Posts

Showing posts from August, 2014

Quote Of The Day

Image
  Quote Of The Day A Beautiful person is, A person with a good heart. If you have a good heart, There is no way, You can ever be ugly Have A Good & Blessed Monday Everyone!!!  1. Menarik..You all Kena Join 2. Hadiah Misteri Untuk Semua 3. Tawaran Hebat Untuk Rakyat Malaysia 4. Teknologi Terkini Untuk Semua 5. Dah Popular Sejak Tahun 2000 6. Rahsia Jimatkan Minyak Petrol    7. Rugi Kalau Tak Cuba

Semangat Merdeka Rakyat Malaysia (10 Gambar)

Image
  Semangat Kemerdekaan Rakyat Malaysia Tiga Amanat Perdana Menteri Sempena Hari Kemerdekaan ke 57:  1. Mengukuhkan solidariti rakyat Malaysia dalam menghadapi pahit getir cabaran, berdepan dengan dugaan, termasuk kebersatuan dalam kesedihan.   2. Memupuk keyakinan bahawa kita mampu mencapai apa jua cita-cita sebagai sebuah negara bangsa jika wujudnya kebersatuan. 3. Mewariskan sebuah Malaysia yang makmur lagi sejahtera.  Merdeka, Merdeka, Merdeka 1. Menarik..You all Kena Join 2. Hadiah Misteri Untuk Semua 3. Tawaran Hebat Untuk Rakyat Malaysia 4. Teknologi Terkini Untuk Semua 5. Dah Popular Sejak Tahun 2000 6. Rahsia Jimatkan Minyak Petrol    7. Rugi Kalau Tak Cuba

Kejam: Di Bakar Hidup-Hidup Untuk Buang "Roh Jahat"

Image
   Isteri & Anak Mangsa yang Di Bakar Hidup-Hidup Kejam..memang sangat kejam. Seorang lelaki dibunuh kejam dihadapan isteri dan anaknya yang berusia 15 tahun, semata-mata ingin mengusir roh jahat dari dalam dirinya. Hmm...   Kejadian ngeri ini berlaku di sebuah daerah  di utara India. Mangsa yang dikenal pasti sebagai Brijlal , telah pergi ke sebuah ashram untuk meminta bantuan bagi mengusir "roh jahat" yang mengganggu anaknya. Di sini beliau bertemu seorang wanita bernama Parvati , yang dikatakan pakar membuang roh jahat. Malang tidak berbau, apabila si pembuang roh jahat yang dikenali sebagai ahli sihir , telah mengarahkan enam pembantu beliau untuk menikam lelaki tersebut dengan trisula dan kemudian memenggal tangannya dengan kapak . Selepas itu, mereka dilaporkan menyimbah  badan lelaki tersebut  dengan minyak tanah sebelum dibakar hidup-hidup. Dalam kejadian ngeri itu, si pelaku memaksa isteri mangsa dan anaknya menonton dan

Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta

Image
  Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta Di Kesempatan ini, kita ingin mengucapkan Salam Kemerdekaan yang ke 57 untuk semua pembaca Blog Santai. Merdekakan diri dan jiwa kita dari segala yang perkara yang negatif dan bangkit untuk terus maju ke hadapan. Ingat detik 12.00 malam 31 Ogos 1957, adalah tarikh keramat yang telah diperjuangkan oleh wira-wira negara kita yang terdahulu. Detik inilah lahirnya sebuah cinta kepada negara kita Malaysia yang merdeka. Jangan kita menoleh ke belakang dan musnahkan apa yang telah kita kecapi 57 tahun yang lalu. Jom sama-sama kita pelihara kemerdekaan ini. Ingat kita semua adalah penyambung warisan.   Salam Kemerdekaan Yang Ke 57 Untuk Semua Lirik Lagu Warisan – Sudirman   Di sini lahirnya sebuah cinta Yang murni abadi sejati Di sini tersemai cita cita Bercambah menjadi warisan   [Chorus]   Andai ku terbuang tak diterima Andai aku disingkirkan Ke mana harusku bawakan Ke mana harusku semaikan ci

Jangan Menunggu 10 Perkara Ni Ya

Image
   Jangan Menunggu 10 Perkara Ni Ya Salam Sabtu untuk pembaca Blog Santai. Sekadar renungan bersama. Jika kita ingin menjadi manusia yang lebih baik dan sempurna, jangan menunggu 10 perkara ni ya... 1. Jangan menunggu waktu luang untuk Tuhan, Tapi luangkan waktu untuk Tuhan, 2. Jangan menunggu kaya baru bersedekah, tapi bersedekahlah, maka kita semakin kaya. 3. Jangan menunggu berjaya baru bersyukur tapi bersyukurlah, maka kita akan berjaya. 4. Jangan menunggu bahagia baru tersenyum, tapi tersenyumlah, maka kita akan bahagia. 5. Jangan menunggu dipedulikan orang baru kita peduli. Tapi pedulilah dengan orang lain, maka, kita  akan dipedulikan. 6. Jangan menunggu orang memahami kita, baru kita memahami dia. Tapi fahamilah orang itu, maka dia akan faham dengan kita. 7. Jangan menunggu projek, baru bekerja, tapi bekerjalah, maka projek akan menunggumu. 8. Jangan menunggu dicintai baru mencintai, tapi belajarlah mencintai, maka kita akan dicintai. 9. Jangan menung

Renungan Sebelum Tidur

Image
  Pendakwah OKU Arab Saudi bukti tekad tewaskan kecacatan fizikal, malah hafal  30 juzuk al-Quran. Di mana kedudukan kita yang dilahirkan sempurna ya? 1. Menarik..You all Kena Join 2. Hadiah Misteri Untuk Semua 3. Tawaran Hebat Untuk Rakyat Malaysia 4. Teknologi Terkini Untuk Semua 5. Dah Popular Sejak Tahun 2000 6. Rahsia Jimatkan Minyak Petrol    7. Rugi Kalau Tak Cuba

GAZA : Cerita Di Sebalik Genjatan Senjata

Image
Penduduk Palestin Meraikan Genjatan Senjata GAZA : Cerita Di Sebalik Genjatan Senjata Genjatan sejata tanpa had yang diumumkan dua hari yang lalu, adalah berita yang paling ditunggu-tunggu oleh semua rakyat Palestin setelah mengharungi tujuh minggu pertempuran yang paling dahsyat yang telah mengorbankan hampir 2100 orang penduduk awam, 64 tentera dan 6 orang penduduk Israel. Ramai yang mengucapkan syukur kepada Allah dan menganggap gencatan senjata itu amat bererti dan merupakan kejayaan paling besar buat semua rakyat Palestin termasuk kanak-kanak dan penduduk awam yang telah kehilangan nyawa. Mengapa mereka begitu bersyukur. Apakah kandungan Pelan Damai Yang Di taja oleh Mesir? Jom kita tengok: Pelan Damai Genjatan Senjata Di Antara Rejim Zionis Israel & Palestin (Klik SINI Untuk Besarkan Imej) Kalau dilihat daripada perjanjian di atas, sememangnya amat baik dan di alu-alu kan. Ianya memberi harapan baru kepada hampir 1.8 juta penduduk palestin di T

Kisah Buah Delima Dan Sedekah Yang Ikhlas

Image
    Kisah Buah Delima Dan Sedekah Yang Ikhlas Kisah Buah Delima Dan Sedekah Yang Ikhlas Salam Jumaat untuk semua pembaca Blog Santai. Last night kita ada baca kisah menarik yang dikongsikan dalam group whazzup we all tentang kisah buah delima dan juga sedekah yang ikhlas. Dan pagi ni kita nak kongsikan kisah ini dengan semua, supaya kita semua dapat belajar sesuatu daripada kisah ini. In Shaa Allah. Dikisahkan oleh Ka’ab bin Akhbar, Ketika Siti Fatimah Az Zahra, Puteri Rasulullah SAW, yang juga isteri kepada Sayidina Ali bin Abi Thalib sakit, ia ditanya oleh Sayidina Ali,  " Wahai Fatimah, adakah engkau menginginkan sesuatu?” “Wahai Suamiku, aku ingin sekali buah delima”, Jawabnya. Sayidina Ali termenung, ia tidak memiliki wang sedikitpun. Namun, ia segera berangkat dan berusaha untuk mencari wang satu dirham untuk mendapatkan buah delima yang diinginkan isterinya itu. Akhirnya Sayidina Ali mendapatkan wang itu dan kemudian ia pergi ke pasar untuk mem

Sengkuang Calit RM0.30

Image
  Sengkuang Calit RM0.30 Tadi kita ada baca satu artikel dekat star online mengenai Sengkuang Calit.. Hmmm..sebenarnya inilah kali pertama kita dengar nama "Sengkuang Calit" ni.  Sengkuang memang dah selalu dengar coz kita suka makan rojak. Kalau ikutkan kebiasaan, sengkuang adalah antara elemen utama yang ada dalam rojak. Memang best... Cuma yang lebih best lagi bila baca artikel tu sengkuang calit yang dijual disebuah gerai di Bukit Mertajam, ni memang sangat sedap. Istimewanya sengkuang calit ni di s apu kuah rojak dan ditabur dengan kacang tumbuk. Harganya pula hanya RM0.30. Murahkan. Kalau tengok dari gambar memang menarik.   Lai Chi Kang Selain daripada sengkuang, gerai milik Mimi ni juga turut menjual Laichikang pada harga yang sangat berpatutan. Semangkuk laichikang yang mengandungi bahan seperti buah laici, kacang, buah nipah, biji selasih, cincau, agar-agar, getah anggur dan pelbagai bahan lagi dijual dengan harga RM1.00 semangkuk. So kalau

Bom Perkataan Larangan

Image
  Bom Perkataan Larangan Bila Naik Pesawat  BOM Perkataan Larangan Rasanya ramai yang dah tau mengenai penerbangan pesawat Malindo Air ke Pulau Pinang dua hari yang lalu tergendala selama beberapa jam berikutan ancaman bom . Apabila bercakap mengenai ancaman bom, pasti apa yang kita bayangkan ianya merupakan satu ugutan. Tapi jangan tak tau, perkataan "BOM" aje yang dilafazkan semasa pemeriksaan atau dalam pesawat sudah cukup sensitif. Ianya sudah dikira satu ancaman.   Itulah yang berlaku dalam kejadian pukul 3.40 petang selasa yang lepas. Pesawat Malindo Air ke Pulau Pinang terpaksa ditangguhkan selepas seorang daripada penumpang mengeluarkan perkataan 'bom' kepada petugas Malindo Air semasa proses pemeriksaan pas pelepasan di pintu pesawat. Semasa pemeriksaan, lelaki itu menunjukkan pas pelepasan sambil berkata "kenapa nak periksa sekali lagi, bukan ada bom pun".   Perkataan itu sebenarnya telah "mencetuskan ancaman keselam

Mulakan Pagi Dengan Doa Ni

Image
Mulakan Pagi Dengan Doa Ni Ya Allah, Cukupkan kami dengan rezeki yang halal, Sehingga kami tidak tamak kepada, Perkara-perkara yang haram, Juga sempurnakan kami dengan segala kelebihan (pemberian) MU, Sehingga kami tidak mengharapkan (kepada), Selain daripada MU.  Aminnnn 1. Menarik..You all Kena Join 2. Hadiah Misteri Untuk Semua 3. Tawaran Hebat Untuk Rakyat Malaysia 4. Teknologi Terkini Untuk Semua 5. Dah Popular Sejak Tahun 2000 6. Rahsia Jimatkan Minyak Petrol    7. Rugi Kalau Tak Cuba

Rakan Google Plus Blog Santai Yang Ke 5000

Image
Rakan Google Plus Blog Santai Yang Ke 5000 Alhamdulillah I feel honored & blessed today. M y Google Plus's circle of friends dah cecah 5000 orang, Setelah 1.5 tahun registered . Thank you so much guys coz sudi add in Blog Santai in your circle . To those who have yet to be my circle friends, you are most welcome. Just klik kat sini k: Google+ . Kalau you all belum lagi ada account Google Plus, boleh register sekarang. Kalau tak tau macammana nak register, you all boleh refer kat SINI . Sebenarnya banyak Kebaikan Yang Ada Pada Google Plus. Tak rugi kalau you all register and become an active member . Antaranya: 1. Ianya Membantu mempercepatkan Proses penyenaraian sesebuah Blog/Entry kedalam Google Search Engine . 2. Google Plus bersifat Dofollow 3. Dapat memperbaiki Alexa Ranking  Blog you all.   Nak tau details mengenai kebaikan kat atas ni, you all boleh refer kat Sini : Kebaikan Google Plus dan juga kat Sini

Jalan-Jalan Ni Bakal Di Tutup Mulai Hari Ni

Image
Jalan-Jalan Ni Bakal Di Tutup Sempena Sambutan Hari Kemerdekaan Ke 57 1. Hadiah Misteri Untuk Semua 2. Tawaran Hebat Untuk Rakyat Malaysia 3. Teknologi Terkini Untuk Semua 4. 8 Sebab Kenapa perlu Derma Darah 5. Rahsia Jimatkan Minyak Petrol    6. Rugi Kalau Tak Cuba 7. Bahaya..Jangan Cuba

7 Kunci Kebahagiaan Dalam Hidup

Image
7 Kunci Kebahagiaan Dalam Hidup 7 Kunci Kebahagiaan Dalam Hidup Setiap dari kita inginkan kebahagiaan dalam hidup . Namun tak semua yang berupaya memilikinya. Tapi kita tak boleh putus asa kerana mungkin ada perkara yang belum kita lakukan untuk mencapai kebahagiaan tersebut. So kena sentiasa muhasabah diri. Tanya pada diri kita, adakah sifat-sifat di bawah ada dalam diri kita: 1. Tidak membenci sesiapapun walau ada yang menyalahi hak kita 2. Tidak pernah bersedih secara berlebihan sekalipun masalah memuncak, 3. Sentiasa bersederhana dalam hidup 4. Sentiasa berbuat kebaikan sekalipun banyak musibah 5. Tidak pernah lokek untuk memberi walaupun kita sendiri bukanlah sesenang mana 6. Berusaha untuk sentiasa tersenyum biarpun hati sedang menangis 7. Tidak sesekali memutuskan tali persaudaraan antara orang mukmin. Jika ada, Alhamdulillah. Jika belum jom sama-sama kita perbaiki diri. Semoga kebahagiaan itu bakal menjadi milik kita. In Shaa Allah. 1. Ha

8 Kebaikan Derma Darah

Image
  8 Sebab kenapa perlu Derma Darah 8 Kebaikan Derma Darah You all pernah derma darah tak? Pada yang telah menderma. Alhamdulillah. Darah yang didermakan mungkin telah menyelamatkan ribuan nyawa tanpa kita ketahui. Pada yang belum, jangan rasa rendah diri k. Masih belum terlewat untuk berbakti sambil menikmati 8 kebaikan luar biasa seperti kat bawah ni:   1 . Derma Darah Mengurangkan Berat Badan   Percaya atau tidak, menderma darah boleh mengurangkan berat badan. Setiap kali menderma darah kita akan m embakar 650 kalori serta kehilangan satu paun bagi setiap pain darah yang diderma.   2. Pemeriksaan Kesihatan Percuma Sewaktu  kempen derma darah diadakan, penderma akan memperolehi khidmat kesihatan percuma. Maklumat  penting tentang jenis darah kita, tekanan darah, tahap kolesterol, dan banyak lagi akan dimaklumkan kepada penderma secara percuma. 3. Menerima Rawatan di Wad Hospital Kelas Pertama Jika kita dimasukkan ke hospital untuk apa-apa seb

AirAsia Tawar 3 Juta Tempat Duduk Percuma

Image
  AirAsia tawar 3 juta tempat duduk percuma AirAsia Tawar 3 Juta Tempat Duduk Percuma Kalau you all dah miss offer yang sebelum ni atau plan nak travel lagi mulai 1 Mac hingga 24 October 2015, AirAsia kembali lagi dengan promosi tiga juta tempat duduk percuma untuk semua pengguna. Promosi ini melibatkan penerbangan AirAsia dan AirAsia X ke pelbagai destinasi domestik dan antarabangsa dengan harga serendah RM34 bagi penerbangan domestik manakala RM299 bagi penerbangan antarabangsa jarak jauh. Tempahan tiket boleh dibuat di  SINI mulai semalam hingga 31 Ogos 2014 . So jangan lepaskan peluang ni k. 1. Hadiah Misteri Untuk Semua 2. Tawaran Hebat Untuk Rakyat Malaysia 3. Teknologi Terkini Untuk Semua 4. 8 Sebab Kenapa perlu Derma Darah 5. Rahsia Jimatkan Minyak Petrol    6. Rugi Kalau Tak Cuba 7. Bahaya..Jangan Cuba Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/airasia-tawar-

MH17: Apa Kata Datuk Kapten Missman Leham

Image
  Apa Kata Datuk Kapten Missman Leham Perjalanan Pulang Yang Penuh Emosi. Bila kita baca artikel mengenai perasaan Datuk Kapten Missman Leham, juruterbang MAS yang bertanggungjawab membawa pulang 20 jenazah mangsa MH17, Jumaat lalu, kita boleh bayangkan betapa sukarnya perjalanan beliau selama 12 jam menggunakan pesawat khas MH6129, dari Amsterdam Ke KLIA. Jika dalam penerbangan biasa yang dibawa hanyalah penumpang, kali ini amat berbeza. Yang dibawa adalah jasad rakan-rakan seperjuangan yang telah pergi dalam keadaan yang begitu menyedihkan.   Dan beliau mengakui sangat terharu diberi peluang menggalas tugas besar itu. Ianya bukanlah sesuatu yang mudah kerana harapan tinggi yang disandarkan ke atas bahu beliau oleh sanak saudara yang telah menanti hampir 37 hari setelah kejadian berlaku. Pastinya, penerbangan tersebut adalah perjalanan yang penuh emosi yang tak akan beliau lupakan dalam hidupnya. Inilah luah

Rahsia Hilangkan Kesusahan

Image
  Rahsia Hilangkan Kesusahan "La Ilaha Illa Anta Subhanaka Inni Kuntu Minaz Zalimin", ( Tidak ada Tuhan yang sebenarnya disembah melainkan Engkau, ya Allah. Maha Suci engkau, sesungguhnya aku adalah dari orang yang membuat zalim.) Bacalah selalu ayat di atas dengan niat yang ikhlas, kerana kalimah ini memiliki seribu rahsia untuk menghilangkan segala kesusahan. 1. Hadiah Misteri Untuk Semua 2. Teknologi Hebat Untuk Rakyat Malaysia 3. 5 Perkara Yang You All Perlu Tau 4. Rahsia Jimatkan Minyak Petrol    5. Rugi Kalau Tak Cuba 6. Satu Dalam Seribu   7. Bahaya..Jangan Cuba