Tragis: Adik Mati "Di Langgar" Abang
Malang tak berbaukan. Hati-hati sekalipun kalau nak jadi, ia tetap jadi. Itulah kisah tragis apabila seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun menemui ajal dalam keadaan menyayat hati apabila jasadnya ditemui dalam keadaan terduduk secara melutut dihimpit ke dinding rumah teres manakala kedua-dua belah tangan memegang selipar di Taman Kerian, Parit Buntar semalam.
Lebih menyedihkan apabila tragedi pada pukul 12.30 tengah hari itu
berlaku selepas abang mangsa yang berusia empat tahun menghidupkan enjin
kereta bapanya sebelum kanak-kanak itu memasukkan gear undur. Tindakan si abang itu menyebabkan kereta jenis Mazda tersebut
bergerak secara mengundur lalu merempuh si adik yang berada di belakang
kereta untuk memakai selipar. Kejadian tragis itu berlaku di hadapan mata bapa kanak-kanak malang itu.
Adam Di Langgar Kereta Yang Di Pandu Aiman, 4 tahun
Bapa mangsa, Mohd Ali Hussin, 53, berkata, dalam kejadian kira-kira 12.30 tengah hari itu, dia baru pulang menghantar isterinya berniaga di Alor Pongsu sebelum pulang ke rumah untuk menghantar anak perempuannya ke sekolah. Katanya, setiba di rumah, dia masuk ke dalam rumah sebentar untuk mengambil barang sebelum terdengar bunyi bising mangsa dan abangnya di luar rumah.
Beliau segera keluar dan melihat Aiman Yasin bermain di tempat duduk pemandu dan cuba menghidupkan enjin manakala Mohd Adam sedang berada di belakang kereta untuk memakai selipar. Dia cuba menahan Aiman Yassin tetapi sudah terlambat. Kejadian berlaku terlalu pantas. Sebaik kereta itu mengundur, dia terdengar bunyi jeritan kesakitan diselangi jeritan anak perempuannya mengatakan adiknya dilanggar.
p/s: Bila Allah kehendaki sesuatu berlaku, ianya pasti berlaku walau di depan mata.
Main-Main Bawa Maut

ya Allah.. kesiannya kan.. Ibu bapa harus pantau anak2 jangan di biar main benda yang tak sepatut nya sesuka hati..
ReplyDeletesedihnya.. takziah kepada keluarga beliau.. al-fatihah..
ReplyDeletesedihnya...
ReplyDeletesedihnyer.. malang tak berbau kan !
ReplyDeleteInnalillah...kalau sayalah si Abang pasti trauma seumur hidup. Sudah suratan takdir...redhalah dengan apa yg berlaku. Semoga arwah dicucuri rahmat.
ReplyDeletenauzubillah...sedih bila baca berita nie..
ReplyDeletengeri nya........hurrrrrrrrrrr..........takut pulakkk !!!!!!!!!
ReplyDeleteal fatihah...:'(
ReplyDeletekesiannya budak tu.. al-fatihah
ReplyDeletesubhanallah =( sdihnya Ya Allah..xleh byang perasaan mak dia 2..
ReplyDeletesalam takziah.. :(
ReplyDeletekesiannya....takziah buat keluarga mangsa ..
ReplyDeletesedihnya baca berita ni..kesian kat budak tu..
ReplyDeletetakziah buat keluarga mangsa..
Ya Allah.. sedihnya. Pasti si abg x akan melupakan peristiwa hitam ini. Sungguh menyayat hati...
ReplyDelete