Skip to main content

MH17: Apa Kata Datuk Kapten Missman Leham

Apa Kata Datuk Kapten Missman Leham  
Apa Kata Datuk Kapten Missman Leham

Perjalanan Pulang Yang Penuh Emosi. Bila kita baca artikel mengenai perasaan Datuk Kapten Missman Leham, juruterbang MAS yang bertanggungjawab membawa pulang 20 jenazah mangsa MH17, Jumaat lalu, kita boleh bayangkan betapa sukarnya perjalanan beliau selama 12 jam menggunakan pesawat khas MH6129, dari Amsterdam Ke KLIA. Jika dalam penerbangan biasa yang dibawa hanyalah penumpang, kali ini amat berbeza. Yang dibawa adalah jasad rakan-rakan seperjuangan yang telah pergi dalam keadaan yang begitu menyedihkan. 

Dan beliau mengakui sangat terharu diberi peluang menggalas tugas besar itu. Ianya bukanlah sesuatu yang mudah kerana harapan tinggi yang disandarkan ke atas bahu beliau oleh sanak saudara yang telah menanti hampir 37 hari setelah kejadian berlaku. Pastinya, penerbangan tersebut adalah perjalanan yang penuh emosi yang tak akan beliau lupakan dalam hidupnya. Inilah luahan hati beliau:

"Saya hampiri jenazah dan katakan pada mereka, ‘hari ini saya akan bawa kamu pulang ke tempat asal kamu’."

Itu kata-kata menyayat hati yang diucapkan Datuk Kapten Missman Leham, juruterbang MAS yang bertanggungjawab membawa pulang 20 jenazah mangsa MH17, Jumaat lalu.

Penerbangan khas MH6129 yang ditunggu seluruh rakyat Malaysia itu nyata perjalanan penuh emosi buat Missman apabila beliau hampir menitiskan air mata sebaik mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

"Mereka (sebahagian mangsa) kawan-kawan kami dan penerbangan ini cukup berbeza. Namun dari awal lagi saya sudah berdoa agar semuanya dipermudahkan.

"Alhamdulillah saya dan rakan-rakan juruterbang lain dapat lakukan tanggungjawab ini,” katanya ketika diminta berkongsi pengalaman membawa pesawat khas itu.

Missman dibantu oleh Kapten Bakri Othman dan Kapten Zaim Khalid serta pegawai penerbangan, Yap Yoon Kong untuk membawa jenazah MH17 dari Lapangan Terbang Schiphol, Amsterdam, Belanda.

Walaupun sebelum ini beliau pernah membawa pulang jenazah, tetapi tugas kali ini dianggap paling berat sepanjang 33 tahun berkhidmat di syarikat penerbangan negara itu.

“Saya dipilih MAS untuk terbangkan pesawat ini kerana mereka mahukan seorang juruterbang senior. Saya amat berbesar hati kerana dapat beri khidmat serta penghormatan terakhir kepada rakan-rakan yang terkorban serta penumpang MH17,” katanya yang juga Ketua Juruterbang bagi Keselamatan Penerbangan Faktor Manusia dan Operasi MAS.

Berkongsi detik-detik perjalanan selama 12 jam itu, Missman berkata, seluruh dunia umpama memahami tugas berat disandang pasukan juruterbang MH6129 apabila setiap ruang udara yang dilalui diberi laluan mudah.

Keadaan kali ini agak berbeza, seolah-olah trafik udara memberi penghormatan kepada kita. Terutama ketika melalui ruang udara Iran, mereka selalunya akan bertanya nombor rasmi kemasukan kita (entry number).

Tetapi kali ini dari jauh lagi mereka telah beri kebenaran untuk pesawat kita melintas. Maknanya kita boleh terbang tanpa halangan.  Missman berkata, beliau dan juruterbang lain turut mengadakan tahlil sepanjang perjalanan.


Katanya, ketika hampir mendarat beliau dan juruterbang lain sekali lagi mendekati jenazah dan berkata: ‘Kami sudah bawa anda pulang ke pangkuan orang tersayang’.

Menurut Missman, hatinya sebak di saat pesawat itu berhenti di hadapan Kompleks Bunga Raya, KLIA apabila melihat ahli keluarga mangsa telah menanti ketibaan mereka.

“Walaupun sudah dimaklumkan ada istiadat penerimaan jenazah itu, namun saya tidak sangka sama sekali acaranya begitu besar dan penuh penghormatan.

“Sekali lagi saya panjatkan kesyukuran kepada Ilahi kerana dapat membawa pulang kesemua jenazah ini dengan selamat,” katanya.

Comments

  1. Alhamdulillah...selamat dan mudah perjalanan 'mereka'...:'(

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah..Jenazah dah selamat tiba...Semoga Allah permudahkan mangsa2 yang lain yang belum dikenal pasti tu...

    ReplyDelete
  3. Memang berat sekali bebanan perasaan & tugas beliau krn ianya luarbiasa dari biasa...

    ReplyDelete
  4. Sebak nye rasa. Lagi2 bawak jenazah kawan2 sendiri. Hanya Allah yg tahu betapa sukarnye mereka.. :( takziah buat keluarga mangsa2 mh17.

    ReplyDelete
  5. tetiba rasa sebak pulak mama bila baca entri ni..

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah, jenazah slamat tiba dan dikebumikan, smoga Allah permudahkan utk jenazah yg bakal dibawa pulang nanti..:)

    ReplyDelete
  7. 1st terjah di MBS, 1st say is.. blog yg menarik :) mh17... sgt terkesan :`(

    ReplyDelete
  8. Mmg pasti menyedihkan.. kita yg melihat ini pun dah merasa kesedihannya, apatah lagi kpd yg memikul tanggungjawab spt beliau.. Al Fatihah buat mangsa yg Islam...

    ReplyDelete
  9. alhamdulillah... jenazah dikebumikan dengan seadanya... semoga Allah swt bersama mereka :)

    ReplyDelete
  10. It's complicated feeling for him.

    ReplyDelete
  11. sedih sangat²..:'(

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat