Posts

Showing posts from May, 2014

3 Sebab Mengapa Perlu Makan Buah PRUN

Image
3 Kebaikan Buah PRUN 3 Kebaikan Buah Prun Tips kesihatan pilihan Blog Santai untuk dikongsikan dengan semua adalah tentang kebaikan buah Prun . Bercakap mengenai buah prun mesti ramai yang sukakan. Rasanya yang masam dan manis sememangnya menjadi pilihan ramai. Kita memang suka buah prun ni. Cuma tak pernah makan yang fresh aje. Yang istimewanya buah prun ni ia bukan hanya sedap tapi mempunyai banyak kebaikan dari segi kesihatan . Antaranya: Agen Diet Yang Berkesan Buah prun sangat istimewa kerana ianya merupakan agen diet yang berkesan . Ianya membantu menghadamkan makanan yang diambil dengan mudah. Kandungan serat yang tinggi didalam buah prun memberi kepuasan setelah makan serta mengelak daripada pertambahan berat badan.  Kaya Dengan Vitamin C Buah prun juga mengandungi vitamin C yang optimum untuk menyihatkan tubuh. Ianya merupakan sumber Vitamin C yang cukup baik dalam membantu tubuh badan menyerap zat besi. Mengambil prun membantu membina imuni

Kejam. Kepala Siti Soffea Di Kelar Hingga Putus

Image
  Leher Siti Soffea Di Kelar Hingga Kepalanya Putus   Leher Di Kelar Hingga Kepala Putus Info ngeri pilihan  Blog Santai adalah kisah menyayat hati Siti Soffea . Budak perempuan yang berusia 2 tahun yang dikelar lehernya sehingga kepalanya putus ditebing Sungai Klang oleh seorang kenalan si ibu. Bila baca kisah ni, kita tak boleh bayangkan betapa kejamnya manusia yang melakukannya. Apa perasaan suspek pada ketika itu ya? Dan yang lebih penting, apa dosa sikecil Siti Soffea kepada beliau? Siti Soffea Di Hampiri Suspek Yang Mengelar Kepalanya Hingga Putus Kelar Leher Guna Jubin Seramik   Menurut saksi yang menyaksikan pembunuhan kejam ini, suspek, seorang warga asing dan penagih dadah mengelar leher Siti Soffea menggunakan serpihan jubin seramik dan mengisi darah kanak-kanak itu ke dalam botol sebelum meminumnya. Sebelum pembunuhan tersebut dilakukan, suspek dipercayai menghentakkan kepala mangsa dengan benda keras menyebabkan belakang kepala mangsa peca

5 Pesanan Sebelum Tidur

Image
  5 Pesanan Sebelum Tidur 5 Pesanan Sebelum Tidur Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w. berpesan kepada  Saidina Ali r.a: "Ya Ali jangan sesekali engkau tidur sebelum melakukan 5 perkara berikut" 1. Jangan engkau tidur sebelum menyedekahkan 4000 dinar 2. Jangan engkau tidur sebelum mengkhatamkan Al Quran 3. Jangan enkau tidur sebelum mengerjakan haji 4. Jangan enkau tidur sebelum memastikan tempat mu di syurga 5. Jangan enkau tidur sebelum mendapat keredhaan musuh-musuh mu   Ketika mendengar pesanan tersebut, Saidina Ali kebingongan lalu bertanya kepada Rasulullah SAW. Bagaimana harus aku melakukannya ya Rasulullah? Rasulullah s.a.w pun bersabda: 1 . Bacalah surah Al-Fatihah sebanyak 4 kali. Ianya bersamaan sedekah 4 ribu dinar. 2. Bacalah "Qul Huwallah Hu Ahad" sebanyak 3 kali. Ianya sama seperti membaca keseluruhan isi Al-Quran.  3. Bacalah " Subhanallah Walhamdulillah Walailahailallah Wallahu Akbar" sebanyak

RM100 Vouchers Untuk Di Menangi

Image
  RM100 Vouchers Untuk Di Menangi You all nak menang Samsung GALAXY S5 dan RM100 shopping vouchers tak ? Kalau nak senang je. You all hanya perlu 5 steps untuk dapatkan hadiah di atas. 5 Steps   Snap gambar yang you all ingin tukarkan dengan jumlah RM25   Upload gambar kat Instagram menggunakan caption yang kreatif & hashtag #CitiMakeMyDay .   Patikan caption tersebut jelas dan klik SHARE.   Log in to you all punya Instagram profile dekat computer/laptop. klik post &   copy link post tersebut. RM25 Untuk 200 Penyertaan Pertama Isikan form DI SINI untuk mendapatkan RM25 bagi 200 entry yang pertama diterima sebelum 10th June 2014, 11.59pm. Good Luck Semua!!!!    1. Kena Cuba..Tak Ada Alasan 2. Istimewa Untuk Rakyat Malaysia   3. Ramai Orang Sukakan Ni   4, Amaran Untuk Semua..   5 . Menarik..Mesti Tengok 6. Pilihan Terbaik Rakyat Malaysia   7. Ramai Yang Pilih Ni..Kenapa Ya? Google+     

Jenazah Berbau Wangi Dan Sempurna

Image
  Jenazah Berbau Wangi Dan Sempurna Jenazah Berbau Wangi Dan Sempurna Info menarik pilihan Blog Santai adalah kisah kekuasaan Allah SWT yang dipertontonkan kepada kita semua sebagai renungan dan panduan . Jika kita mengikut syariatnya, pasti dipelihara di dunia mahupun diakhirat. Inilah yang berlaku apabila jenazah seorang wanita dari Segamat yang telah meninggal dunia pada tahun 2006. Ketika kuburnya digali semula bagi memberi laluan kepada projek melebar Jalan Segamat-Ledang, jenazahnya masih sempurna serta berbau wangi. Kain kafannya juga tidak terusik. Mengikut anak kepada wanita tersebut, arwah adalah seorang guru mengaji. Seorang yang pendiam serta patuh kepada perintah Allah. Sering berselawat, berzikir dan juga bersedekah. Alangkah bertuahnya wanita ini. Semoga kita semua dikurniakan pembalasan yang sama. Aminn.. 1. Kena Cuba..Tak Ada Alasan 2. Istimewa Untuk Rakyat Malaysia   3. Ramai Orang Sukakan Ni   4, Amaran Untuk Semua..   5 . Menarik..M

Malaysia Di Serang Rama-Rama

Image
  Rama-Rama Memenuhi Stadium Darul Makmur Malaysia Di Serang Rama-Rama Mesti ramai yang tengok perlawanan separuh akhir piala FA diantara Pahang melawan JDT semalamkan. Tahniah untuk pasukan Pahang kerana telah melayakkan diri ke perlawanan akhir setelah mengalahkan JDT dengan aggregat 2-1. Perlawanan yang menarik. Kemenangan pasukan Tok Gajah bukan sahaja diraikan oleh ribuan penonton malah turut diraikan oleh ribuan rama-rama yang memenuhi Stadium Darul Makmur. Kehadiran rama-rama yang begitu banyak sebenarnya memang menakjubkan. Ianya bukan hanya berlaku di Pahang bahkan hampir seluruh negara diserang rama-rama.     Rama-Rama Di Istana Lama Perak   Rama-Rama Di Mersing Johor Kita tak pasti samaada sekarang ni memang musim rama-rama atau sebaliknya. Seingat kita fenomena diserang rama-rama ni tak pernah berlaku di Malaysia kot. Semoga ianya membawa khabar gembira buat semua. 1. Kena Cuba..Tak Ada Alasan 2. Istimewa Untuk Rakyat Malaysia   3. Ra

Jom Sama-Sama Bantu Mereka

Image
Jom Sama-Sama Bantu Mereka  Info perihatin Blog Santai ingin berkongsi kisah anak yatim piatu kepada pasangan suami isteri, Jefri Mohd Zain berusia 50 tahun dan isterinya Norsalawati Ibrahim berusia 40 tahun yang maut digilis lori di Jalan Cheras menghala Jalan Chan Sow Lin pada minggu lepas. Anak sulong daripada 5 adik-beradik kini sudah mengambilalih tanggungjawab ibubapa mereka untuk melindungi adik-adiknya.  Jom Sama-Sama Bantu Mereka Bagi mereka yang ingin menghulurkan sumbangan, boleh salurkan terus ke akaun Maybank 114301042467 atas nama Zainah Mohd Zain atau menghubunginya di talian 019-6065911.   Moga dipermudahkan segala urusan adik-adik ni didunia dan akhirat. Aminn.. 1. Kena Cuba..Tak Ada Alasan 2. Istimewa Untuk Rakyat Malaysia   3. Ramai Orang Sukakan Ni   4, Amaran Untuk Semua..   5 . Menarik..Mesti Tengok 6. Pilihan Terbaik Rakyat Malaysia   7. Ramai Yang Pilih Ni..Kenapa Ya? Google+     

Jambatan Bertingkat Mengelilingi Kaabah Runtuh

Image
Empat Cedera Dalam Rempuhan Di Masjidil Haram Jambatan keliling Kaabah Runtuh Pagi ni kita agak terkejut kerana bila buka Blog, keywords yang paling dicari di  Blog Santai adalah Jambatan Bertingkat keliling Kaabah Runtuh. Hmmm..biar betul? Puas jugak kita mengoogle, tapi tak ada pulak berita ni kecuali berita rempuhan yang berlaku di masjidil haram yang menyebabkan kecederaan kepada empat orang jemaah.   Rempuhan Di Pintu Kaabah Rempuhan Di Pintu Kaabah   Laporan Kejadian Dari Masjidil Haram    Rempuhan Di Pintu Kaabah Rempuhan ini berlaku sebaik sahaja pintu Kaabah dibuka untuk dibersihkan . Mereka berebut untuk menghampiri pintu Kaabah untuk melihat bahagian dalam Kaabah. Malangnya salah seorang daripada mereka terjatuh dan dipijak oleh yang lain sehingga mengalami kecederaan yang teruk dikepala. Tiga lagi yang tercedera dibawa ke hospital untuk diberi rawatan. Bila tengok youtube ni agak ngeri keadaannya... 1. Kena C

Coklat Cadbury Ada DNA Babi HALAL Di Makan

Image
Coklat Cadbury Ada DNA Babi HALAL Di Makan   Coklat Cadbury Ada DNA Babi HALAL Di Makan Info serius pilihan  Blog Santai untuk dikongsikan dengan semua adalah mengenai hukum memakan coklat Cadbury atau apa jua makanan lain yang tercemar dengan DNA Babi. Mengikut hukum yang telah sahkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan , coklat cadbury tersebut atau mana-mana produk lain yang tercemar dengan DNA babi adalah HALAL dimakan. Mengikut Majlis Fatwa Kebangsaan, keadaan ini adalah termasuk dalam kategori 'Umum al-Balwa', iaitu keadaan musibah atau kesukaran yang berleluasa dan sukar dielak . Mana-mana produk yang telah siap diproses dan dijual kepada kepada pengguna yang umumnya diketahui menggunakan bahan-bahan yang suci serta halal hukumnya adalah HALAL. Namun jika berlaku keadaan dimana produk tersebut telah tercemar dengan anasir-anasir yang haram, maka ia adalah dikategorikan sebagai 'Umum al-Balwa'. Tak Perlu Samak Makan Coklat Cadbury   Mengiku

5 Perkara Yang Merosakkan Iman

Image
   5 Perkara Yang Merosakkan Iman 5 Perkara Yang Merosakkan Iman Salam Jumaat untuk semua pembaca Blog Santai . Renungan Pagi pilihan Blog Santai adalah 5 Perkara Yang Boleh Merosakkan Iman . Ianya sering berlaku dalam kehidupan kita tanpa sedar. Antaranya: 1. Kita tidur apabila Seruan Allah memanggil, tetapi boleh berjaga untuk menonton tv. 2. Kita tak boleh meluangkan masa untuk mambaca Al-Quran, tapi boleh meluangkan banyak masa untuk mengadap laptop. 3. Kita s egan untuk menyebarkan mesej berbentuk kebaikan , tetapi begitu senang untuk menyebarkan berita/gosip yang sensasi. 4. Kita tidak hadir ke masjid atau majlis agama , tetapi memenuhi bar atau konsert. 5. Kita begitu taksub dengan manusia tetapi tidak dengan Allah. Adakah kita salah seorang daripada yang dikategorikan dalam mesej diatas. Jom muhasabah diri. Jaga diri, jaga iman dan jaga peribadi. 1. Kena Cuba..Tak Ada Alasan 2. Istimewa Untuk Rakyat Malaysia   3. Ramai Oran

Raja Nazrin Shah Diisytihar Sultan Perak Yang Baru

Image
    Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Sultan Nazrin Shah, Sultan Perak Yang Baru Pemangku Raja Perak Raja Dr Nazrin Shah, 58, diisytihar sebagai Sultan Perak yang baru menggantikan Almarhum Sultan Azlan Shah yang mangkat semalam.  Raja Nazrin diputerakan pada 27 November 1956 dan merupakan putera sulung Sultan Azlan Shah. Baginda berkelulusan Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Politik, Ekonomi dan Kerajaan dari Universiti Harvard, Amerika Syarikat. Istiadat pelantikan dan pengisytiharan Sultan Perak telah diadakan di Balairong Seri Istana Iskandariah, Kuala Kangsar petang tadi. Raja Nazrin Shah Bersama Keluarga Blog Santai ingin merakamkan ucapan tahniah kepada Raja Nazrin Shah serta seluruh rakyat negeri Perak atas perlantikan ini. Semoga baginda mampu memerintah negeri perak  mengikut Perlembagaan dengan adil mengikut hukum Allah. 1. Kena Cuba..Tak Ada Alasan 2. Istimewa Untuk Rakyat Malaysia   3. Ramai Orang Sukakan Ni   4, Amaran Untuk Semu

4 fakta Menarik Mengenai Gaji Rakyat Malaysia

Image
Mampukan Gaji Rakyat Malaysia menangani Beban Hutang Pendapatan Rakyat Malaysia Info serius pilihan  Blog Santai untuk dikongsikan dengan semua adalah 4 Fakta menarik Mengenai Gaji Rakyat Malaysia. 1. Upah dan gaji merupakan sumber utama pendapatan majoriti isirumah Malaysia. 2.  Hanya 1.0 juta daripada 10.8 juta tenaga kerja tempatan layak untuk membayar cukai pendapatan. Ini bermaksud gaji yang diterima oleh rakyat Malaysia adalah kecil. 3. Hanya 11.0 % daripada pendapatan negara diterima daripada cukai pendapatan individu. Ini menunjukkan sumbangan gaji rakyat Malaysia terhadap pendapatan negara tersangatlah minima. 4. KWSP melaporkan hampir 80% daripada penyumbangnya memperolehi gaji RM 3,000 ke bawah. Jadi secara keseluruhan gaji rakyat Malaysia masih rendah dan mungkin tak mencukupi untuk menapung kos sara hidup yang semakin tinggi. Sekadar renungan. Dimana posisi rakan-rakan semua? Apa yang perlu kita lakukan untuk mengubah keadaan ini?

MH370: Isyarat Empat Ping Hanya Sandiwara

Image
   MH370: Sandiwara Empat Ping  MH370: Sandiwara Empat Ping Dah lama kita tak berkongsi tentang MH370 . Tragedi misteri yang menimpa 270 anak kapal yang semakin dilupakan. Namun hari ni kita agak tertarik dengan satu pendedahan yang dikeluarkan oleh Pegawai Tentera Laut Amerika Syarikat tentang cerita sebenar disebalik Isyarat empat PING di Lautan Hindi yang dikatakan milik MH370. Menurut beliau, isyarat PING tersebut sebenarnya bukan dari kotak hitam milik MH370. Sebaliknya ia datang dari kapal atau peralatan yang digunakan oleh pasukan SAR. Hmmm..No wonderlah sampai sekarang tak jumpa serpihan pesawat ya. Sememangnya pesawat tersebut tidak berada disana.   Sandiwara Empat Ping Di Lautan Hindi Sebenarnya kita tak terkejut dengan laporan ini kerana terlalu banyak percanggahan fakta yang berlaku semenjak kehilangan pesawat tersebut. Cuma yang sedihnya, kenapa ada pihak yang sanggup merahsiakan semuanya dan memaksa seluruh dunia untuk mempercayai bahawa pesawa

Hilang Dari Kubur Kerana Amalan Di Bulan Rejab

Image
  Amalan Di Bulan Rejab Hilang Dari Kubur Kerana Amalan Di Bulan Rejab   Renungan Pagi pilihan Blog Santai adalah kisah seorang wanita yang hilang dari kubur kerana amalan di bulan Rejab. Kisah ini berlaku kepada seorang wanita di Baitul Maqdis. Dia seorang yang kuat beribadat. Ketika bulan rejab tiba dia membaca  "Qulhuwallahu Ahad" sebelas kali setiap hari, kerana memuliakan bulan Rejab. Beliau juga sering berpakaian yang lusuh biarpun kehidupan mereka sangat mewah. Pada suatu hari beliau jatuh sakit dan berpesan kepada anaknya supaya mengkafankan dirinya dengan kain buruk apabila beliau sudah tiada. Namun anaknya tidak menunaikan amanah tersebut dengan mengkafankan ibunya dengan kain yang mewah kerana riak kepada manusia. Suatu malam dia bermimpi bertemu ibunya dalam tidur. Ibunya berkata: "Hai anakku, menapa engkau tidak melksanakan wasiatku. Aku kecewa kepada mu". Apabila terbangun si anak ketakutan dan segera kembali ke kubur unt

Kuiz Medical #1 by Dr. Shikin

Image
Kuiz Medical #1 by Dr. Shikin  Malam ni kita nak ajak you all join kuiz medical # 1 tajaan Dr Shikin . Kuiz ni berbeza dengan segmen-segmen yang pernah kita join sebelum ni kerana ia menguji pengetahuan kita mengenai medical term yang digunakan di Malaysia. Menarik kan.. Pemenang akan menerima hadiah sebanyak RM30.00. Segmen ni Tamat  31 Mei 2014. So jomlah semua, join kita men"google"  sambil support Dr Shikin k..   Klik SINI untuk Join k. 1. Kena Cuba..Tak Ada Alasan 2. Istimewa Untuk Rakyat Malaysia   3. Ramai Orang Sukakan Ni   4, Amaran Untuk Semua..   5 . Menarik..Mesti Tengok 6. Pilihan Terbaik Rakyat Malaysia   7. Ramai Yang Pilih Ni..Kenapa Ya? Google+