Posts

Showing posts with the label Berita

Saringan ketat untuk menunaikan haji

Image
  Senarai menunggu cecah sejuta orang Lebih 14,000 pencarum berdaftar berusia 75 tahun ke atas   Kuota negara cuma 28,000 bagi setiap musim haji Lembaga Tabung Haji (TH) akan membuat saringan dan memilih pencarum benar-benar layak diberi keutamaan menunaikan haji, berikutan jumlah mereka y ang menunggu kini mencecah sejuta orang.   Serentak itu, umat Islam yang pernah mengerjakan haji diminta memberi laluan kepada mereka dalam senarai menunggu, termasuk lebih 14,000 pencarum berdaftar berusia 75 tahun ke atas. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata TH akan memberi keutamaan kepada mereka yang kali pertama ingin menunaikan Rukun Islam kelima itu, berikutan kuota negara hanya 28,000 bagi setiap musim. Tempoh lima tahun Antara syarat ditetapkan, individu yang sudah menunaikan ibadat tidak dibenarkan mendaftar semula dalam tempoh lima tahun bermula dari tarikh menunaikan haj...

Denda RM20,000 jika ubah nombor plat elak AES

Image
PENGGUNA jalan raya yang didapati mengubah suai nombor plat kenderaan bagi mengelak daripada disaman kamera AES boleh didenda sehingga RM20,000. - Gambar hiasan KUALA TERENGGANU – Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Solah Mat Hassan mengingatkan pengguna jalan raya supaya jangan cuba mengelirukan pihak berkuasa dengan mengubah suai nombor plat atau berdepan hukuman berat. Beliau menegaskan, pengguna jalan raya yang cuba mengelak daripada dikesan kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) kerana memandu melebihi had laju atau melanggar lampu isyarat merah dengan mengubah suai nombor plat kenderaan boleh didakwa di bawah Seksyen 108 (3A) Akta Pengangkutan Jalan 1987. “Jika sabit kesalahan, pesalah boleh didenda minimum RM5,000 dan maksimum RM20,000,” katanya ketika ditemui di pejabat JPJ negeri selepas taklimat AES di sini semalam. Source

10 gambar dan video sekitar ulang tahun HAMAS ke 25 di GAZA

Image
Khaled Mashaal dan Perdana Menteri Ismail Haniya melambai ke arah penyokong Hamas semasa ulang tahun Hamas ke-25, semalam. Lautan manusia pada majlis sambutan ulang tahun ke-25 Hamas semalam.   Sebahagian daripada pemimpin kanan termasuk Khaled Meshaal dan Ismail Haniyeh yang menghadiri majlis sambutan ulang tahun ke-25 Hamas. Pentas sambutan dihiasi dengan roket M-75, yang Hamas dakwa hasilkan sendiri dan dilepaskan ke arah Israel bulan lalu.  Wajah-wajah rakyat Palestin yang menyertai majlis sambutan ulang tahun ke-25 Hamas semalam.   Suasana tempat berlangsungnya sambutan ulang tahun ke-25 Hamas semalam.   Khaled Meshaal (kanan) dan Perdana Menteri Ismail Haniyeh melambai ke arah mereka yang menghadiri sambutan ulang tahun ke-25 Hamas di Gaza City, semalam.  Wajah-wajah rakyat Palestin yang menyertai majlis sambutan ulang tahun ke-25 Hamas semalam.

Lokasi Mac 2011 Jepun dilanda tsunami lagi

Image
  TOKYO - Tsunami setinggi satu meter melanda timur laut Jepun hari ini susulan gempa bumi kuat, kawasan perairan yang musnah teruk dalam bencana kembar awal tahun lalu. Pegawai-pegawai perkhidmatan kaji cuaca mengesahkan tsunami melanda bandar Ishinomaki, kira-kira jam 6 petang waktu tempatan, bandar raya yang mengalami kemusnahan teruk dalam tsunami Mac 2011. Belum diketahui tahap kerosakan dan kemusnahan yang dibawa oleh gempa bumi berukur 7.3 hari ini Penduduk sekitar wilayah Miyagi dinasihatkan untuk mencari tempat perlindungan keselamatan diri masing-masing kerana ada kemungkinan bandar-bandar lain turut akan terjejas akibat kejadian itu.  “Kami sedang mengarahkan penduduk supaya berpindah ke kawasan yang lebih tinggi segera,” kata sumber rasmi rasmi Ryuichi Omori kepada media.  “Keadaan di kawasan ini sangat gelap ketika ...

Bina helikopter sendiri ?

Image
  Salman (kiri) berbincang dengan pekerjanya dalam rangka kerja menyiapkan Diyala 1. Seorang lelaki Iraq menghabiskan 30 juta dinar (RM78,347) membina helikopter sendiri bagi mengawal sempadan negara. Hatim Kadim Salman, membina pesawat yang dinamakan Diyala 1 itu dalam bandar Muqdadiyah, kira-kira 96.5 kilometer, utara Baghdad .   Salman, 59, memberitahu, helikopternya amat murah berbanding pesawat Apache Tentera Udara Britain yang menelan kos $20 juta (RM60 juta) untuk setiap unit. Namun, Diyala 1 hanya memiliki dua bilah kipas berbanding Apache yang dilengkapi empat bilah kipas di atasnya.    Apache Malah, helikopter tempatan itu tidak dilengkapi kelengkapan senjata pesawat tentera udara Britain yang memiliki kemudahan senjata lengkap termasuk peluru berpandu anti kereta kebal dan udara. Walau masih belum siap sepenuhnya, Salman yakin Diyala 1 mampu menjadi penyumba...

(12 gambar) Mesir semakin tegang, demo tukar ganas

Image
  KAHERAH - Sementara penunjuk perasaan antiperlembagaan baru dan penyokong Presiden Mesir bertempur di luar istana presiden semalam, jurucakap pemimpin itu memaklumkan bahawa Mohammed Morsi akan berucap bagi meredakan ketegangan lewat hari ini.   Dipetik CNN, ketua staf pejabat presiden, Refaa El-Tahtawy berkata, ucapan beliau akan merangkumi berita penting. Bagaimanapun beliau tidak menyatakan dengan khusus aspek yang akan disentuh oleh Mohammed.     Pertempuran yang berlarutan hampir seminggu bertukar menjadi ganas semalam.   Setakat ini lebih 200 orang cedera akibat tunjuk perasaan kerana ada yang membaling bom petrol dan batu.     Keganasan tercetus apabila penyokong  Mohammed berarak ke istana bertembung dengan ahli-ahli pembangkang. Semalam, Naib Presiden, Mahmoud Mekki berkata, pungutan suara pada 15 Disember ini teta...

Tentera Israel roboh masjid

Image
BAITULMAQDIS - Kebiadaban Israel terhadap penduduk Palestin masih berterusan menyaksikan tentera rejim merobohkan Masjid Al-Mefqara di perkampungan Yatta, Hebron, kelmarin.   Penyelaras jawatankuasa menentang perkampungan haram Yatta, Rateb Al-Jbour berkata, sepasukan tentera Israel dilihat mengelilingi masjid sebelum merobohkannya dengan jentolak. Pokok zaitun yang sebelum ini menjadi sumber rezeki masyarakat Palestin  turut di cabut. Sementara itu, sekumpulan pendatang Yahudi bersama tentera rejim, tanpa rasa hormat mencabut lebih 200 pokok zaitun di Al-Jab'a, barat Bethlehem, dengan alasan ia kawasan pertikaian. - PNN Source

Mesir menuju 'Krisis Februari 2011'

Image
Penunjuk perasaan melaungkan slogan anti-Presiden Mohammed Morsi ketika berhimpun di luar istana presiden di Heliopolis dekat Kaherah semalam. - Foto EPA KAHERAH - Polis dan penunjuk perasaan, yang merasakan penggubalan perlembagaan baru mencabar kebebasan mereka, bertempur, seolah-olah menyegarkan krisis Februari 2011 yang membawa kepada penggulingan presiden. Ribuan berkumpul di luar istana presiden. Menurut media rasmi, lapan orang cedera dalam kejadian tetapi tiada kecederaan serius. Pihak polis turut melepaskan gas mepedih mata bagi menyuraikan orang ramai dan sesetengah daripada penunjuk perasaan juga memotong kawat berduri yang diletakkan di pekarangan istana. Menurut sumber, Mohammed berada di istana tetapi apabila kehadiran penunjuk perasaan semakin meningkat, beliau bertindak meninggalkan istana. Ramai yang berkumpul di luar istana di pingg...

'Dikurung, dipaksa makan kertas'

Image
SEBAHAGIAN pekerja wanita warga asing mangsa pemerdagangan manusia yang berjaya diselamatkan   Bekerja tanpa dibayar gaji, dikurung, kadangkala tidak diberi makan, dikasari dan dipaksa makan kertas jika melawan. Itu antara penderaan dan seksaan yang didakwa terpaksa ditanggung oleh 105 wanita warga asing yang menjadi mangsa pemerdagangan orang selepas diperdaya sebuah agensi pekerja asing yang berpejabat di Bandar Baru Klang di sini. Bagaimanapun, kesemua wanita yang berusia antara 18 hingga 25 tahun itu berjaya diselamatkan oleh sepasukan pegawai Imigresen diketuai Timbalan Penolong Pengarah (Penguat Kuasa) Pelabuhan Klang, Chandran Muniandy. Jika benar seperti yang di dakwa, ap akah tahap peri kemanusiaan sudah hilang di khalangan Masarakat kita? Source

(7 gambar & Video) Tragedi Terowong Runtuh di Jepun

Image
  Sekurang-kurangnya lima orang terbunuh apabila sebuah terowong di lebuh raya utama di tengah Jepun runtuh dan terbakar semalam.     Cubaan menyelamatkan mangsa yang masih terperangkap di dalam terowong yang mula mengeluarkan asap selepas panel siling konkrit jatuh di atas jalan raya, dihentikan berikutan kebimbangan ia mungkin menyebabkan satu lagi runtuhan.      Lima mayat ditemui setakat ini, kata rangkaian televisyen Fuji dan Asahi.   7 orang hilang Terdahulu Jabatan Bomba berkata sekurang-kurangnya tujuh orang dikhuatiri hilang dalam runtuhan terowong sepanjang 4.7 kilometer di daerah Yamanashi, kira-kira 80 kilometer barat ibu kota ini di Lebuh Raya Chou, jalan utama menghubungkan ibu kota ini ke barat Jepun. Asap tebal keluar “Asap tebal keluar seolah-olah menutupi keseluruhan pergunungan,” kata saksi Kiyoko Toyomura kepada agensi berita Kyodo.  Bomba berkata kebakaran dipadamka...

Israel Balas Dendam

Image
Delegates meraikan keputusan PBB Luluskan pembinaan 3,000 rumah baru di Tebing Barat Washington: Beberapa jam selepas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengundi untuk memberikan pengiktirafan negara kepada Palestin, Israel kelmarin bertindak balas dengan mengumumkan ia membenarkan pembinaan 3,000 rumah baru peneroka haram Yahudi di Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur.   Pegawai, yang enggan dikenali, berkata kerajaan juga memutuskan untuk mempercepatkan kerja untuk beribu lagi rumah di kawasan sensitif dari segi geografi berhampiran Baitulmaqdis yang disifatkan pengkritik akan membunuh harapan Palestin untuk menubuhkan negara berdaulat.  Amerika Syarikat mengkritik tindakan itu dan menyifatkan ia sebagai halangan kepada usaha damai.    “Berikutan pengumuman hari ini, saya ingin menegaskan pentadbiran ini seperti pentadbiran terdahulu, menjelaskan kepada Israel aktiviti ini menjadi penghalang kepada rundingan damai,” k...

Gadis bakar al-Quran di dapati tak bersalah

Image
Masih ingat tak lagi dengan gadis kat sebelah ni yang telah di dakwa kerana membakar al-quran pada Ogos lalu. Beliau telah dibebaskan dengan ikat jamin pada September lalu dan polis memberitahu, gadis itu tidak bersalah.  Sebaliknya, seorang ulama yang membuat tuduhan tersebut terhadap dirinya perlu dihadapkan ke mahkamah.  hmmm camne tu... Details kat sini k

(8 Gambar) Gencatan Senjata legakan penduduk Gaza ?

Image
Israel dan Hamas bersetuju pada Rabu untuk gencatan senjata yang ditaja oleh Mesir pada hari kelapan .     Ramai penduduk Gaza yang meraikan pengumuman itu di jalan raya. Mereka  bertepuk tangan, melaungkan Allah Hu Akbar, dan mengibarkan bendera.     Walaubagaimanapun,  letupan bom di dalam bas di Tel Aviv yang mencederakan sekurang-kurangnya 15 orang , serta serangan udara Israel yang berterusan , dilihat mungkin gagal untuk merealisasikan usaha tersebut .      sumber