Coklat Cadbury Ada DNA Babi HALAL Di Makan

http://galleryplus.ebayimg.com/ws/web/150833300240_1_0_1/1000x1000.jpg
Coklat Cadbury Ada DNA Babi HALAL Di Makan
 

Coklat Cadbury Ada DNA Babi HALAL Di Makan


Info serius pilihan Blog Santai untuk dikongsikan dengan semua adalah mengenai hukum memakan coklat Cadbury atau apa jua makanan lain yang tercemar dengan DNA Babi. Mengikut hukum yang telah sahkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan, coklat cadbury tersebut atau mana-mana produk lain yang tercemar dengan DNA babi adalah HALAL dimakan.

Mengikut Majlis Fatwa Kebangsaan, keadaan ini adalah termasuk dalam kategori 'Umum al-Balwa', iaitu keadaan musibah atau kesukaran yang berleluasa dan sukar dielak. Mana-mana produk yang telah siap diproses dan dijual kepada kepada pengguna yang umumnya diketahui menggunakan bahan-bahan yang suci serta halal hukumnya adalah HALAL. Namun jika berlaku keadaan dimana produk tersebut telah tercemar dengan anasir-anasir yang haram, maka ia adalah dikategorikan sebagai 'Umum al-Balwa'.

Tak Perlu Samak Makan Coklat Cadbury

 
Mengikut hukum produk tersebut adalah halal dimakan kerana pencemaran atau kontaminasi yang berlaku adalah di luar kawalan dan amat sukar dielakkan. Jadi jika kita semua telah termakan coklat tersebut atau mana-mana produk yang lain yang mengalami keadaan yang sama, kita tidak perlu ragu-ragu atau terlalu gusar terhadap kesucian tubuh badan kita. Perut dan mulut tidak perlu disamak. Darah juga tidak perlu ditukar.

Kita percaya Islam bukanlah agama yang kejam. In Shaa Allah kita semua tidak akan dihukum Allah berdasarkan sesuatu yang kita tidak tau atau diluar kawalan kita. Walaupun hukumnya HALAL, ia bakal menjadi HARAM apabila kita masih mengambilnya walaupun dah maklum kedudukan coklat tersebut. Jalan penyelesaian terbaik adalah elakkan dari mengambil cadbury produk.

Comments

  1. Islam itu mudah tapi bukan boleh dipermudahkan...

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Setuju farah..Kita cari coklat lain pulak ya..

      Delete
  3. kadang2 produk lokal pun ada unsur2 camni...menakutkan...

    ReplyDelete
  4. dah halal pula, makin ramailah yang letak dna babi la pasni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan HALAL Bahrain, cuma dalam keadaan kita tak tau, Allah tak mngharamkan makanan tu ke atas kita. Tapi kalau dah tau memang jadi haram. Apa-apa pun ia still dikategorikan sebagai benda yang haram..

      Delete
  5. kalau dah termakan tanpa pengetahuan di halalkan...
    tapi kalau dah tahu hukum jgn pei beli pulak ya..
    tetap haram kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Lynn..Kalau tak tau Allah pasti maafkan kita. tapi kalau dah tau, ia sduah jadi haram..

      Delete
  6. dah serik nak makan walau di sahkan halal..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan makan lagi sis, ia masih HARAM. Cuma dalam keadaan tak tau ia dipermudahkan ke atas kita..

      Delete
  7. MKsudnya bukan halal dimakan.. maksudnya kalau dah termakan tu x apa.. sebab masa tu tak tau dicemari dengan babi.. so x payah la buat kerja gila nk samak mulut la nk tular darah la.. elok2 nak elak dna babi kot nanti dapat hiv baru ada akai.. kalau dah tau jgn la makan dah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Bukan Hala dimakan perbuatan kita dihalalkan atas sebab kita tak tau..Tapi kalau dah tau jangan makan pula. Ia HARAM..

      Delete
  8. lancau...suh pengerusi majlis fatwa makan ceklat cabury tu banyak-banyak sampai kembong perut dia dgn babi....berapa juta dapat baiii??? sial punya ularmak!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kenapa Komen macam ni..Tak baik tau...bahasa melambangkan siapa kita walau tak ada nama...

      Delete
  9. Bersyukur masih ada ulamak yg boleh menyelesaikan byk masalah tentang agama.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu tanggungkawab dia orang OKJe..kalau fatwanya bercanggah, mereka yang menaggung dosa...

      Delete
  10. Ya Allah... Bukankah babi itu nyata haram dimakan. Kenapa dihalalkan pula? Yang bagi fatwa ni Ilmu dah tinggi boleh bagi fatwa Macam ni? Dah nak kiamat kot. Fikirlah Jika di luar sana ada yang ikut dan mengatakan makanan yang ada DNA babi halal dimakan. Babi haram dimakan Walaupun kamu menyamak babi tu. Bertaubat lah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul babi itu diharamkan ke aras semua umat Islam. tapi dalam keadaan kita tak tau, "perbuatan" itu dihalalkan. kalau dah tau, jangan makan lagi. Ia HARAM.

      Delete
  11. " tercemar dengan DNA babi adalah HALAL dimakan " - buat org yg membaca tu konfius . lebih baik sambung dgn " sekiranya pemakan tdk mengetahui kewujudan dna dlm makanan tersebut " . maaf ya terpaksa betulkan sikit ... 3x lactacyd

    ReplyDelete
  12. Mmg betul tu.. bukan salah kita. Klu nak diikutkan ramai yg mkn coklat ni sampai boleh dikira seolah2 dah seekor babi ada dlm perut huhu.. Siapa yg meringankan tugas mengawal hal ni mmg berat dosanya. Semoga Allah mengampuni kekhilafan kita semua... aamiin..

    ReplyDelete
  13. Skrg ni...dah tak berapa lalu nak mkn coklat..huhu

    ReplyDelete
  14. semasa pemeriksaan dibuat diaorg guna resepi yg betul.
    sebaik sahaja pemeriksa balik, diaorg tukar resepi......

    ReplyDelete
  15. di pasar selayang dan pasar pasir penambang,
    dacing/alat penimbang betul/tepat semasa pemeriksaan dibuat.
    apabila pemeriksa pulang, peniaga ejas semula.

    ReplyDelete
  16. kita sebagai org islam kalau dah was2 jgn beli...
    org bukan islam ramai jer yg beli, laris jer coklat tu kan..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat