MH370: Hari-Hari Terakhir Mengesan Kotak Hitam



 
Kapal ADV Ocean Shield

Hari-Hari Terakhir Mengesan Kotak Hitam


6 hari terakhir mengesan kotak hitam MH370. Sebenarnya kita dapat rasakan tekanan petugas SAR juga semakin tinggi. Setinggi harapan keluarga penumpang-penumpang MH370.  Bagi kita orang luar, mungkin perasaan ingin tahu dan simpati semakin berkurangan. 

Tumpuan penyelamat kini adalah kepada kotak hitam. Bayangkan kedudukan MH370 pun tak diketahui, bagaimana nak gunakan alat ni. Semuanya terlalu samar. Serpihan pun tak ditemui. Mana mungkin kotak hitam boleh ditemui. Kecualilah keajaiban berlaku.

Towed Pinger Locator 
Towed Pinger Locator 25 (TPL-25) dan kenderaan penyelam berautonomi Bluefin-21.

Cabaran Kotak Hitam


Apa-apa pun perjuangan masih belum selesai.  Pagi ni, kapal milik tentera laut Australia, ADV Ocean Shield telah berlepas dari pangkalan Tentera Laut Diraja Australia, HMAS Stirling bersama krew seramai sebelas orang menuju ke kawasan pencarian. Kapal ini dipasang dengan pengesan kotak hitam yang terdiri daripada satu Towed Pinger Locator 25 (TPL-25) dan satu kenderaan penyelam berautonomi Bluefin-21.

Perjalanan mereka mengambil masa tiga hari. Ini bermakna mereka cuma ada dua hari untuk mencari kotak hitam. Hmmmmm..Tentunya cabaran mereka cukup besar. Bakal berdepan dengan seribu satu macam dugaan & ujian. Faktor cuaca, faktor jangka hayat bateri kotak hitam yang semakin lemah dan juga faktor laut yang bergelora.

Doakan keselamatan mereka. Semoga pencarian di hari-hari terakhir tidak menemui jalan buntu. 

Comments

  1. Demi kebenaran... demi penyelesaian segala kekusutan... demi mengelakkan ancaman fitnah berterusan... Ya Allah... tunjukkanlah belas ihsan mu kepada kami yang lemah ini... bukalah segala kebenaran... hanya engkau sahaja yang MAHA mengetahui dan perancangan Mu adalah sebaik-baik perancangan... Ya Allah...
    Jom beramai-ramai doakan agar Allah buka ruang, buka jalan kepada penemuan kotak hitam... andai benar-benar di lautan, mahupun jika di mana saja ia berada...
    Mohon juga perlindungan Allah dari ancaman musuh umat Islam ...

    ReplyDelete
  2. semuga Allah permudahkan.... rahsia Dia kenapa kita tak jumpa apa2 lagi...

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum... Moga segalanya dipermudahkan ALLAH.

    ReplyDelete
  4. Semoga dipermudahkan ALLAH demi mencari jawapan yang pasti.

    ReplyDelete
  5. Mcm susah je kerja ni.. bukan mcm.. tp mmg susah. Semoga dipermudahkan segala usaha pencarian ini... aamiin..

    ReplyDelete
  6. Misteri sungguh la kehilangan MH370 nie kan... macam2 cerita dah didengari tapi tak jumpa2 juga...

    ReplyDelete
  7. salam. hurmm..kenapa tak jumpa sampai sekarang???? harapla semua ni akan berakhir dengan cepat..
    btw isi tabung digi :)

    ReplyDelete
  8. memang misteri sangat, serpihan tak jumpa.. semoga urusan pencarian berjalan lancar..

    ReplyDelete
  9. Moga Allah permudahkan urusan mencari kotak hitam.

    ReplyDelete
  10. semoga Allah permudahkan dalam merungkai misteri ini........

    klik2 infiniti kat sini...:D

    ReplyDelete
  11. semoga ada keajaiban drp Allah agar terlerai segala misteri selama ini ...

    ReplyDelete
  12. Jika benar...InsyaAllah akan jumpa...jika tidak...
    Semoga MH370 masih selamat.

    ReplyDelete
  13. semoga dipermudahkan segala kesulitan semua pihak yang terlibat dgn MH370

    ReplyDelete
  14. semoga dipermudahkan ...walaupun sukar...mesti diteruskan juga

    ReplyDelete
  15. Permudahkanlah ya ALLAH..

    ReplyDelete
  16. Tadi tengok video kapal tgh melawan ombak kat laut hindi.....masyaallah...takut sangat Raudzah...mcm baik roller coaster gayanya....Moga misi dipermudahkan hendaknya

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat