GAZA : Cerita Di Sebalik Genjatan Senjata

'Victorious': Hamas spokesman Fawzi Barhoum (centre) is carried by Palestinians as they celebrate what they said was a victory over Israel following the ceasefire
Penduduk Palestin Meraikan Genjatan Senjata

GAZA : Cerita Di Sebalik Genjatan Senjata


Genjatan sejata tanpa had yang diumumkan dua hari yang lalu, adalah berita yang paling ditunggu-tunggu oleh semua rakyat Palestin setelah mengharungi tujuh minggu pertempuran yang paling dahsyat yang telah mengorbankan hampir 2100 orang penduduk awam, 64 tentera dan 6 orang penduduk Israel. Ramai yang mengucapkan syukur kepada Allah dan menganggap gencatan senjata itu amat bererti dan merupakan kejayaan paling besar buat semua rakyat Palestin termasuk kanak-kanak dan penduduk awam yang telah kehilangan nyawa. Mengapa mereka begitu bersyukur. Apakah kandungan Pelan Damai Yang Di taja oleh Mesir? Jom kita tengok:

Pelan Damai Genjatan Senjata Di Antara Rejim Zionis Israel & Palestin
(Klik SINI Untuk Besarkan Imej)

Kalau dilihat daripada perjanjian di atas, sememangnya amat baik dan di alu-alu kan. Ianya memberi harapan baru kepada hampir 1.8 juta penduduk palestin di Tebing GAZA yang telah kehilangan ahli keluarga serta berdepan dengan kerosakan harta benda sepanjang 50 hari perperangan. Namun sejauh manakah kedua-dua pihak mampu memegang perjanjian ini. Atau dalam lain perkataan selama manakah genjatan senjata tanpa had ini mampu bertahan. Knowing Zionis, mereka bukanlah puak yang akur dengan kekalahan. Pasti ada strategi lain yang sedang diatur.

Hanya doa yang mampu kita pohon dari Allah semoga keadaan tenang selepas perperangan ini berkekalan, walaupun kita baca kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak Hamas bahawa perperangan sebenarnya belum berakhir.

Bagi Pejuang Hamas dan kumpulan sayapnya, mereka menyifatkan peperangan antara Palestin dan Israel yang tercetus 50 hari itu sesuatu yang tidak boleh dilupakan atau dimaafkan. Pemimpin Jihad Islam Ramadan Shallah berkata, peperangan itu terpaksa dibalas bagi melindungi penduduk Palestin selepas diserang rejim Zionis bertali arus.

"Penduduk dunia selama ini menyangka kami hanya mampu bertahan sejam sahaja. Kini, kami buktikan bahawa kami mampu bertahan kira-kira dua bulan sebelum Israel tunduk kepada kami,“ katanya.

Menurutnya, peperangan ini belum berakhir dan sehingga kini pejuang Palestin kekal bertahan dan waspada.
1. Menarik..You all Kena Join

Comments

  1. thanks untuk info ini... sangat berguna :)

    ReplyDelete
  2. Allah maha mengetahui. .Semoga pertolonganNya dan doa kita sentiasa beraama Gaza

    ReplyDelete
  3. moga genjatan senjata sampai bila2
    kesian pd mereka yg menjd mangsa
    jemput singgah:
    http://bontokje.blogspot.com/2014/08/mini-merdeka-giveaway.html

    ReplyDelete
  4. salam. terima kasih share ya sis.. semoga mereka sentiasa dilindungi..

    ReplyDelete
  5. Yes we know Zionis - otaknya penuh dengan agenda jahat.
    Mereka sengaja mencetuskan punca berbalahan & kemudian menyifatkan ia dimulakan oleh orang Islam. Puak yang zalim!!!
    Semoga Allah memberi kekuatan kepada seluruh umat Islam di dunia.
    P/S: Kalau dah boikot barangan Israel tu harap tak berhenti separuh jalan je.
    Teruskan boikot. Pleaselah jangan nak tambah semula DANA PERANG ZIONIS. Kita taktau siapa pulak Zionis nak SERANG lepas ni.
    Berwaspada okey!!

    ReplyDelete
  6. tak boleh nak hepi sangat, Israel nk agendanya banyak.. apapun, kita kena bersyukur.. sekurang2nya tiada lagi mangsa berdarah di bumi gaza

    ReplyDelete
  7. with one word, DOA... adalah senjata yg paling power yg kita ada. so lets pakatx berdoa bykx...

    ReplyDelete
  8. zionis x blh dipercayai langsung

    mesir hmm susah nak percaya kerajaan mesir ne..

    ReplyDelete
  9. kita tahu mereka akan merancang strategi yang lain :)
    semoga penduduk Palestine dilindungi, kesian sangat... azab diorang kat sana...

    ReplyDelete
  10. Walaupun Gaza menang, kita kena sentiasa berwaspada kerana Israel sentiasa berfikir dengan jalan kotor untuk menghancurkan palestin.

    ReplyDelete
  11. Semoga saudara2 kita di sana sentiasa dilindungi...aamiin

    ReplyDelete
  12. Pelan damai & gencatan senjata ni rasanya dah bnyk kali berlaku. Ia bukan sesuatu yg dpt diraikan spt majlis hari jadi kerana Zionis pasti sentiasa mahukan yg terbaik utk mereka juga. Semoga Allah sentiasa melindungi Gaza, rakyat Palestin & seluruh umat Islam... aamiin.

    ReplyDelete
  13. smoga Allah sentiasa melindungi gaza..:) Aminn

    ReplyDelete
  14. semoga rakyat2 disana terbela.. semuanya hanya tipu helah zionis

    ReplyDelete
  15. Teruskan doa dan teruskan boikot... Zionis xkn sesekali mngaku kalah..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Renungan Pagi Jumaat