'Goodnight Malaysian 370' Bukan "Alright Good Night"

 http://1.bp.blogspot.com/-ssIHB6ebLJU/UyAOEa9d8vI/AAAAAAAA1gI/YUSJMzrXKWU/s640/good-day-kapten-zaharie.jpg 
Good day Vs Good Night Alright Vs Goodnight Malaysian 370

'Goodnight Malaysian 370' Bukan "Alright Good Night"


'Goodnight Malaysian 370' Bukan "Alright Good Night". Inilah kata-kata akhir dari co-pilot MH370, berdasarkan transkrip dari ATC. Kata-kata ini telah disahkan oleh Timbalan Menteri Pengankutan dalam kenyataan medianya malam tadi. Wah dah makin jauh lari skrip ni. Bermula dari Good Day, Alright Good Night dan sekarang Good Night Malaysian 370. Agak-agaknya selepas ni apa pulak skrip terakhir ya?

Nampak gayanya misteri kehilangan MH370 akan menjadi bertambah misteri kerana bukan hanya cara Kehilangan MH370 yang menjadi tandatanya, malah perkara-perkara penting yang berkaitan dengan perjalanan MH370 juga semakin bertambah misteri. Terlalu banyak fakta yang sudah berubah dari versi asal. Antara yang masih menjadi persoalan. 

1. Siapakah pemilik 5 Beg yang dikeluarkan oleh pihak MAS pada malam penerbangan kerana tak check in? (Dah check in beg tapi tak masuk pesawat)
2. Siapakah 4 penumpang yang dikatakan tiba-tiba menggantikan mereka? (Boleh ke last minute replacement. Ini kapalterbang ya bukan bas tau. Kalau bas logiclah ada yang yang standby kat station bas.)
3. Mengapa terlalu banyak Transkrip penerbangan MH370 (Hingga kini dah ada 3 versi)

Track perjalanan MH370


Selain daripada kata-kata terakhir co-pilot yang berubah-ubah, track perjalanan MH370 juga turut berubah. Dari pusing ke kiri untuk air turn back, kini dah jadi pusing kekanan dalam keadaan yang begitu selesa (pusingan yang besar). Hmm...sungguh misteri.

Hanya Allah yang mengetahui cerita yang sebenar. Kita sebagai saudara seislam harus terus berdoa semoga kebenaran terungkap dan tidak ada yang menjadi "Mangsa".

1. Rahsia Wanita 
5. Apa Kata Mereka
6. Amaran Untuk Rakyat Malaysia 
7. Ramai Yang Suka Buat Ni

Comments

  1. moga Allah s.w.t memberi petunjuk kejadian sebenar yang melibatkan MH370...

    ReplyDelete
  2. semoga Allah permudahkan pencarian...

    ReplyDelete
  3. aduhai,.. pening dah dengan macam2 cerita & versi2 yag kdg2 x masuk akal

    ReplyDelete
  4. hanya berdoa bersama2 seluruh warga yg perihatin. Menantikan jawapan yg pasti utk kehilangan MH370.

    ReplyDelete
  5. Semoga Allah bukakan segala hijab yg menyembunyikan kebenaran & membenamkan segala kebatilan.. aamiin...

    ReplyDelete
  6. Ermm... pastu kata tiada sebarang fakta dirahsiakan... Oh Malaysia ku.... kalau idah jadi ahli keluarga di China pun boleh berang dengan perubahan2 fakta nie...

    ReplyDelete
  7. Hanya Allah yang Maha mengetahui apa yang sebenarnya yang berlaku...
    wallahu'alam.

    ReplyDelete
  8. erm...entahlah mcm mana boleh jd mcm ni.....

    ReplyDelete
  9. Sudah terlalu bnyk spekulasi...semoga segala urusan dipermudahkan..

    ReplyDelete
  10. ika dah jadi pening dah raudzah dengan misteri MH370 ni,..bertukar2 ceritanya...hmmmmm..apa pun kita doakan semoga semuanya dipermudahkan....insyaAllah...

    raudzah, ika nak jemput join GA ika ni, harapnya sudi laa ya raudzah join :)
    http://haneulafiqah.blogspot.com/2014/04/grand-opening-giveaway-by-haneulafiqah.html

    ReplyDelete
  11. memang misteri sangat.. semoga Allah memberi petunjuk kepada kita bagi menemui jawapannya..

    ReplyDelete
  12. memang pening dengan misteri kehilangan MH370 ni...harap adalah petunjuk nanti kan

    ReplyDelete
  13. Moga dipermudahkan pencariannya walau apa pun pengakhirannya....

    ReplyDelete
  14. Inilah yang membuatkan reputasi/maklumat kita dipertikaikan. Terlalu banyak percanggahan dan perbagai versi. Hari ni kata lain...esok kata lain. Kehilangan MH370 semakin misteri dan pelik!

    ReplyDelete
  15. Misteri yg sukar diungkap dgn akal manusia... Hnya Allah yg Maha Mengetahui..

    ReplyDelete
  16. kata ada waiting list juga dalam penerbangan tapi kena rajin tunggu dan kalau bernasib baik la..kathy pun tak tau betul ke tak..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat