungguh untuk mengaitkan kejadian kehilangan misteri MH370 dengan tindakan yang disengajakan oleh Kapten Zaharie. Pelbagai teori dilemparkan yang semuanya dikatakan datangnya dari sumber terapat dengan beliau. Bermula sebagai fanatik politik, sengaja memadamkan data simulator untuk menghilangkan bukti, kehadiran wanita misteri dan juga krisis keluarga. Semua berita-berita ni digembar-gemburkan seolah-olah kapten zaharie adalah satu-satunya pengkhianat negara. 

  
Keluarga Kapten Zaharie

Biarpun kita tidak mengenali siapa Kapten Zaharie mahupun tiada tali persaudaraan dengan beliau, tapi kita boleh bayangkan betapa sedihnya mereka-mereka yang mempunyai tali persaudaraan dengan beliau. Kita sebagai orang luar tidak perlulah terlalu "Excited" untuk menjatuhkan hukuman hanya kerana beliau tidak berupaya untuk mempertahankan diri. Yang pasti jika semua kenyataan adalah terbukti fitnah, maka tentunya ia menjadi dosa yang menghantui kita sepanjang hayat kerana kerana Kapten Zaharie mungkin sudah tiada di dunia ini untuk memaafkan perbuatan tersebut. 

Penerbangan Ke Lautan Hindi Untuk Hilangkan Bukti?


Bagi kita secara logic, jika Kapten Zaharie benar-benar ingin menamatkan riwayatnya berserta 229 anak kapal, beliau tidak perlu terbang hingga ke Lautan Hindi. Beliau boleh aje menjumankan MH370 ke Laut Cina Selatan atau Selat Melaka. Tak perlu terbang sehingga ke hujung dunia dalam penerbangan yang begitu merbahaya dan sukar untuk mengelak dari dari dikesan radar. Hanya mereka-mereka yang mempunyai niat tertentu dan ingin menghapuskan bukti tersebut aje yang perlu terbang sejauh itu kerana mereka percaya, dengan kedalaman Lautan Hindi yang mencecah hampir 7000 meter serta ganas dan bergelora, kemungkinan kotak hitam dijumpai adalah amat tipis. Akhirnya segala misteri kekal misteri dan penjenayah sebenar mungkin tidak diketahui identitinya sehingga ke akhir hayat bumi. 

Walau apapun rencana manusia, kita pasti kuasa Allah melebihi segalanya. Jika Allah mengizinkan MH370 terbang ke Lautan Hindi dalam keadaan yang begitu sukar, tidak mustahil, Lautan Hindi juga bakal merungkai segala persoalan misteri ini. Doakan semoga segala usaha pencarian serpihan dan kotak hitam dipermudahkan.

Comments

  1. saya yakin Pilot kita tak bersalah, ni pilot beriman jiwa kuat Inshaallah dalam perlindunganNYa selalu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita simpati dengan dia orang Imie...Moga Allah tunjukkan kebenaran akhirnya..

      Delete
  2. itulah juga..jangan berkata sesuatu apa yang kita tidak pasti..baik diamkan diri dan ikuti gak perkembangan kan dear

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Eda...Jangan over menghukum seseorang...

      Delete
  3. yeah.....Sometime people are so 'excited' to tell some news....but they are really don't understand what is the truth.....So sad lah kan..Manusia kekadang buat hukuman sendiri...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan Wan..mereka lupa mereka juga ada keluarga yang mungkin mengalami perkara yang saa suatu hari nanti..

      Delete
  4. pelbagai spekulasi timbul.. hanya Allah sahaja yang tahu apa sebenarnya yang berlaku..

    ReplyDelete
  5. Yup ramai diantara kita yang ingin menjadi hakim tak bertauliahkan cik akak. Semoga Allah memberi jalan keluar..

    ReplyDelete
  6. Hanya Allah yang maha mengetahui...semoga yang tidak bersalah akan dilindungi dari segala fitnah...

    ReplyDelete
  7. Bersangka baiklah shj kan kd pilot kita.. dia kan org kita.. Besar sudah jasanya.. semoga Allah bukakan hijab & membenamkan kebatilan... aamiin...

    ReplyDelete
  8. tak baik betul buruk sangka kat orang...semoga kebenaran tu muncul dan dapat menghilangkan tanggapan buruk pada kapten ni..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat