Breaking News

Sunday, September 29, 2013

Muhamad Rifaie Aiman, 2 tahun, Maut Di Gilis Bapa

Sudah ketentuan Ilahi, Muhamad Rifaie Aiman, 2 tahun, menemui ajal ditangan bapanya sendiri apabila beliau telah digilis sebuah treler 10 tayar yang sedang dipandu bapanya. Keadaan menyayat hati itu berlaku pada pukul 9.10 malam,  kira-kira 10 meter dari rumah pangsa milik mereka di Taman Megah, Pontian Johor.

Muhamad Rifaie Aiman, Bersikap Pelik

Difahamkan pada malam kejadian,  Muhamad Rifaie, anak bongsu daripada tujuh beradik yang selalunya hanya melambaikan tangan sewaktu bapanya mahu bekerja, bersikap pelik apabila dia begitu beria-ia hendak mengikuti bapanya sehinggakan terpaksa dua kali dihantar balik ke rumahnya yang terletak di aras bawah rumah pangsa. Bapanya tidak menyangka setelah masuk ke dalam rumah, dia kembali mengekori semula ke tempat letak kereta sebelum di langgar oleh beliau.

Muhamad Rifaie Aiman, Cedera Parah

Menurut bapanya, ketika treler yang dipandunya mula bergerak beberapa meter untuk ke tempat kerja di Johor Bahru, dia merasa seperti terlanggar sesuatu lalu memberhentikan treler, namun dia terkejut mendapati anaknya terbaring berdekatan tayar sebelah kanan. Keadaannya berlumuran darah. Mangsa yang cedera parah di kepala dan badan disahkan meninggal dunia pada pukul 11.15 malam kira-kira tiga jam selepas kejadian ketika menerima rawatan di Hospital Pontian.

p/s: Takziah kepada keluarga mangsa..

16 comments:

  1. Sedihnya.. kejadian tu pun kt hometown sy tu.. Al Fatihah kpd mangsa. Thanks sharing ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. You are most welcome khir..and sedihkan..

      Delete
  2. Replies
    1. Betul tu Ain..Alfatihah untuk adik ni..

      Delete
  3. sedih...begitu ajalnya...al fatihah

    ReplyDelete
  4. ya Allah kesian nya kan ... inalillah... :(

    ReplyDelete
  5. Subhanallah =( sdihnya Ya Allah..xsgka pula jd mcam ni..hrap keluarganya tabah..pasti ada hikmah disebalik kejadian..Al-fatihah bt arwah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup Fais..Alfatihah untuk adik Aiman..

      Delete
  6. sedihnya bila baca.. mungkin sudah ajalnya. al fatihah buat keluarga

    ReplyDelete
  7. al fatihah buat adik aiman...takziah...

    ReplyDelete
  8. takziah dan al-fatihah.. ngeri dan menyayat hati.. :(

    ReplyDelete
  9. dah bayk kes mcm ni kan.. appaun alfatihah !

    ReplyDelete
  10. Takziah kepada keluarga mangsa. Oh, sangat menyayat hati.

    ReplyDelete

Designed By