Air Asia QZ8501 Langgar Syarat Penerbangan?

Air Asia QZ8501 Langgar Syarat Penerbangan?
Mayat penumpang AirAsia QZ8501 yang ditemui dari laut dibawa menaiki pesawat tentera sebelum dihantar ke Surabaya, di Pangkalan Bun.

Air Asia QZ8501 Langgar Syarat Penerbangan?


Insiden sedih yang menimpa pesawat Air Asia, QZ8501 masih lagi menyelubungi ramai diantara kita. Sebagai salah seorang daripada pengguna tegar Air Asia, kita sedikit kecewa apabila terbaca kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh Kementerian Pengangkutan Indonesia semalam. Dalam kenyataan tersebut, mereka mengatakan syarikat penerbangan Air Asia telah melanggar kontrak bertarikh 24 Oktober 2014 yang hanya membenarkan penerbangan untuk laluan Surabaya-Singapura-Surabaya pada hari Isnin, Selasa, Khamis dan Sabtu. Malangnya pesawat Air asia 8501 telah didapati terbang di laluan itu pada hari Ahad.

Akibat daripada pelanggaran ini, kesemua penerbangan untuk laluan Surabaya-Singapura-Surabaya digantung buat sementara sehinggalah siasatan dan penilaian selesai. Bila baca berita ni, automatically teringat bahawa QZ8501 tidak dibenarkan naik ke aras 38,000 kerana ada penerbangan lain yang melalui laluan yang sama. Inilah kesan apabila kita melanggar peraturan. Walau apa pun semuanya sudah terlambat. Di harap selepas ini tiada lagi kes yang melibatkan perlanggaran kontrak kerana ianya melibatkan nyawa manusia. Bukan sorang, bukan dua malahan ratusan nyawa. Ini bukan untuk air Asia sahaja, malah syarikat penerbangan lain juga.


Sementara itu. sehingga ke hari ini, sebanyak 30 mayat telah ditemui. Empat daripadanya telah dikenal pasti. Usaha pencarian juga turut diperhebatkan dengan penggunaan pelbagai peralatan canggih daripada beberapa negara yang menyertai misi pencarian. Memandangkan pesawat terhempas di laut cetek, kita mengaharapkan usaha mencari kotak hitam tidak akan menjadi sukar.



Comments

  1. sng dorg kan..mungkin cbe nk lps tgn.. xlogik..mcm mn blh lggr peraturan..xkan la pilot tu suka2 plak nk bwk kapal tu sdgkan tiket disediakan oleh pihak pengurusan kn..pelik2 dorg ni

    ReplyDelete
  2. Implikasinya sangat besar...bukan sahaja nyawa tapi reputasi syarikat penerbangan itu sekali....

    ReplyDelete
  3. Implikasinya sangat besar...bukan sahaja nyawa tapi reputasi syarikat penerbangan itu sekali....

    ReplyDelete
  4. Pulak dah? Nape jadi macam tu pulak ye? Adeh. Kathy pun pengguna airasia jgk walau cuma melibatkan destinasi domestik saja.

    ReplyDelete
  5. Hmm....dh jadi baru nak terngadah...
    Kalau betul, airasia mmg kena follow utk elak didakwa di masa akan dtg....
    Company yg berprospek dan profil tinggj cemni jgnla abaikan benda2 penting cemni...
    Silap2 naya diri sendiri...

    ReplyDelete
  6. seram nak naik pesawat bila dgr insiden mcm ni kan kak. nyawa ratusan org hilang sekelip mata. moga keluarga mangsa tabah hadapinya.

    ReplyDelete
  7. sebab ada kes ni . terus kne cancel kan penerbangan ke indon . sedeh betol :(

    ReplyDelete
  8. Konspirasi lagi..
    Kalau x boleh terbang Ahad, kenapa benarkan terbang?
    Nampak sangat ada agenda sulit.

    ReplyDelete
  9. Nasi dah menjadi bubur... segalanya dah berlaku. Mudah2an dpt diselesaikan sebaiknya...

    ReplyDelete
  10. kalau la betul apa yg dikatakan...jadi iktibar kepada semua ..

    ReplyDelete
  11. Itulah... Jadi pilot bukan mudah kan. Ada peraturan dan undang2 juga...

    ReplyDelete
  12. Tak tau dah latest cerita.....hari tu rasanya dah jumpa kotak hitam tgh siasat, idaklah tahu kesudahannya macamana

    ReplyDelete
  13. sis melihat ini bkn salah air asia . yg salah pengemudinya dan perkara dah nak jadi , maka jadilah .

    ReplyDelete
  14. eram nak naik pesawat bila dgr insiden mcm ni kan kak. nyawa ratusan org hilang sekelip mata. moga keluarga mangsa tabah hadapinya.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat