Semakin Parah: Cikgu ditembak di lampu Isyarat

Kejadian tembakan jarak dekat semakin parah dan serius. Tiga bulan yang lalu kita telah dikejutkan dengan kematian Timbalan Ketua Pengarah Kastam apabila tiga das tembakan dilepaskan ke arahnya di persimpangan lampu isyarat Lebuh Sentosa. Sementara dua hari sebelum puasa, seorang Penolong Kanan Hal Ehwal Murid sebuah sekolah di di Bachok, maut ditembak di hadapan pintu pagar sekolah berkenaan. 

Foto 
MANGSA tersembam di tempat duduk penumpang hadapan.

Dan semalam, kejadian ngeri yang hampir sama berlaku apabila seorang guru sebuah sekolah menengah maut akibat terkena sekurang-kurangnya enam das tembakan yang dilepaskan dua lelaki ketika berhenti berdekatan lampu isyarat di simpang empat Jalan Keladi, diKulim .

Dalam kejadian jam 12.25 tengah hari, mangsa K Shanmugam, 45, guru sekolah menengah di Berapit, Bukit Mertajam, Pulau Pinang yang memandu kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Wish secara sendirian dalam perjalanan ke sekolahnya sebelum berhenti berdekatan lampu isyarat di jalan berkenaan.

Difahamkan, dua lelaki bermotosikal lengkap memakai topi keledar berhenti di sebelah kenderaan mangsa sebelum mengeluarkan sepucuk pistol dan menembak mangsa menembusi cermin kereta hingga terkena beberapa bahagian badan mangsa.

p/s: Modus operandi yang hampir sama. Apakah mereka ini "Pembunuh Upahan" yang mungkin berlegar-legar di sekeliling kita semua?

1. "Rahsia" Blog
2. "Rahsia" KLIA 
3. "Rugi" Tak Cuba    
4. Hanya Untuk Wanita 
5. Tawaran Hebat 2013 
6. Siapa Cepat Dia Dapat 
7. Jangan Lepaskan Peluang Ni       
8. Apa yang "Istimewa" di sini

Comments

  1. apa motif mereka ye? hmmmm ke dah insane sampai sanggup membunuh orang >.< xpe, balasan di akhirat etia menunggu pembunuh2 kejam tu.

    ReplyDelete
  2. manusia boleh berfikir tapi guna ikut aturan hasutan syaitan

    ReplyDelete
  3. Pelik juga kan.. di mana mereka boleh dapat senjata tu. setahu saya kalau nak pegang senjata perlu ada lesen. Bahaya betul kalau mereka tu memang pembunuh upahan.. nanti mesti ada lagi. ish..

    ReplyDelete
  4. Takutnya...,, apa motif mereka sebenarnyakan...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat