Breaking News

Friday, September 14, 2012

Aksi tidur yang pelik (Amazing Sleepwalking)

Tidur memainkan peranan utama dalam kehidupan kita, kerana ianya boleh menjejaskan kedua-dua kesihatan mental dan fizikal kita, sekiranya terganggu. Dalam keadaan normal, apabila kita tidur di atas katil, kita akan mengharapkan untuk bangun di katil yang sama, pada keesokan pagi. Walaubagaimanapun keadaan ini mungkin tidak akan berlaku, sekiranya kita mengalami "Sleepwalking". Sesetengah ada yang bangun di tengah-tengah tasik manakala yang lain berjalan keluar tingkap. Berikut adalah antara kes-kes yang paling menakjubkan:


1. Alyson Bair Hampir lemas dua kali selepas sleepwalking ke Sungai

Alyson Bair, 31 tahun, tidak sangka mimpi ngeri, lemas disungai benar-benar menjadi kenyataan apabila tersedar dari mimpi, beliau benar-benar lemas di dalam sungai berdekatan rumahnya. Dua minggu selepas kejadian, sekali lagi Alyson Bair, mengalami perkara yang sama. Dalam kejadian kedua, suami beliau Cody Bair, yang terbangun sekitar 2 AM, mendapati, pintu kaca rumah mereka terbuka dan isterinya telah hilang. Selepas lebih daripada lima jam mencari, wanita berusia 31 tahun telah ditemui di tebing sungai tidak jauh dari rumah mereka. Beliau telah mengalami hipotermia dan mempunyai luka dan lebam di kaki.


2. Rachel Ward terjatuh selepas sleepwalking keluar tingkap
 
Percaya atau tidak, gadis remaja ini telah jatuh 25 kaki ke tanah, hanya beberapa inci dari kereta
 beliau selepas dia sleepwalked keluar dari tingkap bilik tidurnya. Beliau bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.


3. Ian Armstrong memotong rumput semasa tidur.
 a96680_lawn
Ian Armstrong keluar memotong rumput jam 2 pagi, dalam keadaan naked. Setelah selesai, beliau kembali untuk tidur. Apa yang pasti, beliau tidak sedar apa yang dilakukannya dan tidak percaya akan hal tersebut apabila diberitahu oleh isteri beliau pada kesokan harinya. 

 
4. Robert Wood, memasak semasa tidur.

55 tahun Robert Wood telah beberapa kali memasak semasa tidur. Lelaki itu percaya bahawa ulser telah menjadi punca beliau memasak ditengah malam. Sehingga kini, beliau tidak mengalami sebarang kecederaan ketika memasak walaupun di dalam keadaan tidak sedar.


5. Lee Hadwin – jururawat disiang hari, artis sleepwalking pada waktu malam.
Lee Hadwin, adalah seorang jururawat yang hidup secara normal pada waktu siang. Keadaan sebaliknya berlaku pada waktu malam apabila beliau bertukar menjadi "artis sleepwalking" dengan melukis pelbagai karya seni. Yang pasti beliau tidak mengingati sebarang hasil lukisannya selepas bangun pada keesokan harinya .






Source: http://www.vyperlook.com

No comments:

Post a Comment

Designed By