Posts

Showing posts with the label Mysterious Things

Guna darah sendiri sebagai dakwat lukisan

Image
   VINCENT CASTIGLIA bergambar bersama beberapa lukisan yang dihasilkan dengan darahnya di Galeri Sacred, New York. NEW YORK - Seorang pelukis Amerika Syarikat, Vincent Castiglia menggunakan darah sendiri untuk menghasilkan karya lukisannya.     Pelukis berkenaan melancarkan pameran lukisan terbaharunya, Resurrection yang dibuka kepada orang ramai sejak semalam hingga akhir bulan ini.     Pameran tersebut menampilkan sejumlah lukisan Castiglia yang dihasilkan sejak sepuluh tahun lalu. Semua karya tersebut dihasil menggunakan darahnya sendiri. - Reuters  

Lumpur ajaib

Image
Kawah lumpur bebuak bersaiz sehingga mencecah 2 meter lebar boleh memuatkan tiga empat orang dalam satu masa di Kampung Meritam, Limbang, Sarawak.    PERMUKAAN tanahnya sentiasa lecak tidak mengira musim, sama ada tengkujuh mahupun kemarau. Lebih luar biasa, ia boleh membentuk busut secara perlahan-lahan sebelum meletus dan mengeluarkan bunyi seakan-akan cecair likat yang sedang membuak-buak. Kejadian sama berulang selang beberapa minit kemudian. Setelah beberapa hari, ia akhirnya menghasilkan kawah besar dipenuhi lumpur kehitaman yang lembik dan hangat. Fenomena menakjubkan itu menyebabkan sebuah kawasan lapang di pinggir Kampung Meritam, Limbang, Sarawak yang dulunya lengang bertukar meriah dengan kehadiran orang ramai. Ketua Kampung Meritam, Mahmud Gampal memberitahu, sifatnya yang sering meletus dan menghasilkan bunyi pelik menyebabkan penduduk tempatan menggelar lumpur ajaib berkenaan sebagai 'lumpur bebuak'. "Bukan satu, malah ratu...

Objek Misteri Muncul di Texas and New Mexico

Image
  Dua misteri UFO yang sama dikesan dalam jarak 1,000 batu . Satu di Acoma Pueblo , New Mexico (kiri) dan Jacksonville , Texas (kanan)   Ini adalah persimpangan di Jacksonville , Texas , di mana   gambar UFO muncul Penduduk Jacksonville hairan bagaimana Google Street View "captured" imej bulatan bercahaya merah terang

Gadis api diganggu jin

Image
ROSALWANI CHE SOH 15 September 2012 Wan Nor Fatihah menunjukkan api yang muncul secara tiba-tiba, ketika wartawan Sinar Harian menemu bualnya kelmarin.   Antara sebahagian telefon bimbit miliknya serta ahli keluarga yang turut terbakar selepas api misteri itu muncul. KOTA BHARU - ’Gadis api’ yang mengalami masalah diekori api misteri sejak dua tahun lalu dari Kampung Penambang, Bunga Emas, di sini, hanya tenang ketika solat. Wan Nor Fatihah Wan Hanafi, 14, meminta agar mana-mana pakar perubatan tradisional atau ustaz dapat merawat gangguan jin yang dikatakan berdampingan dengannya yang juga menjadi punca diekori api itu. Menurutnya, sejak diekori api berkenaan, hidupnya tidak keruan selain sering dicemuh masyarakat kerana menimbulkan kekecohan di kawasan setempat, setiap kali diekori api misteri itu. Wan Nor Fatihah be...

Aksi tidur yang pelik (Amazing Sleepwalking)

Image
Tidur memainkan peranan utama dalam kehidupan kita, kerana ianya boleh menjejaskan kedua-dua kesihatan mental dan fizikal kita, sekiranya terganggu. Dalam keadaan normal, apabila kita tidur di atas katil, kita akan mengharapkan untuk bangun di katil yang sama, pada keesokan pagi. Walaubagaimanapun keadaan ini mungkin tidak akan berlaku, sekiranya kita mengalami "Sleepwalking". S esetengah ada yang bangun di tengah-tengah tasik manakala yang lain berjalan keluar tingkap. Berikut adalah antara kes-kes yang paling menakjubkan: 1. Alyson Bair Hampir lemas dua kali selepas sleepwalking ke Sungai Alyson Bair, 31 tahun, tidak sangka mimpi ngeri, lemas disungai benar-benar menjadi kenyataan apabila tersedar dari mimpi, beliau benar-benar lemas di dalam sungai berdekatan rumahnya.   Dua minggu selepas kejadian, sekali lagi Alyson Bair, mengalami perkara yang sama. Dalam kejadian kedua, suami beliau Cody Bair, yang terbangun sekitar 2 AM, mendapati, pintu kaca r...

Takungan air berusia 3,000 tahun ditemui di Baitulmuqaddis

Image
RUANG dalam takungan kuno berusia 3,000 tahun yang ditemui di Baitulmuqaddis. BAITULMUQADDIS - Beberapa pakar arkeologi menemui sebuah takungan air kuno di sini yang digunakan oleh jemaah semasa ke kota suci bangsa Yahudi, Temple Mount atau dikenali sebagai Haram Ash-Sharif oleh orang Islam. Akhbar MailOnline melaporkan bahawa takungan yang dinamakan cistern itu boleh menyimpan sebanyak 250 kubik meter air. Tempat simpanan air itu dipercayai dibina pada era Tempat Ibadat Pertama sekitar 3,000 tahun dahulu. Menurut kitab Bangsa Yahudi, Tempat Ibadat Pertama dibina oleh Nabi Sulaiman pada kurun ke-10 sebelum masihi (S.M.) sebelum dimusnahkan 400 tahun kemudian. "Penemuan ini menjelaskan bahawa sumber air pada era Tempat Ibadat Pertama bukan sahaja bergantung kepada mata air tempatan tetapi juga takungan awam," kata ketua ahli arkeologi Pihak Berkuasa Alam Semulajadi dan Taman Israel, Tvika Tsuk. Menurutnya, tapak Tempat Ibadat Pertama yang di...

Miracle: Otak budak ini di kendalikan oleh bateri

Image
Ia adalah satu keajaiban apabila Robbie Ovenstone boleh berjalan kembali  selepas doktor membuat keputusan untuk mengendalikan o taknya menggunakan bateri . Robbie tidak boleh berjalan , makan atau berpakaian kerana penyakit otot yang dipanggil ' Dystonia' menyerang dirinya . Bagi tempoh tiga tahun pertama hidupnya , beliau adalah seorang kanak-kanak normal seperti kanak-kanak lain .   Sehingga satu hari selepas Krismas 2008 , ibu dan ayah , Doug dan Jane, 37, perasan dia telah mengangkat tangan kanannya ke kedudukan yang aneh tanpa sebab . B adan serta kakinya membengkok m enyebabkan dia jatuh dan tidak dapat berdiri . S elepas operasi enam jam di mana doktor "rewired" otak dengan elektrod untuk membetulkan mesej yang dihantar kepada otot beliau , dia  mula boleh berjalan secar normal . Kuasa datang dari pek bateri yang dimasukkan di bawah kulit dadanya , dan juga wayar serta elekt...