Internet Jalur Lebar Tawar Pakej Serendah RM20
|
KUALA LUMPUR - Penduduk luar bandar di Sabah, Sarawak, Pahang,
Terengganu dan Kelantan bakal menikmati kemudahan melanggan Pakej Mampu
Milik Jalur Lebar 1Malaysia dari harga serendah RM20 sebulan bermula 16
September ini.
Menerusi pakej tersebut, mereka boleh memilih untuk mendapatkan
perkhidmatan tanpa wayar dengan caj RM20 hingga RM25 sebulan bagi
kelajuan 512 kilobait sesaat (kbps) hingga 1 megabait sesaat (mbps)
manakala perkhidmatan berwayar pula RM38 dengan kelajuan minimum 384kbps
dengan kapasiti tanpa had.
Pakej asas tersebut akan ditawarkan oleh syarikat-syarikat
telekomunikasi tidak lama lagi dengan syarat-syarat kelayakannya bakal
diumumkan kelak.
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais
Yatim berkata, pakej tersebut diperkenalkan untuk mengurangkan jurang
digital antara bandar dan luar bandar selain meningkatkan kadar
penembusan jalur lebar.
"Kita cuba dulu di lima negeri itu kerana kadar penembusan jalur lebar mereka masih di bawah kadar negara iaitu 64 peratus.
"Jika pakej yang ditawarkan mendapat sambutan, kita akan perluaskan
ke negeri-negeri lain," jelasnya kepada pemberita selepas majlis
pelancaran pakej tersebut di sini semalam.
Comments
Post a Comment