Caj transaksi DuitNow QR

Caj transaksi DuitNow QR

Apa yang semua pembaca blog Santai perlu tau mengenai Caj Transaksi DuitNow QR?

Perkhidmatan DuitNow QR membolehkan pemindahan wang antara bank dan entiti bukan bank menerusi imbasan kod. Ia ditubuhkan melalui PayNet di bawah Interoperable Credit Transfer Framework BNM.

Bermula 1 November, mana-mana peniaga yang menerima wang daripada aplikasi DuitNow QR akan mula membayar caj transaksi. Penstrukturan harga itu dibuat oleh DuitNow, meliputi semua bank. 

Sebanyak 0.25% akan dicaj daripada akaun penjual jika pembayaran dibuat daripada akaun semasa atau simpanan, manakala 0.50% dikenakan untuk pemindahan menerusi kad kredit. Caj akan ditolak daripada akaun semasa atau simpanan pada setiap 5 hari bulan. Sebelum ini, tiada caj transaksi dikenakan untuk pemindahan wang bawah RM5,000. Caj sebanyak RM0.50 dikenakan untuk transaksi melebihi amaun RM5,000.

Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) mengesahkan pengenaan caj transaksi kepada vendor untuk pembayaran DuitNow QR dan transaksi yang dibuat dengan kad kredit berkuat kuasa 1 November depan.

Namun, caj 50 sen akan dikenakan untuk urus niaga melebihi RM5,000 melibatkan pemindahan dana rakan setara (peer-to-peer) daripada QR peribadi ke QR peribadi lain, bukan pembayaran kepada peniaga.

Perdana Menteri mengesahkan perbincangan mengenai caj ini akan dilakukan dalam mensyuarat NACCOL dalam masa yang terdekat. Jadi sama-sama kita tunggu caj apa yang akan dikenakan mulai 1 Nov. 

Comments

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat