Posts

Showing posts with the label Motivasi pagi

Motivasi Pagi Jumaat

Image
Motivasi Jumaat Salam Jumaat untuk semua pembaca Blog Santai. Motivasi pagi Jumaat yang ingin kita kongsikan adalah kelebihan beristighfar. Dalam sebuah hadis riwayat Abu Dawud, menyatakan: Rasulullah SAW bersabda: " Barangsiapa tekun beristighfar, nescaya Allah mengadakan baginya jalan keluar dari tiap-tiap kesempitan serta diberi rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka." Jom sama-sama kita beristighfar semoga kita dijauhi daripada segala kesempitan hidup dan dimurahkan rezeki. Aminn.. 1. Kisah Ice Cream 2. 15 Rahsia Selfie   3. Rahsia Awet Muda  4. RM10000 Dalam Masa 5 Minit 5. Hadiah Misteri Untuk Semua 6. Pilihan Ramai Rakyat Malaysia

Motivasi Pagi Jumaat

Image
  Tujuan Hidup Kita Motivasi Pagi: Tujuan Hidup Motivasi Pagi Jumaat pilihan Blog Santai adalah mengenai sepotong hadis yang diriwayatkan oleh Thabrani dalam Al-Awsath tentang tujuan hidup kita. Setiap manusia yang dilahirkan ke dunia ini pastinya punya satu tujuan, iaitu untuk beribadah kepada Allah SWT . Namun kita sebagai manusia selalunya lalai apatah lagi kita bila diuji dengan sedikit kesenangan/kesukaran yang kadangkala menjauhkan kita daripada Nya.  Barangsiapa bangun pagi dan dunia adalah menjadi cita-citanya yang terbesar, maka dia tidak akan memperolehi apapun dari Allah. Allah akan menimpakan 4 perkara ke dalam hatinya: kesedihan yang tidak terputus daripadanya selamanya, kesibukan yang tidak pernah berakhir selamanya, kefakiran yang tidak akan mencapai kekayaan selamanya dan harapan yang tidak akan tercapai selamanya. ( Thabrani dalam Al-Awsath) Adakah kita salah seorang daripadanya? Jom sama-sama kita muhasabah diri dan perbetulkan ...

Sedekah Berganda Sebulan Gaji

Image
    Amalan Sedekah Berganda Sedekah Berganda Sebulan Gaji Motivasi Pagi pilihan Blog Santai adalah kisah amalan sedekah berganda yang diamalkan oleh salah seorang pembaca buku Mudahnya Menjemput Rezeki. Mengikut cerita, amalan sedekah berganda ini telah membantu beliau memperolehi sesuatu yang luarbiasa. Rezeki yang dulunya diperolehi dalam masa sebulan bekerja, kini dapat dimiliki dalam hanya satu hari dengan melakukan perniagaan secara kecil-kecilan. Rahsianya adalah sedekah berganda. Apa yang beliau amalkan adalah bersedekah pada setiap hari Jumaat .  Bermula dengan hanya RM100 pada Jumaat yang pertama, beliau menambah kepada RM200 pada hari Jumaat minggu yang kedua, RM300 pada Jumaat minggu yang ketiga dan seterusnya RM400 pada Jumaat minggu yang keempat.  Hasilnya memang lumayan. Perniagaannya benar-benar menjadi. Beliau tidak lagi perlu menunggu sebulan untuk memperolehi RM4000. Semuanya kini dimiliki dalam hanya satu hari.  ...

10 Keajaiban Sedekah

Image
10 Keajaiban Sedekah 10 Keajaiban Sedekah Motivasi Pagi pilihan Blog Santai adalah tentang 10 keajaiban sedekah .  Sedekah adalah pemberian sesuatu kepada orang yang memerlukan dengan tujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah S.W.T. Sedekah yang ikhlas menghadiahkan limpahan kebaikan dan keajaiban kepada si pemberinya. Antaranya: 1. Sedekah menghindarkan kita dari segala bencana 2. Sedekah adalah ubat kepada segala penyakit 3. Sedekah melindungi harta milik kita 4. Sedekah menghindari kemurkaan Allah 5. Sedekah mengeratkan persaudaraan sesama kita 6. Sedekah memanjangkan usia 7. Sedekah menghilangkan kesedihan dalam hati 8. Sedekah sebagai syafaat di akhirat kelak 9. Sedekah memberi pahala yang besar 10. Sedekah menambah rezeki Jom mulakan hari kita dengan sedekah, walaupun hanya dengan sebuah senyuman. Semoga segala keajaiban akan menjadi milik kita. Jaga Diri, Hiasi Peribadi & Selamat Beramal. 1. Kena Cuba..Tak Ada Alasan 2...

Motivasi Pagi: Dia Adalah Hero

Image
   Dia Adalah Hero Motivasi Pagi: Dia Adalah Hero Motivasi Pagi pilihan Blog Santai adalah kisah seorang hero jauh di pedalaman India. Setelah kematian isteri kerana tidak mendapat rawatan disebabkan beliau tinggal jauh dipendalaman, Dashrath Manjhi mengambil keputusan untuk membina sebuah jalan untuk menghubungkan penduduk dikampungnya dengan pihak luar . Hasratnya hanya satu. Beliau tidak mahu ada lagi yang menjadi mangsa seperti isterinya. Tidak mendapat rawatan kerana tinggal jauh dipedalaman. Berbekalkan penukul dan pahat, beliau membelah gunung berbatu selama bertahun-tahun lamanya. Usahanya tidak sia-sia kerana setelah 22 tahun berusaha siang dan malam, beliau akhirnya mampu tersenyum gembira kerana telah berjaya menyiapkan sebuah denai sepanjang 360 kaki. Perjalanan yang dulunya sejauh 75 km kini menjadi hanya 1 km.   Ini yang dikatakan, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Jika kita punya semangat yang kuat, bebanan dan dugaan...

Motivasi Pagi: Kita Insan Kerdil

Image
  Kita Insan Kerdil Motivasi Pagi: Kita Insan Kerdil Motivasi Pagi pilihan Blog Santai yang ingin kita kongsikan dengan semua adalah kisah betapa kerdilnya kita sebagai manusia. Sebenarnya status diatas dikongsikan oleh La Tahzan melalui twitternya. Bila baca, kita rasa sayu sangat kerana kita dapat rasakan kita sebagai manusia adalah insan lemah yang terlalu kerdil. Tiada daya dan upaya. Semua perkara yang terjadi kepada kita adalah ketentuan Allah. Jika Allah mengatakan iya, maka berlakulah ia. Jika Allah mengatakan tidak, ianya pasti tidak akan berlaku, walaupun kita benar-benar menginginkannya. Kita merancang dan Allah juga mempunyai perancangan. Dan pastinya perancangan Allah adalah yang terbaik. Sebab itu jika sesuatu berlaku kepada kita yang bukan kemahuan kita, kita tidak boleh cepat berputus asa. Harus yakin dan bersangka baik bahawa Allah telah merancanakan sesuatu yang lebih baik untuk kita. 1. Pilihan Blogger Malaysia 2. Istimewa Untuk Rakyat ...

Motivasi Pagi

Image
  Motivasi Diri Motivasi Pagi Motivasi Pagi pilihan Blog Santai hari ini adalah pesanan dari Syaidina Ali Bin Abi Talib sebagai peringatan untuk kita semua. Jadilah Kita Orang Yang Baik, Bila Ada Di Sukai, Bila Tiada Di Rindui, Bila Mati Di Tangisi, Janganlah Kita Jadi Orang Yang Jahat, Bila Ada Di Benci, Bila Tiada Di Di Sukai, Bila Mati Di Syukuri. Doa Mohon Akhlak Mulia Jaga Diri, Hiasi Peribadi & Selamat Berhujung Minggu Semua. 1. Pilihan Blogger Malaysia 2. Istimewa Untuk Rakyat Malaysia   3. Ramai Orang Sukakan Ni   4. Bahaya..Jangan Cuba   5 . Menarik..Mesti Tengok 6. Pilihan Terbaik Untuk Rakyat Malaysia   7. Ramai Yang Pilih Ni..Kenapa Ya? Google+ 

Motivasi Pagi : Rezeki Yang Tidak Putus

Image
  Rezeki Putus Kerana Tidak Berdoa untuk Ibu Bapa Motivasi Pagi : Rezeki Yang Tidak Putus Setiap dari kita inginkan limpahan rezeki yang tidak putus-putus . Namun kadang-kadang setelah penat berusaha dengan pelbagai cara, rezeki kita masih tidak mencukupi. Hutang masih banyak dan adakalanya yang tinggal dalam poket di akhir bulan hanyalah beberapa keping note yang berwarna biru/merah. Mengapa terjadi macam ni ya?   Sedekahkan Al-Fatihah Untuk Kedua Ibupaba Rezeki Putus Kerana Tidak Berdoa Kita percaya satu perkara yang mungkin kita terlepas pandang adalah doa kepada kedua ibu bapa kita . Kita terlupa untuk berdoa dan menyedekahkan Al-Fatihah untuk kedua ibubapa kita. Sebab itu rezeki kita amat sukar dan sentiasa tidak cukup. Di samping doa, mungkin kita juga terlupa untuk berkongsi rezeki yang kita perolehi dengan mereka walaupun sedikit.  Jom sama-sama kita muhasabah diri dan perbetulkan jika ada yang terlepas pandang, semoga rezeki Kita tidak ak...

Motivasi Pagi : Kisah Kebaikan

Image
   Berbuat Baik Sekalipun Manusia Tidak Mengenali Kita Motivasi Pagi : Kisah Kebaikan Cerita pilihan Blog Santai untuk slot Motivasi Pagi hari ni adalah tentang kebaikan . Bila kita sebut tentang kebaikan banyak perkara yang kita boleh lakukan untuk diri kita, keluarga dan juga rakan-rakan kita. Dari sebesar-besar kebaikan sehinggalah sekecil-kecil kebaikan, samada yang nyata mahupun tersembunyi. Cuma kadang-kadang kita sebagai manusia terlalu berkira untuk membuat kebaikan . Dan yang lebih parah, ada yang memilih tempat dan juga kepada siapa untuk melakukan kebaikan. Kalau tidak dilihat orang , kita memilih untuk tidak melakukannya. Begitu juga jika kita tiada kepentingan dengan orang yang ingin dibantu, maka kita memilih untuk tidak melakukannya. Ganjaran Kebaikan Namun kita lupa, setiap kebaikan jika ianya dilakukan kerana Allah pasti ada ganjaran yang menanti. Itu adalah janji Allah. Rasulullah SAW pernah mengatakan bahawa Allah...

Motivasi Pagi : Ikhlas

Image
  Source: Facebook Motivasi Pagi : Ikhlas Kisah Motivasi Pagi pilihan kita hari ini adalah tentang keikhlasan. Apabila kita bercakap mengenai keikhlasan, ianya terlalu subjektif. Di luar bidang kuasa manusia kerana keikhlasan terletak pada hati.  Namun kita jangan tak tau, keikhlasan boleh dizahirkan melalui perbuatan. Itu yang kadang-kala di mulut kata ikhlas, tapi perbuatan kita tidak selari. Keihklasan Hilang Jika Di Ungkit Keikhlasan adalah amat penting kerana setiap amalan yang kita lakukan mestilah ikhlas. Sekiranya  kita melakukan sesuatu perkara dengan ikhlas, kita tidak akan lagi mengenang-ngenangnya, memikir-mikirkannya, apalagi mengungkit-ngungkitnya . Kerana apablia kita mengungkit pemberian atau apa sahaja yang telah kita lakukan, kita akan hilang pahala ikhlas. (Imam Ghazali) Jom sama-sama didik hati kita supaya sentiasa ikhlas melakukan apa sahaja kerana Allah. Bukan kerana ingin dipandang atau disanjung oleh manusia. Semoga Allah merahm...

10 Kelebihan Zikir Harian

Image
Zikir Harian  Source Salam Buat Semua Pembaca Blog Santai, Motivasi pagi yang kita nak kongsikan hari ni adalah 10 kelebihan zikir.  Zikir (ذکر) berasal daripada bahasa Arab yang bermaksud ingat atau sebut. Di dalam Islam , zikir lebih merujuk kepada ingat kepada Allah atau menyebut nama-nama Allah. Zikir kepada Allah adalah sebahagian ibadat dan orang Islam yang melakukannya mendapat pahala.   Alim ulama bersepakat mengatakan zikir yang paling disukai oleh Allah adalah SubhanAllahi wabihamdi.  Ini berdasarkan suatu hadis yang bermaksud: "Dari Abu Dhar berkata, lalu beliau bertanya kepada Muhammad Rasullallah "Sukakah engkau (Muhammad) memberitahu ucapan apakah yang paling disukai oleh Allah? "(Muhammad menjawab)  SubahanAllahi Wabihamdi  (Maha Suci Allah dan Segala Puji bagi-Nya). Antara 10 Kelebihan Zikir Adalah: 1. Mereka yang suka berzikir akan berada dibawah naungan Allah dihari kiamat. 2. Zikir adalah obat yang ...

Motivasi Pagi

Salam Sabtu Semua. Motivasi pagi untuk peringatan diri dan renungan semua.  Jadikanlah yang Lembut itu HATI Jadikanlah yang Tipis itu BENCI Jadikanlah yang Tebal itu IMAN Jadikanlah yang Tajam itu AKAL Jadikanlah yang Baik itu SIFAT Jadikanlah yang Manis itu SENYUMAN. Semoga hari kita akan lebih baik dan bermakna dari semalam. Aminn!!! 1. Rahsia Wanita  2. Rahsia Yang Kita Semua Perlu Tau    3.  Rahsia Di Sebalik Senyuman    4 . Mesti Baca   5 . Apa Kata Mereka 6. Amaran Untuk Rakyat Malaysia   7. Ramai Yang Suka Buat Ni

Senyuman Rasulullah S.A.W

Image
Salam Motivasi Untuk Semua Pembaca Blog Santai, Sabar Itu Sebahagian Dari Iman Senyuman Rasulullah S.A.W Kisah Motivasi Pagi yang kita nak kongsi hari ini adalah mengenai kisah senyuman Rasulullah S.A.W. berhadapan dengan seorang Badui yang berkasar dengannya. Anas bin Malik ra pernah berkata " Aku pernah berjalan bersama Rasulullah S.A.W. Ketika itu beliau mengenakan pakaian buatan Najran. Datanglah seorang Badui mendekati beliau dan kemudian dengan kasar menarik baju yang dikenakan Rasulullah saw tersebut. Akibat kerasnya tarikan orang Badui itu, leher Nabi saw tergores sedikit. Kemudian orang tersebut membentak dengan ucapan: "Ya Muhammad, berikan aku dari harta Allah yang ada padamu." Rasulullah S.A.W  memandang kepadanya dan tersenyum, lalu kemudian menyuruh agar memberikan kepadanya apa yang dimintanya itu. (Riwayat Bukhori) Rasulullah S,A.W memang terkenal dengan sifat  sabar dan tenang . Tidak cepat marah dan ...

Motivasi Pagi : Isyarat Hati

Image
Hati Akan Tenang Dengan Zikir Isyarat Hati Isyarat Hati adalah kisah Motivasi yang kita nak kongsikan dengan semua pagi ni. Isyarat hati ni bukan tajuk novel kisah cinta ya. Ianya lebih kepada cara untuk mengenali isi hati kita. Tapi sebelum tu kita nak tanya. You all pernah tak rasa berdebar-debar, gelisah, tidak tenteram, tidak sedap hati dan sebagainya? Mesti pernah kan. Sebenarnya s emua perasaan ni adalah isyarat yang diberikan oleh hati kita . Ianya menandakan ada sesuatu yang tak kena yang dapat dikesan oleh hati . Hati Kesan Perbuatan Hati adalah anugerah Allah yang tak ternilai yang dicipta untuk mengesan perbuatan kita, sama ada perbuatan baik mahupun buruk. Kalau you all perasan bila kita melakukan kesalahan, secara automatik kita akan terasa berdebar-debar dan cemas. Seterusnya ia akan menyebabkan kita rasa gelisah dan tertekan. Isyarat ini sebenarnya bertujuan untuk menyuruh supaya kita perbetulkan kesilapan tersebut. Dan sekiranya ianya...

Motivasi Pagi : Emosi Dan Dosa

Image
Salam Sabtu untuk semua pembaca Blog Santai, Emosi Diri  (Source) Emosi Dan Dosa Setiap pagi bila kita bangun pagi pasti ada satu  emosi  dalam diri kan. Ada kalanya kita rasa gembira. Ada kalanya kita rasa sedih. Ada kalanya kita rasa kosong atau dalam ertikata lain, tak ada emosi. Kenapa ya? Motivasi pagi Kita bukanlah pakar psychology tapi kita tertarik dengan kata-kata kat bawah ni. Mungkin ini antara penyebabnya. Emosi dan Dosa  (Source) Kesalahan Dan Dosa Setiap manusia pernah melakukan kesalahan dan dosa. Kesalahan, kekhilafan adalah fitrah yang melekat pada diri manusia. Rasulullah SAW bersabda: "Setiap manusia pernah melakukan kesalahan, dan sebaik-baik pelaku kesalahan itu adalah orang yang segera bertaubat kepada Allah SWT". Ini bererti bahwa manusia yang baik bukan orang yang tidak pernah berbuat salah, sebab itu mustahil kecuali Rasulullah SAW yang ma’shum (sentiasa dalam bimbingan Allah SWT). Tet...

Motivasi Pagi : Nasihat Untuk Rakan

Image
Salam Untuk Semua Pembaca Blog Santai, Nasihat Untuk Rakan Nasihat Untuk Rakan Nasihat untuk rakan adalah kisah motivasi yang kita ingin kongsikan dengan semua hari ini. Walaupun tajuknya nasihat untuk rakan, tapi ini juga adalah peringatan untuk diri kita sendiri. Kita memilih topik ni sebagai motivasi untuk kita memperbaiki diri, kerana akhir-akhir ni kita banyak terbaca luahan hati rakan-rakan di beberapa media sosial.  Ada yang tak puas hati dengan rakan blogger A, rakan facebook B dan juga rakan Twitter C. Macam-macam cerita. Kita tau, n iat masing-masing memang baik, tapi adakalanya cara kita mungkin agak kurang sesuai. Nasihat Dalam Islam Sebenarnya, bagi kita tak salah nak meluahkan perasaan atau menegur kawan-kawan coz sememangnya kita digalakkan untuk saling menegur untuk kebaikan. Namun dalam islam nasihat juga ada caranya, kerana kita perlu m enjaga ukhuwah semasa menasihati . Kita perlu mencari jalan atau cara yang paling sesuai untuk menegur da...

5 Peringatan Untuk Perbaiki Diri

Image
Salam Semua, Kata-Kata Dan Tulisan Adalah Cermin Peribadi 5 Peringatan Untuk Perbaiki Diri  Semalam kita terbaca kata-kata ni yang diretweet oleh seorang teman. Ianya sangat simple tapi penuh makna. So this morning kita decide nak kongsikan dengan you all semua sebagai satu motivasi dan peringatan untuk kita semua memperbaiki diri. Apabila kita berfikir, Fikirlah sesuatu yang baik-baik, Apabila kita bercakap, Cakaplah sesuatu yang baik-baik, Apabila kita menulis, Tulislah sesuatu yang baik-baik, Apabila kita meminta, Mintalah sesuatu yang baik-baik, Apabila kita melihat sesuatu, Bersangkalah yang baik-baik. In Sha Allah, Yang Bakal Datang Semuanya Yang Baik-Baik.  1. Rahsia Blogger Malaysia 2. Tiga Minit Yang Berharga...    3.  Ramai Yang Bangga Dengan Mereka...    4 . Istimewa Untuk Rakyat Malaysia   5 . Pilihan Terbaik 6. Suara Mereka Suara Malaysia   7. Ramai Yang Pilih Ni..Kenapa Ya?

Motivasi Pagi

Image
Motivasi Pagi   Source Aku Bukanlah Orang Yang Hebat, Tapi Aku Mau Belajar, Dari Orang Yang Hebat, Aku Adalah Orang Biasa, Tapi Aku Ingin Menjadi Orang Yang Luar Biasa, Dan Aku Bukanlah Orang Yang Istimewa, Tapi Aku Ingin Membuat Seseorang Menjadi Istimewa!!!!!  Salam Ahad, Salam Motivasi Semua!!!! 1. Rahsia Blogger Malaysia 2. Rahsia Yang Kita Semua Perlu Tau   3. Rahsia Di Sebalik Senyuman   4 . Mesti Baca   5 . Apa Kata Mereka 6. Amaran Untuk Rakyat Malaysia   7. Ramai Yang Suka Buat Ni