Posts

Showing posts with the label Fakta Menarik Hari Ini

Istimewanya Lipas

Image
  Istimewanya Lipas Istimewanya Lipas You all tau tak lipas adalah antara binatang istimewa yang dijadikan Allah. Dia  boleh hidup selama beberapa minggu tanpa kepala . Ini kerana tekanan darah lipas berbeza dari manusia dan binatang-binatang lain. Jika kepala lipas putus, d arah   terus beku dan tidak mengalir. Ini yang menyelamatkan lipas dari mati. Setelah kepalanya putus,  lipa s akan hidup selama sekurang-kurangnya sembilan hari tanpa kepala sebelum ia mati kebuluran.  Selain tu, lipas juga masih boleh bernafas setelah kepalanya putus kerana Pernafasan lipas tidak dikawal oleh otak seperti manusia. Mereka bernafas melalui bahagian-bahagian yang berlainan di badannya. Unikkan kejadian Allah ni. p/s: Darah lipas warna apa ya? 1. Pilihan Blogger Malaysia 2. Istimewa Untuk Rakyat Malaysia   3. Ramai Orang Sukakan Ni   4. Bahaya..Jangan Cuba   5 . Menarik..Mesti Tengok 6. Pilihan Terbaik Untuk Ra...

Statistik 10 Negara Terbesar Di Dunia

Image
10 Negara Terbesar Di Dunia (Klik Untuk Besarkan Imej) 10 Negara Terbesar Di Dunia Koleksi Fakta Menarik Blog Santai hari ni berkongsi statistik tentang 10 negara terbesar di Dunia. Sebelum ni kalau you all ingat, kita ada berkongsi fakta mengenai Negara Terkecil Di Dunia . Bukan Singapura ya tapi Vatican City. Rusia Negara Terbesar Di Dunia Dari segi turutan, Rusia mendahului carta sebagai negara terbesar di dunia dengan keluasan 17 juta km persegi. Penduduknya pula adalah seramai 177 juta. Negara terbesar kedua adalah Kanada dengan keluasan 9.9 juta km persegi serta penduduk seramai 32 juta orang . You all perasan tak, penduduk Kanada hampir dengan Malaysia yang kini mempunyai 30 juta penduduk. Tapi keluasan Malaysia hanya 0.33 juta persegi. Bezakan dari segi kepadatan.   China Negara Dengan Jumlah PendudukTeramai Di Dunia China Negara Teramai Di Dunia China merupakan negara keempat terbesar didunia dengan keluasan 9.95 juta km perse...

Burung kakak Tua Di Eiffel Tower

Image
Burung Kakak Tua Burung Kakak Tua Di Eiffel Tower You all tau tak terdapat dua jenis binatang dalam dunia ni yang yang boleh melihat apa yang berlaku di belakang mereka tanpa memusingkan kepala. Dua binatang tu adalah Burung Kakak Tua dan Arnab.  Disebabkan keistimewaan inilah burung kakak tua dipilih untuk menjadi pemerhati angkasa semasa perang dunia pertama.   Pada ketika itu, burung kakak tua ditempatkan di Eiffel Tower di Perancis untuk mengesan kedatangan kapal terbang sebelum bunyi dan penglihatannya dikesan manusia. Hebatkan ciptaan Allah ni. 1. Rahsia Wanita  2. Rahsia Yang Kita Semua Perlu Tau    3.  Rahsia Di Sebalik Senyuman    4 . Mesti Baca   5 . Apa Kata Mereka 6. Amaran Untuk Rakyat Malaysia   7. Ramai Yang Suka Buat Ni

Negara Terkecil Di Dunia

Image
   Vatican City Negara Terkecil Di Dunia You all tau tak negara apa terkecil di dunia? Pada yang tak tau, negara terkecil di dunia adalah Vatican City . Ianya berukuran hanya 0.2 batu persegi dan dikelilingi oleh Bandar Rom Di Italy. Vatican City telah diisytiharkan sebuah negara merdeka sejak tahun 1929. Vatican City pada umumnya dikenali sebagai Holy City oleh penganut agama kristian. Ianya didiami oleh lebih kurang 800 orang dimana h ampir 75 peratus daripada rakyat Vatican adalah ulama kristian. Vatican City merupakan pusat pentadbiran Gereja Roman Katolik sedunia.      Rusia Negara Terbesar Di Dunia Jika Vatican City adalah yang terkecil dunia, Rusia adalah negara yang terbesar di dunia. Ia meliputi hampir satu persembilan kawasan daratan di seluruh dunia . Rusia juga adalah negara kesembilan teramai penduduk dengan 143 juta orang.  Wilayahnya menjangkau seluruh Asia utara dan 40% tanah Eropah. Rusia memiliki rizab gal...

Kuasa Hidung Manusia

Image
Kuasa Hidung Manusia Kuasa Hidung Manusia Rasanya ramai yang tau, berdasarkan kajian hidung manusia hanya boleh menghidu kira-kira 10,000 jenis bau. Dan keupayaan ni adalah lebih rendah berbanding fungsi mata dan pendengaran. Mata manusia mempunyai tiga saraf deria yang berupaya membezakan berjuta-juta warna, dan telinga pula berupaya membezakan 340,000 bunyi.  Namun kajian terbaru oleh saintis AS, mendapati hidung manusia sebenarnya boleh menghidu sekurang-kurangnya satu trilion bau yang berbeza , sekali gus menunjukkan deria bau manusia sebenarnya lebih hebat berbanding mata dan telinga.     Kehebatan Otak Manusia Kuasa Otak Manusia Hebat sungguh kejadian manusiakan. Tapi agak-agaknya dari jutaan warna dan bau ni, berapa banyak yang pernah kita semua kenalpasti. Macam tak banyak ajakan. Itu belum lagi mengira keupayaan otak manusia yang mampu menyimpan 256 billion GB memori. Subhanallah..Yang pasti kita semua dah underutilsed anugerah Allah....

Asal Perkataan OK

Image
OK Asal Perkataan Ok Kita selalu sebut OK kan, tapi you all tau tak OK tu actually asal dari mana? Sebenarnya banyak speculation mengenai sejarah OK ni.  Antara yang menarik adalah dikatakan perkataan Ok bermula dari satu peristiwa dimana semua bekalan makanan yang dibawa dengan kapal semasa Perang Dunia Pertama rosak, kecuali dari OKlahoma, Amerika Syarikat.  Bagi memudahkan penyelenggaraan, setiap makanan itu ditanda OK singkatan (OKlahoma). Sejak itu semua yang baik dikatakan OK. Singkatan itu kekal hingga ke hari ini. Logic tak ? Ok lah kan... 1. Rahsia Wanita  2. Rahsia Yang Kita Semua Perlu Tau    3.  Rahsia Di Sebalik Senyuman    4 . Mesti Baca   5 . Apa Kata Mereka 6. Amaran Untuk Rakyat Malaysia   7. Ramai Yang Suka Buat N i

Inilah Pencipta Asal Peta Dunia

Image
Piri Reis  Piri Reis,  Pencipta Asal Peta Dunia Suatu ketika dulu kita pernah berkongsi cerita mengenai kisah menarik peta dunia di Blog Santai Bloglist. Sebenarnya pada yang belum tau, p eta dunia tertua ada disimpan di Muzium Semitik di Harvard, Amerika Syarikat. Ia adalah  kepingan tanah liat  yang dibuat oleh masyarakat Babilona bertarikh 2500 sebelum Masihi.  Itu yang direkodkan. Namun semalam kita terbaca kisah ilmuan Islam dan reka cipta mereka yang tidak diiktiraf. Dan salah seorang daripadanya adalah Piri Reis yang berbangsa Turki. Beliau adalah   pencipta awal peta dunia yang lengkap yang dibuat pada tahun 1513.  Para satelit barat yang melihat peta tersebut yang dibuat diatas sepotong kulit rusa berukuran 90×65 centimeter memang sangat teruja kerana ianya digambarkan begitu lengkap dan terperinci.  Peta Dunia Nukilan Piri Ries Peta Dunia Lengkap Dan Terperinci Hasil perbandingan dengan apa yang mereka...

Gunung Berapi Ini Bakal Meletus Bila-Bila Masa!!!

Image
  Gunung Berapi Mauna Lao Gunung Berapi Mauna Lao Mauna Lao di Hawai adalah merupakan gunung berapi paling besar dalam sejarah dunia. Keluasannya hampir meliputi setengah daripada Pulau Hawai iaitu 5,271km persegi dengan ketinggian melebihi 4km dari paras laut. Dalam tempoh hampir satu setengah abad (1843-1984) gunung tersebut pernah meletus sebanyak 33 kali. Namun letusan paling dahsyat berlaku pada tahun 1930, menyebabkan muntahan lava tanpa henti beberapa lama. Keadaan itu memaksa pihak berkuasa mengebom kawahnya dari udara bagi menghalang muntahan berterusan.     Bandar Hilo, Hawai Bandar Hilo, Hawai Sebahagiaan daripada Bandar Hilo di Hawai adalah terbina diatas muntahan lava dari gunung berapi Mauna Loa pada tahun 1930.   Gunung Berapi KraKatoa  Gunung Berapi Krakatoa Bagaimanapun muntahan ini masih tidak dapat menandingi "Keganasan" Krakatoa di kepulauan Jawa, Indonesia . Walaupun luasnya hanya 17km persegi, ...

Anehnya Otak & Hebatnya Muzik

Image
  Anehnya Otak & Hebatnya Muzik Hebatnya Muzik  Hebatnya muzik. Ia mampu membangkitkan perasaan cinta dan kasih sayang diantara suami isteri, ibubapa dan anak-anak dan juga diantara sahabat. Menurut kajian yang dilakukan oleh  Dr Anne Blood dari Hospital Massachusetts, Muzik boleh meransang otak serta mambangkitkan rasa kasih sayang & selera makan. Dengan menggunakan kaedah positron emission tomography atau PET, beliau telah menemui bahagian otak yang mudah terangsang dengan muzik. Anehnya Otak Anehnya otak manusia apabila ia mudah tersentuh apabila terdengar muzik. Secara automatic Ia akan menghantar getaran kepada tulang belakang dan seterusnya lahirlah rangsangan yang akan menyebabkan kita mudah menyayangi seseorang . Bahagian otak yang dikenali sebagai Ventral Striatum dan Cortex ini jugalah yang membangkitkan selera makan. So kesimpulannya jika you all tak pasal-pasal benci atau marahkan seseorang, dengarlah muzik. Yakinl...

Asal Usul 7 Up

Image
    7 Up Asal Usul 7Up You all tau tak asal usul 7Up, i.e macam mana 7Up dapat nama? Sebenarnya minuman bersoda 7Up diperkenalkan pada tahun 1929 oleh Charles Leiper Grigg sebagai reaksi kepada satu kejadian P embunuhan beramai-ramai Saint Valentine.  Salah satu objektif minuman adalah untuk menghilangkan deprasi dikhalangan penduduk tempatan pada ketika itu. So tak hairanlah mengapa Litium ( anti -depressants) digunakan sebagai bahan utama di dalamnya. Angka 7 dipilih kerana botol untuk mengisi minuman itu asalnya hanya untuk menampung 7 auns (230ml) air. Manakala "Up" menunjukkan arah buih itu keluar.     Fido Dido & 7Up Slogan yang digunakan oleh Charles untuk menarik pembeli pada ketika itu adalah “Takes the Ouch out of Grouch”. Slogan ni tiba-tiba menjadi sensasi dan menyebabkan minuman 7Up menjadi begitu popular. 1. Rahsia Blogger Malaysia 2. Rahsia Yang Kita Semua Perlu Tau   3. Rahsia Di Seba...

Kuasa Ikan Emas

Image
Tsunami Yang Melanda Jepun Pada 11 March 2001 ( Source) Kuasa Ikan Emas Betul ke Ikan Emas ada kuasa ? Sebenarnya kita pun tak tau sejauh mana kebenaran fakta ni. Tapi menurut artikel yang kita baca dari sebuah majalah, sesetengah haiwan dapat meramal bencana seperti gempa bumi, banjir, ribut taupan, letusan gunung berapi dan sebagainya. Tapi kita rasa artikel tu ada kebenarannya berdasarkan kisah Tsunami yang berlaku di Acheh pada tahun 2004 dan juga serangan Taufan Haiyan yang berlaku di Filipina baru-baru ni. Antara binatang yang dikatakan boleh mengesan kejadian malapetaka alam adalah ikan emas, obor-obor dan juga semut.   Ikan Emas Boleh Mengesan Gempa Bumi ( Source) Kuasa Ikan Emas Ikan emas misalnya dikatakan dapat mengesan kejadian gempa bumi . Kerana itulah banyak orang Jepun memelihara ikan dirumah masing-masing. Beberapa jam sebelum berlaku gempa bumi, ikan emas akan melompat-melompat keluar daripada akuarium. Petanda begini memberi peluang ke...

Kisah Lampu Isyarat

Image
    Lampu Isyarat 1868 ( Source) Lampu Isyarat Dua Warna You all tau tak Lampu isyarat jalan raya pertama kali diperkenalkan pada tahun 1868 di  British Houses of Parliament di London . Ketika itu hanya terdapat dua warna sahaja iaitu merah dan hijau. Ia menyala menggunakan gas. Walaubagaimanapun lampu itu meletup pada suatu senja pada 2 january 1869, sewaktu jalan sesak. Tragedy itu telah menyebabkan seorang anggota polis yang sedang bertugas terkorban.    Lampu Isyarat 1914 ( Source) Lampu Isyarat Guna Kuasa Elektrik Hanya pada tahun 1914 satu sistem lampu menggunakan kuasa elektrik diperkenalkan di Cleverland, Ohio, Amerika Syarikat. Mereka juga masih mengekalkan dua warna pada ketika itu. Hijau dan merah. Lampu isyarat yang menggunakan tiga warna, hijau, merah dan kuning hanya diperkenalkan pada tahun 1920 oleh pegawai polis  William Potts di Detroit , Michigan . Ianya digunakan sehingga kini. 1. Rahsia...

Fakta Menarik: Lawak Pertama Charlie Chaplin

Image
Charlie Chaplin (1899) Fakta Menarik Hari Ini Fakta Menarik Hari Ini adalah segmen baru di Blog Santai. Segmen ni adalah idea Suri dari  Blog CahayaCinta . Thanks Suri. Melalui segmen ni kita akan berkongsi mengenai fakta-fakta menarik yang kita baca samaada mengenai manusia, haiwan, tumbuh-tumbuhan, music dan macam-macam lagilah untuk renungan semua. Harap-harap you all suka ya. Untuk segmen pertama hari ni kita nak kongsi mengenai Lawak Pertama Charlie Chaplin.   Charlie Chaplin Semua orang kenal Charlie Chaplin kan. Charlie Caplin ni adalah antara pelawak yang kita suka. So genious. Tapi you all tau tak apa lawak pertama dia? Sebenarnya Carlie Chaplin mula terlibat dengan kegiatan seni ketika berusia lima tahun. Ianya berlaku secara tak sengaja kerana pada ketika itu, ibunya, seorang penghibur pertunjukan pentas, telah kehilangan suara semasa sedang membuat persembahan. Dia kemudiannya terpaksa meninggalkan pentas dan meminta Charlie menggantika...