Menu Untuk 10 Malam Terakhir Berpuasa
Salam 18 Ramadhan Buat pembaca Blog Santai Hari ni merupakan hari ke 18 kita berpuasa. Alhamdulillah semoga semuanya berjalan lancar. Namun ini juga bermakna kita hampir tiba ke 10 malam terakhir yang sangat penting untuk kita memantapkan lagi ibadah. Tapi hari ni kita tidak akan bercerita mengenai ibadah yang sepatutnya dilakukan pada sepuluh malam terakhir, tetapi salah satu elemen penting untuk mempersediakn diri bagi memperbaiki amalan kita pada 10 hari terakhir. Salah satu darinya adalah melihat balik cara kita bersahur dan berbuka puasa, kerana kedua-duanya bakal mempengaruhi amalan yang bakal kita lakukan. Menu Sewaktu Bersahur Buah-buahan & Sayur-sayuran 1. Sewaktu sahur, minumlah air kosong secukupnya. lagi banyak lagi bagus untuk memastikan tubuh kita tidak kekurangan air diwaktu berpuasa. Elakkan dari mengambil kopi atau teh, yang mempercepatkan proses pembuangan air dalam badan. 2. Perbanyakkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan y...