Posts

Showing posts from November, 2012

Jualan Gudang Karangkraf, diskaun buku hingga 80%

Image
Pada sesiapa yang suka membaca, tak kiralah apa bahan sekalipun jangan lepaskan peluang melawat  Jualan Gudang Karangkraf yang diadakan di pekarangan Kompleks Media Kumpulan Karangkraf, Seksyen 15 , bermula Jumaat hingga Ahad depan.    Diskaun sehingga 80 peratus menanti semua . Memang berbaloi..   Jom ... Tak rugi invest kat buku sebenarn ya..  

SEGMEN JOM TUKAR DAN KENAL RAKAN BLOGGER

Image
Jalan-jalan kat blog Dya tadi, jumpa this segment..   Cute aje..so siapa-siapa yang berminat nak join jom...   Klik aje kat Banner tu...

Gempur habis-habisan

Image
  Pasukan Malaysia perlu Menang ke atas Garuda pada malam ini u n tuk memastikan peluang mereka masih terbuka untuk mermempertahankan kejuaraan Piala Suzuki AFF Sebaliknya, jika seri atau kalah, anak-anak buah Datuk K. Rajagobal bolehlah berkemas pulang. Walaupun Atas kertas, peluang Malaysia dengan Indonesia seimbang dengan kedua-dua pasukan berpeluang muncul sebagai pemenang, namun tekanan sebenarnya memihak kepada Harimau Malaya. All the best Harimau Malaya . Harap-harap dia orang boleh main lebih baik dari last Wednesday Nak baca details klik disini k  

Misteri Alga di pantai Sydney

Image
Beberapa pantai popular di Sydney ditutup kerana fenomena pertumbuhan organisma alga merah. Kehadiran alga itu yang dikenali sebagai Nocturnal Scintillans telah menyebabkan ramai orang tidak boleh berenang di pantai. Scenario pada waktu siang : Alga menukar air laut kepada merah terang   Scenario pada waktu malam : Alga menukar air laut kepada warna biru     Walaupun di larang masih ada yang ber enang di pantai Source

Akhirnya Palestine di iktiraf sebagai sebuah Negara.

Image
JERUSALEM: Beribu-ribu orang meraikan kejayaan apabila Palestin memperoleh pengiktirafan daripada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) sebagai sebuah negara selepas penantian selama 65 tahun.      Generasi muda Palestin pastinya akan mengingati tarikh penting berkenaan iaitu 29 November 2012.  Kejayaan itu menjadi kenyataan biarpun sekutu kuat Israel, Amerika Syarikat meningkatkan kempen agresif untuk menggagalkan undian Perhimpunan Agung.    Sebelum ini, Palestin menolak cadangan supaya sebuah negara Yahudi dan Arab ditubuhkan selepas penjajahan British ke atas Palestin berakhir. - AP

Pembedahan tumor yang menakjubkan

Image
    Wu Qiang lelaki Cina yang mengidap tumor muka yang amat besar akhirnya selamat  menjalani pembedahan yang menakjubkan. Wu Qiang telah menderita akibat dari tumor yang menjejaskan keupayaan beliau untuk bernafas dengan betul. Wu Qiang yang kini berusia 33 tahun, merasakan seperti dia telah diberi nafas baru dalam kehidupan selepas sepasukan doktor berjaya membuang ketumbuhan gergasi dari mukanya. Lelaki itu dilahirkan dengan hanya ketulan kecil di wajahnya.

Hukum & Persoalan Solat Jamak & Qasar

Image
  Solat Soalan : PADA musim cuti sekolah ini, saya dan keluarga akan pergi bercuti ke luar negara. Kami telah merancang beberapa aktiviti yang hendak dilakukan dan beberapa tempat yang bakal dikunjungi. Cuma saya terfikir tentang ibadah solat kami. Saya dengar kita boleh menjamak dan qasar solat kita di tempat percutian. Bolehkah ustaz jelaskan beberapa perkara berkenaan dengan solat jamak qasar ini? Jawapan Saya doakan semoga saudara sekeluarga selamat dalam perjalanan pergi dan pulang. Saya sungguh gembira melihat keazaman anda untuk menjaga hukum-hakam agama Islam meskipun di mana sahaja anda berada. Berbalik kepada soalan saudara, pertama kali kita mesti tahu makna jamak dan qasar. Keduanya mempunyai makna yang berbeza di antara satu sama lain. Keduanya tidak selalu bersama-sama. Kita boleh melakukan jamak tanpa qasar atau qasar tanpa jamak. Jamak secara bahasa ertinya menghimpun. Istilah ini kemudian digunakan untuk perbuatan menghimpun dua solat fardu dala

Sahabat Sejati Harimau

Image
ANTARA aksi manja Mulan dengan Abdullah. Persahabatan dijalin sejak kira-kira empat tahun lalu membolehkan seekor harimau Benggala menjadi sahabat kepada manusia. Haiwan liar yang dinamakan sebagai Mulan itu kini menjadi kawan akrab kepada Abdullah Sholeh. Sebagai "pengasuh harimau” Abdullah seperti tidak boleh berpisah dengan haiwan kesayangannya dan dilaporkan sering menolak untuk tidur di katil sendiri, sebaliknya dia lebih selesa tidur bersama Mulan di kandang haiwan berkenaan.  Boleh tahan Penangan Mulan ni.. Nak tahu details kisah Abdullah & Mulan klik sini k

Kreatif: Bangunan dari container kapal terpakai

Image
Peningkatan permintaan untuk perumahan yang mampu dimiliki di seluruh AS, mendesak beberapa pemaju di bandar-bandar seperti Detroit dan Seattle menggunakan sesuatu yang benar-benar di luar dugaan...Pembinaan rumah menggunakan container kapal terpakai... Cantik & Kreatif kan.. Pejabat : Pejabat Keselamatan telah dibina di Providence, Rhode Island , daripada sebanyak 35 container kapal terpakai , menjadikan ia bangunan pejabat terbesar seumpamanya di Amerika Syarikat   K otej Cargotecture Sunset di Seattle berukuran hanya 192 kaki persegi , tetapi ia dikuasai oleh tenaga solar dan ciri-ciri ruang dapur , bilik mandi mikro , sofa pengubah dan katil lipat     Sebuah rumah   di Richmond California   Pasar Dekalb di pusat bandar Brooklyn Hibrid: Rumah solar Kontena di Nederland, Colorado Restoran Mexico di sepanjang lebuh raya Oregon   Projek Kontena City di Trinity Buoy Wharf di London Dailyonl

Menara condong sejak tahun 1960-an di China

Image
BEBERAPA pelajar bermain bola keranjang di tepi Menara Wanshousi yang condong di Xi'an, wilayah Shaanxi kelmarin. XI'AN, China - Menara Wanshousi di sini yang terletak berdekatan sebuah sekolah di sini condong sejak tahun 1960-an. Ia dibina sejak zaman dinasti Ming yang memerintah pada tahun 1368 hingga 1644.   Bagaimanapun, beberapa rangka besi dipasang bagi menyokong menara itu bagi mengelak ia tumbang.  - Reuters

Mesir terus bergolak : Dataran Tahrir jadi tumpuan

Image
  Beratus-ratus penunjuk perasaan berkumpul di Dataran Tahrir di sini yang masuk hari keenam semalam bagi menuntut Presiden Mesir, Mohamed Morsi membatalkan dekri yang membolehkan semua keputusannya tidak boleh dicabar di mahkama . RIBUAN penunjuk perasaan berhimpun di Dataran Tahrir kelmarin.     Polis turut melepaskan bedilan gas pemedih mata ke arah para penunjuk perasaan yang membaling batu di dataran berkenaan. Klik sini untuk details  

Muka tertusuk pemutar skru ( 6 gambar)

Image
BEIJING: Seorang kanak-kanak perempuan cedera selepas sebatang pemutar skru tertusuk pada mukanya.     Jiali dari Tianshui di wilayah Gansu, jatuh tersembam pada pemutar skru yang dipegangnya ketika melawat neneknya hingga menyebabkan alat itu menembusi hidungnya hingga ke soket mata.   Dia bernasib baik kerana pemutar berkenaan tidak terkena otaknya.  Kanak-kanak itu kemudian dikejarkan ke hospital. Pakar perubatan melakukan beberapa siri imbasan sinar-X bagi memastikan dia tidak mengalami kecederaan berkekalan. Pemutar berkenaan tertusuk begitu kuat dan berhampiran otaknya hingga menyebabkan doktor pada mulanya tidak pasti sama ada boleh menariknya keluar tanpa menyebabkan kecederaan serius berpanjangan pada Jiali.    Jiali dibawa ke hospital tempatan tetapi dipindahkan dua kali kerana kakitangan merasakan mereka tidak dapat menangani kes itu.      Satu sumber berkata: “Ada kebimbangan pemutar skru itu t

Harimau Malaya baham Laos : Peluang ke separuh akhir terbuka

Image
Harimau Malaya akhirnya kembali bangkit apabila berjaya membaham Laos dengan kemenangan bergaya 4-1. Pungutan tiga mata berharga itu sekali gus membuka peluang Malaysia ke peringkat separuh akhir menjelang pertemuan getir berdepan seteru utama, Indonesia pada perlawanan terakhir Kumpulan B, Sabtu ini.  Sekalung tahniah untuk Malaysia       Klik kat sini for details k

Imej lembaga putih lidah terjelir dirakam

Image
Kalau dulu seorang jururawat merakamkan imej hantu di hospital, kini giliran seorang pekerja kontrak, Musa Ibrahim, 40, merakam kan imej yang agak ganas di talipon bimbitnya di sebuah gerai makan di Pekan, Bagan Tiang. Imej lembaga putih dengan lidah terjelir dan bertanduk dipercayai hantu berjaya dirakam secara tidak sengaja oleh beliau, pada  jam 7.30 malam, menggunakan telefon pintar milikn y a ketika dia bersama tiga rakannya sedang melepak dan bersembang di dalam ruangan khas gerai itu tiga minggu lalu.     Musa (tengah) dan Abu Bakar(kiri) menunjukkan kedudukan imej lembaga hantu yang dirakam secara tidak sengaja. Gambar kecil: Imej lembaga didakwa hantu yang berjaya dirakam. Nak tau details lagi klik disini k

PENCARIAN BLOGLIST ASMAR ARAFAD

Image
Salam semua.. Today nak join satu lagi segment pencarian bloglist tajaan rakan blogger kita Asmar Arafad.. Syarat dia simple aje..so apalagi jom support Blog Asmar Klik sini to join

Wajib Menang atau Tutup Kedai...

Image
RAJAGOBAL (kiri) memberi penerangan kepada pemain-pemain Harimau Malaya pada sesi latihan mereka di padang Wisma FAM, Kelana Jaya semalam.  Wajib Menang atau Tutup Kedai... Itulah kata dua kepada pemain-pemain harimau malaya yang gagal menunjukkan prestasi yang membanggakan dalam pertemuan menentang Singapura. Apakah masih ada sinar untuk pemain-pemain yang bakal menentang Loas pada hari ini..Tunggu dan lihat ajelah anak buah Rajagopal ni beraksi.. Nway ... Selamat Berjuang kepada Harimau Malaya And pada yang nak tahu details AMARAN untuk Harimau Malaya ni klik sini k

Guna pistol tiruan tahan enam tebusan

Image
  CCTV menunjukkan suspek (bertopi keledar) menahan tebusan dan cuba mengambil wang di kaunter salun kecantikan di Jalan Besar Guchil, Kuala Krai, semalam. - Foto Fathil Asri   Suspek serah diri selepas bebas tiga pelanggan salun Kuala Krai: Seorang lelaki bersenjatakan pistol tiruan menjadikan enam orang sebagai tebusannya hampir tiga jam di sebuah salun rambut di Jalan Besar Guchil di sini, semalam. Bagaimanapun, suspek berusia 27 tahun dan mempunyai lulusan reka bentuk grafik itu menyerah diri kepada polis selepas menahan tebusan sejak jam 2.50 petang.   Suspek kemudian mengarahkan lima pelanggan dalam salun itu berkumpul di satu sudut dan mengacukan pistol ke leher pemilik salun,” Asisten Komisioner Lai Yong Hen, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri .   Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Lai Yong Heng, berkata semua te

Pembikin filem anti-Islam tidak menyesal hina nabi

Image
Seorang penganut Kristian Koptik kelahiran Mesir yang menghasilkan filem anti-Islam dan mencetuskan protes di seluruh dunia Islam menyatakan dia tidak menyesal menghina Nabi Muhammad SAW, menurut satu temu ramahnya dengan akhbar New York Times. Dalam komen umum pertama sejak filem berdurasi selama 14 minit bertajuk Innocence of Muslims mencetuskan kemarahan pada September lalu, penganut Kristian tersebut, Mark Basseley Youssef memberitahu New York Times, dia mahu mendedahkan apa yang digelarnya 'kebenaran sebenar' dan meningkatkan kesedaran mengenai keganasan yang dilakukan atas nama Tuhan.  Filem itu turut menyentuh tentang sentimen anti-Amerika di negara Arab dan dunia Islam.  Youssef menjelaskan punca di sebalik pembikinan filem tersebut adalah kerana kekejaman penganut Islam itu sendiri.  Ia dihasilkan selepas insiden seorang lelaki Islam membunuh 13 orang di Fort Hood, Texas pada 2009. Kejadian itu menyebabkan dia berasa semakin marah. 

Saudi penggal 3 pembunuh

Image
  Kerajaan Arab Saudi memenggal kepala tiga lelaki disabitkan kesalahan membunuh di negara itu, semalam. Jurucakap Kementerian Dalam Negeri berkata, Mubarak Al-Harithi dan Obaidallah Al-Harithi didapati bersalah di Makkah kerana mengelar dan menembak mati seorang mangsa bernama Ayedh Al-Harithi. Seorang lagi pesalah, Majed Al-Dosari juga dipenggal kepalanya di Riyadh kerana menembak mati rakannya dari Arab Saudi, Mehmas Al-Dosari. Berdasarkan laporan rasmi, hukuman penggal kepala itu adalah kes ke-70 di negara tersebut sepanjang tahun ini. Kes rogol, pembunuhan, murtad, rompakan bersenjata dan pengedaran dadah adalah tertakluk di bawah undang-undang syariah di mana pesalah berhadapan hukuman mati. -AP Sinar Online 

Gandhi Modern

Image
CHATURVEDI keluar dari rumahnya di pinggir New Delhi pada 23 Oktober lalu. - REUTERS Seorang lelaki, Mahesh Chaturvedi mengamalkan cara hidup tokoh yang memperjuangkan kemerdekaan dan perpaduan penduduk India, Mahatma Gandhi di sini. Chaturvedi yang berusia 63 tahun memakai pakaian berwarna putih seperti yang dipakai Gandhi. Beliau juga memasak makanan dan berjalan dengan menggunakan tongkat.   Lelaki tersebut turut mencukur rambutnya dan memakai cermin mata supaya mukanya kelihatan mirip Gandhi. Menurutnya, jiwa Gandhi tersemat di dalam dirinya.   Chaturvedi menyatakan, beliau akan meneruskan kerja-kerja yang telah dilakukan oleh tokoh yang dihormati oleh penduduk India itu. Beliau melakukan transformasi dalam kehidupannya dengan mengamalkan cara hidup Gandhi sejak tahun 2002. Lelaki itu turut muncul dalam tunjuk perasaan yang diadakan di ibu kota India ini. Gandhi meninggal dunia pada 28 Januari 1948 semasa berusia 78 tahun se