Sedekah Berganda Sebulan Gaji

 Amalan Sedekah Berganda 
Amalan Sedekah Berganda

Sedekah Berganda Sebulan Gaji


Motivasi Pagi pilihan Blog Santai adalah kisah amalan sedekah berganda yang diamalkan oleh salah seorang pembaca buku Mudahnya Menjemput Rezeki.

Mengikut cerita, amalan sedekah berganda ini telah membantu beliau memperolehi sesuatu yang luarbiasa. Rezeki yang dulunya diperolehi dalam masa sebulan bekerja, kini dapat dimiliki dalam hanya satu hari dengan melakukan perniagaan secara kecil-kecilan. Rahsianya adalah sedekah berganda.

Apa yang beliau amalkan adalah bersedekah pada setiap hari Jumaat.  Bermula dengan hanya RM100 pada Jumaat yang pertama, beliau menambah kepada RM200 pada hari Jumaat minggu yang kedua, RM300 pada Jumaat minggu yang ketiga dan seterusnya RM400 pada Jumaat minggu yang keempat. 

Hasilnya memang lumayan. Perniagaannya benar-benar menjadi. Beliau tidak lagi perlu menunggu sebulan untuk memperolehi RM4000. Semuanya kini dimiliki dalam hanya satu hari. 

 Amalan Sedekah Di Bulan Ramadhan 
Amalan Sedekah Di Bulan Ramadhan

Besarnya hikmah sedekahkan. Yang penting amalan sedekah kita haruslah ikhas serta dilakukan secara istiqamah. Kita tak perlu bermula dengan RM100. Sedekahkan setakat yang termampu. Yang penting ada gandaan dalam sedekah kita.

Sempena bulan Ramadhan yang mulai ini, jom sama-sama kita gandakan sedekah kita. Semoga rezeki Allah akan datang tanpa terduga.

Comments

  1. Replies
    1. Alhamdulillah.
      Ya allah, Ikhlaskan hati kami ketika menghulurkan tangan memberi sedekah.

      Delete
  2. Memberi sedekah buat kita kaya. Yang penting ikhlas :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul, sebenarnye harta yang kita ada ni bukan milik mutlak kita. Kita hanya sebagai penjaga amanah.

      Delete
  3. T.kasih atas perkongsian...
    Ambil peluang utk lebih memberi di bulan yg mulia ini...

    ReplyDelete
  4. sebaik-baik sedekah adalah di bulan Ramdhan.

    ReplyDelete
  5. dengan bersedekah tidak membuatkan kita miskin taw.. :D

    ReplyDelete
  6. terima kasih atas perkongsian ini..

    ReplyDelete
  7. nice post...sama-sama kita amalkan.

    ReplyDelete
  8. SALAM. bersama kita bersedekah di bulan mulia ini..

    nice sharing sis :))

    ReplyDelete
  9. begitu menarik...terima kasih atas perkongsian

    ReplyDelete
  10. sedekah selagi boleh . bukan sekadar di bulan ramadhan ...

    ReplyDelete
  11. Sedekah membawa kpd kemuliaan... membawa kpd kejayaan... subhanallah..

    ReplyDelete
  12. Nice entry.. Mmg itu jnji Allah, bersedekah menggandakan rezeki..

    ReplyDelete
  13. subhanallah, betapa hebatnya ganjaran bersedekah..

    ReplyDelete
  14. Bersedekahlah walaupun hanya 50sen :) kan kak raudzah...??

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Renungan Pagi Jumaat