Breaking News

Sunday, December 2, 2012

Israel Balas Dendam

UN General Assembly grants upgraded status for Palestine, New York, America - 29 Nov 2012
Delegates meraikan keputusan PBB


Luluskan pembinaan 3,000 rumah baru di Tebing Barat

Washington: Beberapa jam selepas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengundi untuk memberikan pengiktirafan negara kepada Palestin, Israel kelmarin bertindak balas dengan mengumumkan ia membenarkan pembinaan 3,000 rumah baru peneroka haram Yahudi di Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur.

  Foto

Pegawai, yang enggan dikenali, berkata kerajaan juga memutuskan untuk mempercepatkan kerja untuk beribu lagi rumah di kawasan sensitif dari segi geografi berhampiran Baitulmaqdis yang disifatkan pengkritik akan membunuh harapan Palestin untuk menubuhkan negara berdaulat. 

Amerika Syarikat mengkritik tindakan itu dan menyifatkan ia sebagai halangan kepada usaha damai. 

 Constructing communities: Israel revealed plans to build 3,000 more settlement homes and accelerating the planning process for another 1,000 (pictured is a construction site in the West Bank Jewish settlement in 2011)

“Berikutan pengumuman hari ini, saya ingin menegaskan pentadbiran ini seperti pentadbiran terdahulu, menjelaskan kepada Israel aktiviti ini menjadi penghalang kepada rundingan damai,” kata Setiausaha Negara Amerika, Hillary Clinton.

Beliau bercakap di forum di Washington yang dihoskan oleh Pusat Saban bagi Dasar Asia Barat, kepada penonton termasuk Menteri Luar Israel, Avigdor Lieberman dan Menteri Pertahanan rejim, Ehud Barak.

Opposed to work: The Palestinians are firmly opposed to construction, arguing that it will cut the West Bank in half, preventing the formation of a joining Palestinian state (stock picture in East Jerusalem in 2011)

Perdamaian menyeluruh

“Penyelesaian paling baik bagi kebuntuan di Gaza adalah perdamaian menyeluruh antara Israel dan Palestin, diketuai wakil sah mereka, Pihak Berkuasa Palestin,” katanya. 

 
Jubilant: Members of the Palestinian delegation and others join Palestinian President Mahmoud Abbas by applauding during a meeting of the United Nations General Assembly after the vote

Pentadbiran Presiden Barack Obama cuba menghentikan usaha Palestin mendapatkan pengiktirafan di PBB, berkata ia cuma meletakkan satu lagi halangan dalam laluan mencapai keamanan dan negara cuma boleh wujud menerusi rundingan dengan Israel.

“Undian minggu ini memberikan kita masa berhenti sekejap. Semua pihak perlu mempertimbangkan dengan hati-hati laluan di depan. Kita perlu bekerjasama mencari jalan seterusnya dalam rundingan yang boleh mencapai matlamat penubuhan dua negara. Ia matlamat utama kita.

Agreement: The United Nations General Assembly has agreed to recognise a Palestinian state. Earlier Palestinian President Mahmoud Abbas addressed the United Nations General Assembly at UN Headquarters, in New York

“Jika kedua-dua pihak bersedia memulakan rundingan secara langsung untuk menyelesaikan konflik, Presiden Obama akan menjadi rakan mereka,” katanya. 

Dalam sesi soal jawab yang menyusul kenyataannya, Clinton berkata beliau mahu Israel mencapai kedudukan moral yang tinggi.

Israeli Prime Minister Benjamin Netanyahu said the vote is meaningless 
PM Israel mengangap pengiktirafan PBB tidak memeberi sebarang makna kepada Israe

“Saya rasa jika seseorang tidak boleh mencapai perjanjian yang menyelesaikan semua isu sukar ini, Israel perlu mencuba. Ia memberikan Israel kedudukan moral tinggi yang saya mahu ia capai,” katanya. - AFP 


4 comments:

  1. Dah dasar Yahudi..inilah peel dia...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup Hanif..too bad for Palestine. Lets pray for them..

      Delete
  2. and the dead will arise in the land of the holy....died a matyr shaheed to the palestines babies and toddlers of whom known nothing of this despicable world

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..May ALLAH Blessed all of them !!!

      Delete

Designed By