Angka kematian di Syria 'mengejutkan'
5 September 2012
NEW YORK - Sambil menyifatkan kemusnahan disaksikan di Syria sekarang
sebagai "satu bencana”, Utusan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)
dan Liga Arab yang baru ke negara itu menegaskan, angka kematian sangat
“mengejutkan.”
Menyampaikan ucapan sulung di Perhimpunan Agung PBB selaku duta baru,
Lakhdar Brahimi berkata, beliau akan ke Syria dalam beberapa hari lagi.
Selain meminta sokongan PBB, kata beliau, Syria memerlukan perpaduan
untuk menyelesaikan konflik yang berlarutan lebih 18 bulan.
Beliau yang dilantik ke jawatan itu bulan lalu bagi menggantikan Kofi
Annan berkata, keadaan di Syria semakin teruk dan oleh itu, penderitaan
dialami oleh rakyat negara itu tidak dapat dielakkan. Annan memutuskan untuk tidak mahu khidmatnya dilanjutkan.
Sehubungan itu katanya, Syria akan dibina semula oleh rakyatnya sendiri, bukan orang lain. "Sokongan komuniti antarabangsa tidak dapat dielakkan dan sangat
terdesak. Ia hanya akan berkesan jika semua pihak bertindak ke arah yang
sama," katanya bekas diplomat berusia 78 tahun.
Beliau pernah bertindak sebagai duta Liga Arab ketika perang saudara
Lubnan pada 1989 dan membawa kepada penyelesaian konflik di rantau itu.
Comments
Post a Comment