Tembakan Maut Di Dada & Rusuk Kiri
Kes tembakan yang meragut nyawa semakin menjadi-menjadi. Ianya seperti virus yang menular dalam masyarakat di Malaysia. Sesuatu yang amat mengerikan, kerana nyawa manusia seolah-olah tiada nilai.
Kes terbaru melibatkan Pengasas Arab-Malaysian Bank (sekarang AmBank Group), Hussain Ahmad Najadi, seorang warga Iran yang mati, ditembak di kawasan parkir kereta di Lorong Ceylon, berhampiran Tokong Kuan Yin, di Kuala Lumpur.
Sebelum kejadian jam 2 petang itu, mangsa yang berusia 75
tahun dan isteri, Cheong Mei Kuan, 49, mengunjungi tokong berkenaan,
dipercayai untuk berbincang dengan seorang rakan niaga bergelar Datuk
mengenai pembelian saham.
Beliau ditembak ketika dalam perjalanan ke keretanya sebaik sahaja habis perbincangan, oleh penjenayah yang sudah sersedia menunggu di luar Tokong.
Hussain disahkan mati di tempat kejadian selepas terkena dua das tembakan di dada dan rusuk kiri, manakala isterinya cedera pergelangan tangan kiri dan paha kanan.
Kalau sebelum ni penjenayah menggunakan Motor atau kereta, tapi kali ni lebih daring kerana mereka hanya menaiki teksi. So pada sapa-sapa yang menaiki teksi tu, be careful ya....
p/s: Malaysia dah menjadi negara milik MAFIA ke?
Extract: Berita Online
risau sekarang nie.menjadi-jadi pulak kes macam nie...
ReplyDeletetakut dgn kes tembak menembak skang ni, mkn menjadi2lah !
ReplyDeletemakin bahaya skrg... ada saja kes bunuh
ReplyDeletepengaruh dunia tanpa sempadan . klu 15 thn dulu cuma tgk kat tv dan baca kat suratkhabar ... sekarang leh cari kat internet camna nak jadi penjenayah yg hebat ...
ReplyDeleteDunia sekarang makin bahaya......
ReplyDeleteIni cara jenayah zaman ini...sama spt yg terlihat di dalam media hiburan...
ReplyDeleteSemakin dunia maju, jenayah juga semakin maju dlm tindak tanduknya. Berdasarkan peristiwa yg dinyatakan tu, ini bukan jenayah samseng jalanan tetapi jenayah terancang atau kerja pembunuh upahan. Pastinya ttg urusan yang x sehaluan atau motif dendam. Apa pun, mari kita doakan agar roh mangsa dicucuri rahmat & semoga keluarganya tabah menghadapi musibah ini.. amin.
ReplyDeleteTakutnya dengan keadaan negara kita yng macam ni sekarang ni...mcm tak selamat je
ReplyDelete