Posts

Showing posts from September, 2013

RM40 Satu Jam Parking di KL?

Image
Kesesakan Parking Di KL RM40 Satu Jam RM40 satu jam untuk parking kereta disekitar KL. Biar betul. Inilah cadangan baru DBKL untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas di KL dan menggalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam. Langkah ini juga menurut DBKL adalah selari dengan charge yang dikenakan di Australia A$40 (RM120) dan Singapore S$40 (RM100) untuk satu jam. Manakala charge yang lebih tinggi dikenakan di United States @ US$40 (RM130) / Satu Jam. So Malaysia pun nak follow dia orang lah ya...Hmmm... Medan Letak Kereta Terbuka DiKurangkan Sebelum ni, Datuk Bandar, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib ada bagi statement that, Medan atau kawasan letak kereta jenis terbuka , tidak akan wujud lagi di ibu negara menjelang 2016. Keputusan itu dibuat seiring dengan matlamat untuk menggalakkan warga kota menggunakan pengangkutan awam dan berjalan kaki. Kalau dah tak ada tempat letak kereta yang open ni memang susah nak masuk town. Shopping Complex kebanyakannya lt

Pengomen Tegar Blog Santai Bulan September

Image
Congratulations Untuk Semua Pemenang!!!!! Berikut Adalah Carta Pengomen Tegar Blog Santai Untuk Bulan September 2013: Mizz Aiza (Dunia Kecil) (100) Khir Khalid (93)   Tetamu Istimewa (83) Hainom OKje (63)   Lieya Von Jay (53) Mama Rey (53)   Kathy (53)   S.K.A (52)   Bin Muhammad (51) KA (48) Tahniah Untuk Pemenang Tahniah kepada semua pemenang. Istimewa buat Mizz Aiza, Khir , OKje, Lieya , BM dan KA thank you so much coz tak jemu-jemu bagi sokongan kepada Blog Santai dan kekal dalam carta. And Welcome buat Pengomen Baru, Tetamu Istimewa, Mama Rey , Kathy dan   S.K.A. Thanks so much guys for your time. Sebagai penghargaan you all akan berada di Bloglist Istimewa Blog Santai sepanjang bulan October 2013. Tak lupa kepada pelawat-pelawat serta Silent Reader Blog Santai, kita juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kerana sudi melawat dan membaca entry-entry yang ada walaupun tidak meninggalkan sebarang komen. Keep supporting Blog S

Tragedi Kenduri Kahwin, Tiga Maut Akibat Keracunan

Image
Mangsa keracunan, sedang menerima rawatan di Hospital Yan. Kenduri Kahwin Bertukar Tragedi Kegembiran kenduri kahwin bertukar tragedi, apabila 3 maut akibat keracunan makanan, 2 lagi kritikal manakala lebih 60 orang masih menerima rawatan. Kenduri yang diadakan di Kampung Huma, Tanjung Dawai, Sungai Petani, Kedah pada hari Sabtu yang lalu menghidangkan lauk ayam masak merah, gulai terung ikan talam dan kerabu pucuk paku sebagai menu utama. Majlis kenduri tersebut disediakan secara bergotong-royong.  Walaubagaimanapun hanya tetamu yang menghadiri jamuan sebelah petang yang dikatakan mengalami keracunan makanan. Lauk ayam masak merah yang tercemar dikatakan sebagai punca keracunan. Cirit-Birit Dan Muntah-Muntah Mangsa keracunan dikatakan mempunyai simpton yang sama. Sakit perut yang melampau, Cirit-birit dan juga muntah-muntah. Mangsa pertama, Nurshazana Mohd. Rashid, 24, dari Kampung Tempoyak meninggal dunia kira-kira jam 12.45 tengah hari selepas mengala

Giveaway Butik Comel Collection

Image
KLIK BANNER UNTUK JOIN HADIAH: 1) Baucar RM200 2) Baucar RM150 3) Baucar RM100 Saguhati: 2 pemenang x Baucar RM50 Hadiah ditaja oleh Butik Comel Collection PEMILIHAN PEMENANG: -menggunakan random.org SEMUA PESERTA BERPELUANG UNTUK MENANG    Jom Semua!!!!  1. Rahsia Wanita  2. Hebat Dia Orang Ni   3. Kenapa Ramai Yang Suka Ni Ya   4 . Siapa Cepat Dia Dapat   5 . Siapa Tak Cuba, Rugi   6 . Rakyat Malaysia Tak Perihatin? 7 . Cara Nak Surf Internet Free   

5 Gambar Zain & Cik Ta di Majlis Merisik

Image
  Cik Ta Anggun Majlis Merisik Zain & Cik Ta Pelakon Zain Saidin, 29, akhirnya merisik kekasih hatinya, aktres Rozita Che Wan (Cik Ta), 40, dalam satu majlis tertutup yang berlangsung di Carcosa Seri Negara , Kuala Lumpur, semalam. Majlis yang meriah tersebut berlangsung kira-kira pada pukul 3 petang dan disaksikan seramai 50 orang tetamu yang terdiri daripada keluarga kedua-dua belah pihak. Mesti ramai yang frust kat luar sana tu ya coz Cik Ta dah berpunya sekarang. No more Free & Available ya... Cik Ta Yang Jelita (Cr Cari.Com)   Lokasi Rahsia Majlis Merisik (Cr Cari.Com)   Cik Ta Bersama Ahli Keluarga (Cr Cari.Com) Zain & Cik Ta Bergambar Bersama Keluarga Masing-Masing (Cr Cari.Com) Majlis Pernikahan Disember Cik Ta juga mengesahkan majlis pernikahan beliau dengan Zain, akan diadakan pada bulan Disember ini. Tarikhnya akan diumumkan dalam satu sidang media dalam waktu terdekat ini. Tahniah untuk mereka berdua. Semoga semu

10 Gambar Epik Dalam Sejarah Dunia

Image
10 Gambar Epik Dalam Sejarah Dunia Gambar dan Sejarah tidak boleh dipisahkan. Gambar-gambar selalunya di ambil untuk merekodkan kenangan pada saat dan ketika ianya berlaku. Ianya memberi seribu gambaran setiap kejadian yang berlaku pada saat dan ketika itu. Tanpa kita sedari gambar adalah merupakan dokumen terpenting  sebagai rujukan peristiwa masa lalu . Darinya kita kenal tokoh-tokoh sejarah dan peristiwa-peristiwa yang mereka wakili. Berdasarkan gambar-gambar yang diambil ianya membantu kita menyaksikan dan mengenali masa lalu. Gambar adalah bukti sejarah. Jom kita tengok sejarah disebalik gambar-gambar ni:  Binatang Digunakan Sebagai Sebahagian Daripada Terapi Perubatan Pada Tahun 1956  Mengukur Samada Swimming Suit Yang Diguna Oleh Athlete Perenang Wanita Pada Awal Tahun 1920 Cukup Panjang. Jika Terlalu Singkat Mereka Akan Di Denda.  Cara Bagaimana Vest Bulletproof Di Uji Pada Tahun 1923  Wajah Walter Yeo, Setelah Menjalani Pembedahan Plastik

Pakej BRIM 3 Lebih Menarik?

Image
BR1M 3 Pakej BR1M 3 Lebih Menarik? Budget 2014, menawarkan Pakej BR1M 3 yang lebih menarik. Antara yang telah dipersetujui berdasarkan draft pertama Budget, menurut Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah ialah: 1. Jumlahnya diberitakan lebih besar berbanding RM500 yang diterima sekarang. 2. Bayarannya akan dibuat secara dua peringkat . So tak perlu risau duit habis cepat. 3. Wang akan dimasukkan terus ke dalam akaun bank penerima dan bukannya secara tunai atau baucar seperti yang dilakukan sejak tahun lepas. Tak perlu que kat Bank.   Pakej BR1M 3 Untuk Golongan Pertengahan Pakej BR1M 3 juga turut memberi perhatian kepada golongan pertengahan yang mempunyai pendapatan berjumlah RM4,000 dan RM5,000. Biarpun tiada butiran lengkap yang diberikan, yang pasti kerajaan telah merancang beberapa pendekatan bagi meringankan beban mereka akibat subsidi yang telah dikurangkan. p/s: Walaupun Pakej BR1M ni bukanlah solution yang terbaik untuk mengurang

8 Dosa Lidah

Image
   Dosa Lidah (Cr: Google) Salam Motivasi Buat Semua Pembaca Blog Santai, Motivasi Pagi: 8 Dosa Lidah Kisah Motivasi Pagi yang kita nak kongsi hari ini adalah mengenai 8 Dosa-Dosa Lidah yang boleh membawa kita ke Neraka. Setiap manusia dikurniakan oleh Allah SWT lidah. Lidah adalah daging yang lembut terletak di dalam mulut manusia. Walaupun lidah tidak bertulang, tetapi ia boleh mendatangkan dua kesan yang besar kepada kita, iaitu ke syurga atau ke neraka. Jika lidah digunakan dengan baik ia akan membawa kita ke syurga. Sebaliknya jika lidah disalah gunakan, ia  akan membawa kita ke neraka. Berikut adalah 8 Dosa akibat lidah yang boleh membawa kita ke neraka: 1.Mengucapkan sesuatu yang tidak perlu - Lidah perlu dibasahkan dengan zikir kepada Allah SWT. 2.Bermegah-megah dan menceritakan pada orang lain perbuatan maksiat yang dia lakukan. 3.Bercakap membuta tuli - Bercakap mengikut rasa tidak berdasarkan ilmu disebabkan kejahilannya. 4.Memak

Apabila TS Muhyidin Ucap "Tahniah" Pada Keluarga TS Azizan

Image
Muhyiddin Ucap "Tahniah" Kepada Keluarga Azizan Apabila TS Muhyidin Ucap Tahniah Pada Keluarga TS Azizan Rasanya ramai yang dah tahu kisah kesilapan ejaan ucapan Takziah Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada keluarga Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak, yang disiarkan di stesen televisyen Astro Awani pada 26 September 2013 yang lalu. Rakaman berita tersebut telah hangat diperkatakan di Facebook dan pelbagai pihak telah mengutuk Astro Awani. Dalam laporan tersebut info berita Awani menulis; "Muhyiddin ucap tahniah kepada keluarga Azizan." Ekoran berita tersebut, Astro Awani telah membuat permohonan maaf secara terbuka dan mengakui kesilapan ejaan tersebut. Kita rasa ramai yang faham dan menerima maaf dari pihak Astro, kerana kesilapan seperti itu tak mustahil akan berlaku. Bagi kita kesilapan itu tidak disengajakan. Semoga mereka lebih berhati-hati pada masa akan datang. Apabila Perasaan Hormat Sudah Tiada Tetapi ada satu lagi perkara yang

Koleksi Gambar Lucu

Image
Koleksi Lucu Ada Faham @ Tada Faham? Bila Bangla Jaga Tandas!!! 1. Rahsia Wanita  2. Hebat Dia Orang Ni   3. Kenapa Ramai Yang Suka Ni Ya   4 . Siapa Cepat Dia Dapat   5 . Siapa Tak Cuba, Rugi   6 . Rakyat Malaysia Tak Perihatin? 7 . Cara Nak Surf Internet Free   

Muhamad Rifaie Aiman, 2 tahun, Maut Di Gilis Bapa

Image
Muhamad Rifaie Aiman, 2 tahun, Maut Di Gilis Bapa Sudah ketentuan Ilahi, Muhamad Rifaie Aiman, 2 tahun, menemui ajal ditangan bapanya sendiri apabila beliau telah digilis sebuah treler 10 tayar yang sedang dipandu bapanya. Keadaan menyayat hati itu berlaku pada pukul 9.10 malam,  kira-kira 10 meter dari rumah pangsa milik mereka di Taman Megah, Pontian Johor. Muhamad Rifaie Aiman, Bersikap Pelik Difahamkan pada malam kejadian,  Muhamad Rifaie, anak bongsu daripada tujuh beradik yang selalunya hanya melambaikan tangan sewaktu bapanya mahu bekerja, bersikap pelik apabila dia begitu beria-ia hendak mengikuti bapanya sehinggakan terpaksa dua kali dihantar balik ke rumahnya yang terletak di aras bawah rumah pangsa. Bapanya tidak menyangka setelah masuk ke dalam rumah, dia kembali mengekori semula ke tempat letak kereta sebelum di langgar oleh beliau. Muhamad Rifaie Aiman, Cedera Parah Menurut bapanya, ketika treler yang dipandunya mula bergerak beberapa meter untuk

Rahsia Doa Pembuka Dua Belas Pintu

Image
 Mulakan Hari Dengan Bismillah Salam Motivasi Buat Semua Pembaca Blog Santai, Motivasi Pagi: Doa Kisah Motivasi Pagi yang kita nak kongsi hari ini adalah mengenai Doa Pembuka Dua belas Pintu . Sepertimana yang kita tau Doa adalah ibadat yang sangat dituntut . Setiap kali kita berdoa, Allah pasti akan bagi ganjaran yang berbentuk pahala. Dan sesungguhnya Allah amat suka dan sayang kepada mereka yang sentiasa menadah tangan memohon sesuatu daripadaNya. Mulakan hari kita dengan doa ini semoga segala Pintu Kebaikan terbuka untuk kita. Amiin. Doa Pembuka Dua Belas Pintu Dan ingatlah ketika berdoa kita perlu benar-benar yakin Allah akan memperkenankan segala doa-doa kita. Jaga Diri, Hiasi Perbadi. Selamat Beramal & Wasalam. 1. Rahsia Wanita  2. Hebat Dia Orang Ni   3. Kenapa Ramai Yang Suka Ni Ya   4 . Siapa Cepat Dia Dapat   5 . Siapa Tak Cuba, Rugi   6 . Rakyat Malaysia Tak Perihatin? 7 . Cara Nak Surf Internet Free   

Uniknya Lukisan Ni

Image
  Wajah Joseph Gordon Levitt dan Aaron Taylor di abadikan diatas peha Wajah Rock Star, Thom Yorke menjadi kegilaan ramai pelawat Blog beliau Lukisan Unik Di Atas Peha & Jari Mungkin ramai yang tak percaya, lukisan-lukisan yang unik ini dihasilkan didalam kelas, sementara menunggu kuliah berakhir. Itulah keistimewaan pelukisnya, Joddy Steel, Gadis kelahiran Florida. Dan yang lagi menarik, semua lukisan-lukisan ini di lukis di atas peha dan jari beliau. Jodi Steel, Pemilik Lukisan Unik Apabila kuliah berakhir, beliau akan memuatnaik lukisan tersebut di dalam blognya. Beberapa gambar 'hasil seninya' sering mendapat perhatian pengunjung-pengunjung Blognya. Antaranya wajah pelakon dan seniman seperti Joseph Gordon-Levitt serta vokalis Radiohead, Thom Yorke di atas. So talented. 1. Rahsia Wanita  2. Hebat Dia Orang Ni   3. Kenapa Ramai Yang Suka Ni Ya   4 . Siapa Cepat Dia Dapat   5 . Siapa Tak Cuba, Rugi   6 . Rakyat Malaysia Tak Peri

Ngeri: Kerana Handphone, Cikgu Di Bunuh Kejam

Image
Cikgu Sun Cikgu Di Bunuh Kerana Handphone Ngeri. Gara-gara sebuah handphone, seorang cikgu di Sekolah Menengah di Fuzhou Linchuan, China, dibunuh kejam oleh seorang anak muridnya. Konflik di antara cikgu, Sun dan juga anak muridnya, Lei, 17 tahun bermula apabila cikgu tersebut merampas handphone milik beliau sewaktu beliau bermain-main dengan handphone tersebut semasa rehat. Beliau kemudiannya mengarahkan kedua ibubapa murid tersebut datang kesekolah untuk mengambil kembali handphone tersebut. Tempat kejadian Kesokan harinya, Lei, yang tidak berpuashati dengan kejadian tersebut telah berjumpa dengan pengetua sekolah tesebut untuk berbincang. Setelah itu beliau kembali ke kelas. Namun tidak lama kemudian, beliau kembali semula ke bilik guru pada pukul 11.46 pagi untuk menemui Cikgu Sun yang sedang membuat persediaan untuk masuk ke kelas. Beliau membawa bersamanya sebilah pisau pemotong buah-buahan. Setibanya di Bilik guru, beliau terus meluru ke arah cikgu terse

Misteri Orang Minyak Di Marang

Image
  "Orang Minyak" yang ditangkap Pada Isnin lalu Orang Minyak Kembali Marang kembali gempar. Kelibat misteri Orang Minyak muncul kembali. Mangsa terbaru, adalah Sh Nor Akmaliza Tuan Ibrahim, 33, yang mendakwa melihat manusia separuh bogel berada berdekatan katil dalam bilik tidurnya kira-kira jam 5 pagi, pada hari Rabu. Beliau yang tidur keseorangan pada malam kejadian, walaubagaimanapun bersyukur kerana tiada kejadian yang diingini berlaku kerana sempat tersedar dan menjerit menyebabkan lelaki tesebut lari menuju ke arah tingkap bilik tidur dan terjun keluar sebelum menghilangkan diri. Orang Minyak Telah Di Tangkap? Kejadian ini telah menimbulkan tanda tanya penduduk sekitar kerana menurut Polis, seorang lelaki berusia 42 tahun, yang dikenali sebagai "Orang Minyak" telah ditangkap pada Isnin lalu. Lelaki pesakit mental tersebut telah ditangkap oleh Pasukan Rondaan Rakan Muda selepas didapati berkeliaran dalam keadaan separuh bogel di

Bicara Rasulullah S.A.W.

Image
  Lebih Baik Diam Dari Berkata Yang Sia-Sia (Cr Google) Salam Motivasi Buat Semua Pembaca Blog Santai, Motivasi Pagi: Bicara Rasulullah S.A.W Kisah Motivasi Pagi yang kita nak kongsi hari ini adalah mengenai Bicara Rasulullah S.A.W . Rasulullah SAW adalah manusia teragung di muka bumi Allah sejak zaman Nabi Adam a.s. Manusia yang sangat dimuliakan Allah SWT, hinggakan Allah SWT dan para malaikat pun bershalawat kepada Beliau. Biarpun kedudukannya begitu tinggi,  Rasulullah SAW sangat menjaga tutur katanya.  1. Beliau lebih banyak berdiam, Hanya berbicara jika perlu. 2. Beliau membuka dan menutup bicara dengan nama Allah. 3. Kata-katanya jelas dan padat, penuh makna. 4. Beliau tidak pernah berkasar dan mengeluarkan kata-kata yang menghina. 5. Tidak pernah membeza-bezakan antara umatnya ketika berbicara, samada miskin  atau kaya, samada raja atau rakyat jelata. 6. Sangat meraikan perbezaan pendapat biarpun Beliau sendiri tidak bersetuju. Pesan Rasulull

Indahnya kejadian Allah

Image
Indahnya kejadian Allah Malam ni kita nak berkongsi tiga koleksi istimewa Blog Santai yang sangat indah. Truely amazing. kalau tengok sekali imbas macam teknik photography. But its not...Semuanya real. Indahnya ciptaan Allah kan... Amazing Reflection  Amazing Reflection Amazing Reflection 1. Rahsia Wanita  2. Hebat Dia Orang Ni   3. Kenapa Ramai Yang Suka Ni Ya   4 . Siapa Cepat Dia Dapat   5 . Siapa Tak Cuba, Rugi   6 . Rakyat Malaysia Tak Perihatin? 7 . Cara Nak Surf Internet Free