Faktor Kejatuhan Nilai RM

Faktor Kejatuhan Nilai RM

Kejatuhan nilai mata wang ringgit Malaysia berbanding mata wang utama dunia seperti dolar Amerika Syarikat (AS) memberi implikasi yang sangat negatif kepada ekonomi negara dan rakyat.

Bagi perniagaan yang bergantung besar kepada aktiviti import atau eksport, turun naik nilai ringgit berbanding dolar AS akan menentukan prestasi keuntungan mereka. Begitu juga dengan para pelabur, mereka sering memerhati rapat pergerakan ringgit bagi menentukan keputusan pelaburan yang ingin dibuat kelak.

Ada beberapa faktor yang menyumbang secara direct kepada pergerakan ringgit. Faktor pertama adalah pertumbuhan ekonomi yang lemah. Puluhan tahun, Malaysia bergantung kepada Industri traditional yang sudah hilang tarikan. Industri sawit & petroleum, sudah hampir kepada fasa "Keletihan". Malaysia perlu kepada Industri baru yang boleh memberi daya saingan terbaik diseluruh dunia. 

Faktor buruh murahan bukan lagi milik Malsysia. Kalau pada tahun 70an & 80an, Malaysia terkenal antara negara yang boleh memberi saingan kepada pasaran buruh murah diseluruh dunia, kini tidak lagi. Vietnam, Indonesia & Thailand muncul sebagai sumber tenaga buruh yang murah dengan quantiti yang lebih besar.

Defisit perdagangan negara juga besar berbanding KDNK. Kadar hutang yang mencecah trillion sememangnya mempunyai kesan yang sangat besar buat negara. Sebab itu kerajaan berusaha untuk mengawal hutang supaya kadar defisit tidak terus membebankan.

Kekurangan wang masuk ke dalam Negara adalah impak keseluruhan dimana pelabur dan dana Antarabangsa merasakan Malaysia adalah antara negara yang berisiko tinggi untuk meletakkan pelaburan mereka selain pulangan yang tidak menarik.

cr: Sinar Harian

Comments

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat