Kembara Santai Ke Marakech, Maghribi
Marakech, Maghribi Kembara Santai ke Marakech, Maghribi Kembara visual Blog Santai malam ni singgah di Kota Marakech, Maghribi. Ia merupakan salah satu destinasi pelancongan dunia yang popular. Kota ini merupakan pusat "kebudayaan" utama di Afrika Utara. Malahan ia satu-satunya kota raya dari benua Afrika yang menjadi pilihan di kalangan pengembara dan pelancong selepas berlaku kegawatan politik di Mesir. Sekiranya pengembara dan pelancong mahu merasai untuk menjejak kaki ke benua Afrika Utara maka Maghribi yang menjadi satu-satunya lokasi paling sesuai untuk dikunjungi. Kasut-kasut yang bewarna warni adalah antara tarikan utama di kota ini "Climbing Goat" Kambing Memanjat Pokok Di Maghribi Dan yang paling istimewa dan jarang ditemui di mana-mana negara didalam dunia ini adalah skill yang ditunjukkan oleh kambing-kambing disini. Kalau ditempat lain, kambing memakan rumput, tapi di sini kambing memanjat pokok Argan untuk memakan buahn...