Breaking News

Tuesday, November 27, 2012

Gandhi Modern


CHATURVEDI keluar dari rumahnya di pinggir New Delhi pada 23 Oktober lalu. - REUTERS


Seorang lelaki, Mahesh Chaturvedi mengamalkan cara hidup tokoh yang memperjuangkan kemerdekaan dan perpaduan penduduk India, Mahatma Gandhi di sini.

Chaturvedi yang berusia 63 tahun memakai pakaian berwarna putih seperti yang dipakai Gandhi.


Beliau juga memasak makanan dan berjalan dengan menggunakan tongkat.

 

Lelaki tersebut turut mencukur rambutnya dan memakai cermin mata supaya mukanya kelihatan mirip Gandhi.


Menurutnya, jiwa Gandhi tersemat di dalam dirinya.

 

Chaturvedi menyatakan, beliau akan meneruskan kerja-kerja yang telah dilakukan oleh tokoh yang dihormati oleh penduduk India itu.


Beliau melakukan transformasi dalam kehidupannya dengan mengamalkan cara hidup Gandhi sejak tahun 2002.



Lelaki itu turut muncul dalam tunjuk perasaan yang diadakan di ibu kota India ini.
Gandhi meninggal dunia pada 28 Januari 1948 semasa berusia 78 tahun selepas ditembak oleh seorang nasionalis Hindu, Nathuram Godse. – Agensi
Source

2 comments:

  1. Macam2 hal manusia ini yek..hahhaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn nif...ghandi gituee...nway respect dekat dia coz bersungguh-sungguh nak berbakti..

      Delete

Designed By