Rahsia Kewangan di Bank Bocor ?
- Get link
- Other Apps
Pada 1 August 2012, Pengarah Strategi PKR Mohd Rafizi Ramli telah didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam dibawah akta BAFIA. Rafizi telah disiasat di bawah BAFIA kerana didakwa mendedahkan butir-butir perbankan NFC dan pengarahnya.
Berdasarkan perkembangan di atas, mungkin ramai yang agak keliru dengan penguatkuasaan Akta ini. Sejauh manakah keberkesanannya dan siapakah yang boleh di dakwa.
Artikel di bawah jelas menunjukkan Akta ini perlu kepada semakan kerana tanpa kita sedari ianya telah sekian lama di violate oleh pihak-pihak tertentu.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Oleh TERMIZI CHE ANUAR
pengarang@utusan.com.my
pengarang@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 14 Ogos - Kebocoran maklumat
peribadi daripada institusi kewangan negara sebenarnya berlaku setiap
hari tanpa disedari oleh rakyat melalui pelbagai cara.
Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA), Datuk Dr.
Jacob George berkata, ia berlaku disebabkan Akta Bank dan
Institusi-Institusi Kewangan 1989 (BAFIA) hanya berfungsi sebagai slogan
kerana tahap penguatkuasaannya daripada pihak berkuasa terlalu rendah.
Tegas beliau, jika benar BAFIA berfungsi, bagaimana ramai sering
mendapat panggilan daripada pelbagai agensi jualan yang menawarkan
barangan mereka.
''Sebenarnya isu tersebut bukan sesuatu yang baru di negara ini
kerana CASSA sendiri pernah membangkitkan kebocoran maklumat kewangan
pelanggan bank sejak lapan tahun lalu namun sehingga kini masih tiada
jalan penyelesaian.
''Setelah kebocoran tersebut berlaku melibatkan individu berprofil
tinggi, barulah isu ini hangat dibahaskan sedangkan sudah terlalu lama
ia menimpa setiap genap lapisan masyarakat," katanya ketika dihubungi di
sini hari ini.
Beliau berkata demikian dalam reaksi terhadap kenyataan Pengerusi
Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia, Datuk Seri Abdul Wahid Omar
baru-baru ini yang menegaskan maklumat sulit atau rahsia pelanggan
adalah asas penting dalam hubungan antara pelanggan dengan bank dan ia
tidak boleh didedahkan tanpa kebenaran.
Jacob turut mempersoalkan kewujudan khidmat agensi rujukan kredit,
Credit Tip Off Service Sdn. Bhd. (CTOS) yang secara terang-terang
melanggar BAFIA.
''Bagaimana sesebuah organisasi itu dibolehkan menjalankan aktiviti
menjual maklumat sulit kewangan kepada puluhan bank di seluruh negara
sedangkan BAFIA sendiri bertujuan mengekalkan kerahsiaan maklumat dan
dokumen yang berkaitan dengan akaun pengguna.
''Di sini jelas menunjukkan BAFIA perlu diteliti semula bagi
memastikan undang-undang yang ada dapat dikuatkuasakan tanpa ada
sebarang pengecualian," ujarnya.
Tambah beliau, Bank Negara perlu menjadikan undang-undang berkaitan
kerahsiaan maklumat yang digunakan di negara-negara maju seperti di
United Kingdom (UK), Australia dan negara Eropah agar masalah kebocoran
di Malaysia juga dapat dibendung.
Katanya, di Malaysia, hasil siasatan CASSA mendapati maklumat kewangan dapat dibeli di antara RM15,000 hingga RM30,000.
''Di negara-negara tersebut mereka tidak akan dapat mengakses
maklumat sulit kewangan pelanggan melainkan mendapat perintah mahkamah.
''Itulah bukti bahawa tahap kerahsiaan maklumat pelanggan institusi
kewangan negara ini sangat mudah diperoleh dan ia memerlukan pelan
bertindak yang mantap agar masalah ini dapat diselesaikan," jelasnya.
- Get link
- Other Apps
Comments
Post a Comment