Di Tampar Hingga Mati Kerana Tak Tahan Di Ejek
Di Tampar Hingga Mati Kerana Tak Tahan Di Ejek
Di Tampar Hingga Mati Kerana Tak Tahan Di Ejek
Di Tampar Hingga Mati Kerana Tak Tahan Di Ejek. Kalau baca sekali imbas memang tak masuk akal. Bayangkan hanya kerana diejek oleh seorang budak yang berusia 3 tahun, seorang dewasa yang berusia 30 tahun mengambil keputusan ‘melarikan’ mangsa dengan keretanya sebelum menampar kepala kanak-kanak malang itu berkali-kali sehingga pengsan. Panik dengan keadaan mangsa yang berbuih dimulut, suspek mencampakkan mangsa di tepi sebatang sungai di Kampung Jempangah dengan harapan mayat mangsa dihanyutkan ke laut. Hmm..kejam & sungguh menyedihkan..
Walaupun tak masuk akal, tapi itulah hakikatnya yang terpaksa diterima oleh ibubapa mangsa. Dalam kejadian di atas, suspek adalah seorang OKU yang cacat kakinya kerana kemalangan. Beliau yang disahkan tiada mengalami masalah mental, mengaku sudah lama menyasarkan mangsa kerana berasa sakit hati setiap kali diejek mangsa. Hari kejadian adalah kemuncaknya.
Bila baca kisah macam ni, pastinya perasaan kita semua bercampur baurkan. Marah ada sedih pun ada. Yalah kalau ikutkan logik, mangsa hanyalah seorang budak kecil. Apalah yang mereka faham. Namun dari satu sudut, inilah pengajaran sebenar kepada ibu bapa diluar sana. Jangan biarkan anak-anak yang masih kecil ni mengeluarkan perkataan yang boleh menyakitkan hati atau menyinggung perasaan orang lain. Ajarlah mereka dengan perkataan yang baik-baik. Kadang-kadang kita perasan ada sesetengah ibu bapa yang seronok bila anak-anak mereka menjadi pembuli atau mengeluarkan kata-kata yang tidak baik. Ianya dianggap lucu. Tapi kesudahannya inilah yang terjadi...Takziah kepada keluarga mangsa...
Betul tu raudzah.. Pengajaran buat ibu bapa... Supaya didik ank jaga lidah..
ReplyDeleteExactly Maria..keywords adalah jaga lidah kan..
Deletebetul tue. ada pro dan kontra dengan apa yang terjadikan.
ReplyDeleteKejadian ini menjadi pengajaran buat kita semua.. astagfirullah...
ReplyDeletealternatifmy sini..
Sepatutnya orang dewasa melindungi kanak-kanak tapi sebaliknya pula...
ReplyDeleteYang cacat kaki aje kannn....bukannya kepala...
ReplyDeleteAduhai..teruknya..
ReplyDeletetekanan emosi yang tak dapat dikawal macam ni la jadinya.
ReplyDeletebetul tu raudhah..pengajaran tuk ibu bapa...tp yg dewasa dah umo 30 tahun tu pun x ada akal...
ReplyDeletebudak belajar dr apa yg mrk lihat n dgr . jadi ibu bapa kena sentiasa perhatikan tingkah laku anak ...inti .
ReplyDelete